Kes-kes anak-anak murid dipiat, dicubit guru bukan sekali dua terjadi. Walaupun jumlahnya tidak besar, tapi apabila ia mula dilaporkan perlu juga diberi perhatian. Benar, tidak bagus mengaibkan guru sebegini apatah lagi kerjaya guru itu sendiri seharusnya dipandang tinggi.
Walau setinggi mana pun statusnya, seharusnya niat mendidik itu perlulah seirang dengan tanggungjawabnya. Janganlah dibawa-bawa emosi marah pada anak-anak murid, bimbang hati kecil itu semakin terluka dan tak lagi percaya dengan institusi pendidikan yang sepatutnya mengajarnya nilai dan moral yang baik.
Inilah kekecewaan yang dialami oleh seorang ibu bernama Nur Hazwani Ahmad Mazlan apabila anak perempuannya menjadi mangsa cubitan guru. Lebih menyedihkan guru anaknya itu pula mengajar si kecilnya berdusta.
Selalu duk baca pasai anak orang ja. Kali ni jadi dekat anak sendiri. Tak pernah terpikiaq pun nak jadi sampai tahap macam ni. Dah banyak kali, bila balik sekolah lebam calaq. tak ambik serius la sebab dia duk bagitau kawan dia buat.
Kali ni yang paling teruk. Bila tnya dia, jawapan sama kawan buat. Ok tak pa aku sabaq tunggu pagi. Nak tekan tanya jugak. Sebab duk berasa tak puas hati. Mungkin naluri kita sebagai ibu sama kot. Buleh rasa yang dia tipu. Semalaman aku tidoq tak lena, gagah terlelap lepas soq tadi ja.
Pukul 7:30 pagi gerak dia bangun, bagi mandi pakai baju apa semua. Duduk depan dia tanya elok-elok.
Cuba dinie habaq dekat mama betoi betoi paha dinie, muka dinie, sapa buat sebenaqnya.
“Kalau tipu mama, berdosa tak masuk syurga.”
Dia diam sat. Duk sat baru dia buka mulut bagitau.
“Cikgu buat Dinie sebab Dinie tak pandai. Tapi cikgu pesan kalau mama tanya bagitau kawan buat masa main-main. Telinga Dinie pun cikgu pusing.“
Masa dia bagitau pasai telinga tu baru aku selak rambut tengok. “Allahuakbar.. telingga anak aku
.”Pas tu teruih ambik keputusan pi jumpa cikgu tu kat sekolah.
Anak kecil selalu jujur kata-katanya mereka tidak pandai berkata tak benar. Seharusnya guru mendidik dengan penuh sabar dan bukannya ikut emosi. Semoga kisah ini menjadi peringatan bersama dan pengajaran kepada guru-guru yang lain.
Ini pesan ibu Dinie ketika Mingguan Wanita menghubunginya untuk meminta kebenaran siar semula.
Sumber/Foto : Nur Hazwani Ahmad Mazlan