Innalillahiwainnailaihirojiun.. masuk dua hari misi SAR mencari pengarah filem Pit Hanif atau nama sebenarnya, Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif, 44 yang hilang di Sungai Jelai, di Lipis. Jenazah Pitt Hanif yang juga anak pelakon veteran Hajjah Fauziah Nawi sudah pun ditemui.
Menerusi video facebook ibunya, Hajjah Fauziah memaklumkan berita hiba itu kepada umum.
Maklum ibunya,
“Saya Hajjah Fauziah Haji Nawi ingin mengumumkan bahawa jenazah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok.
“Ini diberitahu oleh adik saya, Mohd Fauzi Bin Haji Nawi yang berada di lokasi.”
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan.. yang berusaha mencari jenazah anak saya.”
“Dan saya amat berterima kasih.”
“Saya minta maaf tak dapat nak menjawab telefon. Minta maaf sangat-sangat.”
“Saya berada di rumah sekarang. Tapi Alhamdulillah.. menurut adik saya, Mohd Fauzi Haji Nawi, pihak bomba yang menjumpai jenazah anak saya, Mohd Firdaus.. dia menyatakan tak pernah jumpa jenazah orang seperti itu. Walau pun di dalam air dah dua hari.
“Allahuakhbar Pitt!!” Pitt mama minta maaf sebab tak dapat nak jaga Pitt macam yang mama janji dekat arwah baba.
“Semua terima kasih banyak mendoakan. Tolong jangan telefon dulu.. sata tak larat nak jawab.”
“Anak saya di bawa ke Hospital Kuala Lipis. Kemudia baru dibawa balik.. saya tak tahu sama ada di bawa balik ke rumah saya, di Taman Melati atau balik ke rumah besan saya di mana dia tinggal dengan anak-anak dan isterinya.
“Innalillahiwainnailaihirojiun.. berakhir sudah usia anak saya di usia 43 tahun.”
“Alhamdulillah jenazahnya sudah ditemui dengan elok.”
Pengarah filem, Pitt Hanif ini lemas pada Sabtu ketika memancing di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar jam 1 tengah hari.
Jenazahnya ditemui pasukan SAR pada jam 4.25 petang.
Tragedi yang menimpa Pitt Hanif dan rakan jurukamera yang terselamat, Sham Mokhtar berpunca apabila bot fiber yang mereka naiki terputus dua, mengakibatkan mangsa dibawa arus deras
Sumber/Foto : Fauziah Nawi