Anak sulung penerbit drama, Datuk Ziela Jalil, Dr Hajjah Puteri Julia Nabilah Binti Tan Sri Megat Junid telah selamat melangsungkan perkahwinannya. Beberapa hari selepas hari bahagia anaknya itu, Datuk Ziela berkongsi curahan hatinya untuk anakanda tercinta.
Ujar beliau, isteri kepada Dr Dziya Faqhran Bin Dato’ Mahmod Fauzi ini merupakan seorang anak yang begitu baik dan tinggi pekerjanya. Sayang sekali, anaknya itu tidak pernah lepas dari menempuhi ujian demi ujian dalam hidupnya.
Sampaikan di hari bahagia anaknya itu, ada insan yang tak bertanggungjawab cuba menabur fitnah sehingga membuatkan Dr Julia berasa sedih.
“Anakku, sejak usia muda mu kau diuji, kehilangan bapa ketika kau masih bersekolah dan masih dahaga kan kasih dan sayang nya. Allah menyanyangimu nak, kerana itu kau menjadi pilihannya untuk melalui dugaan ini.”
“Kau terus diuji bila terpaksa berjauhan dengan keluargamu demi menuntut ilmu. Kau sering dan terpaksa mendengar rintihan dari Ibumu atas segala masalah. Walaupun ketika itu kau anakku sedang menuntut jurusan/bidang yang bukan mudah dan sangat mencabar.
“Tapi kau tetap menjadi pendengar setia ibumu and shoulder for me to cry on. Banyak dugaan yang kau tempuh, kesedihan yang terpaksa kau lalui anakku. Dan mama tak pernah putus mendoakanmu
.”“Kerana kau anak yang baik, anak yang sentiasa membahagiakan mama. Kau anak yang kuat hatinya. Akhirnya kau menemui cinta sebenar yang membahagiakanmu.”
Ujar Datuk Ziela lagi, tatkala anaknya itu sudah menemui cinta sebenar, tetap ada manusa yang bertopengkan syaitan yang tidak mahu melihat kebahagiaan Dr Julia.
“Kau terus diuji sehingga pada hari bahagiamu masih ada yang cuba untuk membuat kau sedih anakku.”
“Dari manusia yang tidak bertanggung jawab. Syaitan yang bertopeng kan manusia. Hatinya yang cukup kotor sehingga tergamak dia memfitnah, Allahu Akbar
!”“Yakin lah pada Allah anakku, sesungguhnya Allah ingin mengangkat darjat yang lebih tinggi untuk mu dan juga suamimu, Aamiin.”
Buat kedua dua anakku, Puteri Julia Nabilah dan Dziya Faqhran, Selamat Pengantin Baru, Mama doakan Semoga Berbahagia Kalian Sehingga Jannah dan jadi lah Suami dan Isteri yang Soleh dan Solehah juga Ibu/bapa Mithali buat zuriat keturunan kalian, Aamiin Yaa Rabb…
Begitulah tulusnya doa ibu. Datuk Ziela Jalil juga mempunyai dua orang anak lelaki, Megat Jufri Nasrullah dan Ibrahim Junid Abdullah.
Sumber/Foto : Instagram Ziela Jalil