Pemergian Allahyarham Siti Aminah Bte Mohd Nor yang sudah khatam 30 juzuk Al-Quran, meninggal dunia di bulan Ramadan.. sungguh inilah pemergian yang dicemburui. Iaitu kematian yang husnul khatimah.
Semasa hayatnya, Allahyarham yang baru berusia 24 tahun ini seorang yang sangat menghormati gurunya. Allahyarham juga sangat kuat beramal.
Sehinggakan rakan-rakan dan pelajar-pelajar lainnya sangat menghormatinya dan menggelarnya macam wali.
Gelaran itu diberikan kerana kuatnya Allahyarham beramal dan bersantun, rajinnya belajar.
“Allahyarham juga, MasyaAllah.. seorang yang sangat pemalu. Kalau mahu bertanyakan soalan kepada saya, saya terpaksa minta dia tulis dekat kertas. Kerana sifatnya yang terlalu malu.
Begitu halnya semasa hidup, Allahyarham seorang yang sangat kuat berzikir. Malah, ada wirid-wiridnya yang diamalkan setiap hari.”
Guru yang mendidik Allahyarham, Uwais AlQarni Abdul Wahab berkongsi kisah kebaikan Allahyarham Siti Aminah sepanjang anak muridnya itu menuntut di madrasah Pusat Pengajian Tahfiz Ribat Al-Mustafa & Ribat Az-Zahra.
Kongsi Ustaz Uwais, “Pagi ini merasa sangat sedih atas pemergian ke rahmatullah seorang murid saya yang sangat beradab dan berakhlak di Ribat az-Zahra.
Beliau adalah Siti Aminah bte Mohd Nor yang telah berjaya mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk bersama kami di sini.
Kata Sidi Rawwas dalam syairnya:
والجنازة لنا شاهدة تروي منا طواه العمر
“Jenazah itu kan menjadi bukti kepada kita tentang apa yang telah si mati habiskan sepanjang umurnya”
Ads
Beliau dijemput Allah SWT di hari kewafatan Nabi , di bulan yang mulia dan menghampiri hari Nuzul al-Quran yang tersemat di dadanya. Saya diberitahu beliau mengucapkan 2 kalimah syahadah dengan sempurna sambil jarinya ditungkat ke langit sebelum menghembuskan nafas terakhir.. Ya Rabb ..
Saya sebagai gurunya menjadikan saksi kepada Siti Aminah pada segala kebaikan, kesantunan, ketaataannya kepada Allah & Rasul serta ibubapa, keluarga & semua kenalannya.
Moga Allah mengampuninya dan menempatkannya bersama Nabi Muhammad SAW di Syurga Firdaus Tertinggi..”
Maklum gurunya, semasa hayatnya Allahyarham Siti Aminah menghidap penyakit yang datang secara berperingkat. Sehinggakan akhirnya anak muridnya itu terpaksa membuat pembedahan membuang ketumbuhan.
“Kemudian, ada efek pada rahim sehingga tidak boleh membuang air kecil. Dan akhirnya, disahkan kanser usus.”
Penyakit yang dihidapi Allahyarham itu lama kelamaan menjadikan tubuhnya begitu kurus sehingga tinggal tulang saja. Dan akhirnya Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Kongsi Ustaz Uwais lagi, semasa pengebumian anak muridnya itu baik waktu solat jenazah mahupun ketika berada di kubur, ramai yang hadir untuk menghormati perjalanan akhir jenazah.
“Alhamdulillah, saya sebagai gurunya dapat memimpin solat dan bacaan talqin untuk beliau.”
Itulah perjalanan akhir Allahyarham Siti Aminah yang berusia 24 tahun, yang hafal 30 juzuk Al-Quran.
Mingguan Wanita : Al-Fatihah.. semoga roh Allahyarham Siti Aminah Bte Mohd Nor ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Azmi Saat hormat perasaan isteri tidak mahu emosi terganggu. Begitulah luahan penyanyi yang juga vokalis kumpulan Caliph Busker.
Dek kerana tidak mahu emosi isteri terganggu, Azmi enggan bercerita mengenai usaha mendapatkan anak kepada isterinya, Nazira Muhammad yang masih terkesan dengan pemergian anak sulung mereka tahun lalu.
Azmi Saat Hormat Perasaan Isteri
Masa berlalu begitu pantas dan Azmi menerusi petikan dari Hot FM turut menyatakan hanya akaan bercakap mengenai hal tersebut apabila tiba waktu yang tepat.
“Awal tahun ini, saya ada rezeki lebih. Saya ada cakap nak buat rawatan kesuburan atau buat pemeriksaan doktor kerana kami ada peluang terbabit.
“Jika isteri saya tak pernah hamil, saya macam tak kisah sangat tapi memandangkan dia pernah mengandungkan dan melahirkan anak sulung kami, peluang nak buat rawatan itu ada dan bila ada rezeki, isu mengenai kos saya letak tepi dan tidak menjadi masalah.
Isteri Belum Bersedia
“Rupa-rupanya, isteri saya masih belum bersedia dan saya terus mahu lupakan hasrat terbabit. Kami usaha cara normal dan jika ada rezeki nanti, insya-Allah.
“Kalau boleh naklah anak lagi cuma belum bersedia.
“Biar dia cakap kerana saya yakin bila sudah sedia nanti, dia akan buka perbualan itu sendiri,” ungkap Azmi yang kini muncul dengan single terbaharunya berjudul Permataku.
Wuduk dan solat saling berkait rapat. Untuk mendirikan solat perlu mempunyai wuduk dan ia satu kewajipan bagi umat Islam. Dalam salah satu perkongsian siri ceramah oleh Ustazah Asma’ Harun ada menyatakan bahawa kelebihan berwuduk yang mampu membersihkan dan menyucikan diri secara zahir dan batin. Malah rahsia solat diawal waktu yang mampu memakbulkan doa dengan cepat.
Anggota wuduk adalah anggota yang terdedah pada dosa. Anggota wuduk juga anggota yang mudah terdedah kepada penyakit. Penyakit berjangkit melalui iaitu mata, mulut, hidung, telinga, tangan dan kaki.Anggota yang tidak melibatkan anggota wuduk tidak berbuat dosa.
Rupanya setiap kali ambil wuduk, Allah sedang bersihkan dan menyucikan kita secara zahir dan batin. Sebab itu umat Islam jika ambil wuduk dengan cara yang betul, adalah manusia paling sihat di dunia berdasarkan rutin 5 kali sehari membersihkan diri.
Solat Diawal Waktu
Sementara itu, Ustazah Asma turut menjelaskan, bahawa sesiapa yang nak doanya dimakbulkan Allah dengan cepat, solatlah dengan cepat.Lagi cepat kita tunaikan hak Allah, lagi cepat Allah tunaikan hajat kita.
Kita perlu memperbaiki solat, dengan solat diawal waktu. Sebagaimana sabda Nabi SAW;
“Amalan yang paling dicintai oleh Nabi SAW adalah solat pada waktunya, iaitu solat diawal waktu.”
Ustazah juga menegur ramai yang gemar melengahkan waktu solat. Menganggap tidak mengapa lambat ‘temujanji’ dengan Allah dengan lewat menunaikan solat.
Hakikatnya, untuk menjadi orang yang berjaya, solatlah pada awal waktu. Ini kerana seruan didalam azan “Hayya Ala’ Falah” itu sendiri, merupakan panggilan menuju kearah kejayaan.
MW: Sama-samalah kita berusaha mengambil wuduk dengan sempurna dan memperbaiki diri dengan solat di awal waktu. Semoga istiqamah dalam mendirikan solat untuk menunaikan hak Allah sekaligus demi menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka, hanya dengan sekeping gambar mampu merubah diri dan kehidupan. Gadis dari Filipina bernama Rita Gaviola,18 ini pernah viral satu masa dulu apabila gambarnya sedang mengemis dan meminta sedekah di jalanan sambil menjaga adik-adiknya dirakam oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di bandar kelahirannya untuk menghadiri Festival Pahiyas.
Tertarik dengaan kecantikkan gadis ini, foto Rita yang ketika itu berumur 13 yang dinamakan ‘Badjao Girls’ kemudian senyap-senyap dimuat naik ke internet dan tiba-tiba menjadi viral ke serata dunia! Sekaligus merubah nasib gadis ini sekelip mata.
Jadi Model, Sertai Rancangan TV
Gara-gara gambar yang viral tersebut, Rita telah mendapat perhatian ramai sampaikan Ratu Cantik di Filipina berpakat mahu membawa gadis ini keluar daripada kemiskinan.
Rita kemudian ditawarkan menjadi model dan berjaya mencipta nama sebagai gadis termuda yang beraksi di peringkat antarabangsa dalam rancangan TV ‘Big Brother’. Rita membintangi program realiti Filipina, Pinoy Big Brother: Lucky 7 pada 2016.
Semenjak itu, namanya semakin dikenali ramai sehingga digelar sebagai ‘Gadis Badjao’. Badjao merupakan etnik minoriti di Filipina.
Hasrat Sertai Ratu Cantik
Rita kini merupakan bintang media sosial dan memiliki hampir 200,000 pengikut di Instagram. Baru-baru ini Rita meluahkan hasratnya memasang impian untuk mewakili Filipina bagi menyertai pertandingan ratu cantik Miss Universe.
“Tidak lama lagi saya akan menyertai Miss Universe”, tulisnya di Instagram.
Bagi yang tidak tahu, Ratu Cantik dari Filipina antara yang menyerlah dalam Miss Universe dan ramai juga peserta dari negara ini yang pernah memenangi pertandingan ini beberapa kali.Terbaru, Catriona Gray dari Filipina menangi Miss Universe pada tahun 2018!
Mingguan Wanita: Siapa sangka daripada sekeping gambar mampu merubah kehidupan. Semoga impian gadis ini untuk mewakili negaranya dengan menyertai pertandingan Ratu Cantik bakal menjadi kenyataan.
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...