asingkan anak tidur

Kebanyakan mak ayah rasa risau nak asingkan bilik tidur anak sebab takut ada yang menangis waktu malam. Nak-nak pula kalau umurnya baru masuk 5-6 tahun.

Tetapi sebaiknya, mak ayah kena ajar anak tidur asing dari kecil, tambah pula kalau ada yang lain jantina. Ini untuk selamatkan anak-anak juga.

Tak nak lah jadi macam kes yang dikongsikan oleh isteri saudara Firdaus Mokhtar ini, sejak kecil hadap dan akhirnya membesar jadi anak yang ketagih dengan hubungan intim!

Nauzubillah… nah, jemput renungkan.

Ada Hypersexual Disorder

Hari tu isteri balik daripada tempat kerja dengan muka muram. Saya tahu dah kalau macam ni, antara dua sahaja punca dia.

Pertama dia penat sangat sebab banyak kerja di pejabat. Kedua tadi dia jumpa pesakit yang ada masalah sampai mengganggu emosi isteri saya.

“Banyak kerja ke tadi?” Saya tanya nak mula bicara.

“Tak lah,” isteri balas pendek.

“Ada klien pelik lagi ke hari ni?” Saja saya nak tahu.

“Haa itulah. Kesian sangat dekat dia,” isteri mula bercerita.

Ads

Rupanya isteri dapat pesakit perempuan umur 21 tahun. Datang dengan laporan hypersexual disorder. Maksudnya dia ada keinginan hubungan intim yang melampau. Yang buatkan dia mengalami tekanan dalam diri sendiri.

“Dia mula buat hubungan intim sejak umur 16 tahun. Dengan orang luar yang dia tak kenal. Berterusan sampai dia habis sekolah dan masuk kolej,” kata isteri. Dahi isteri mula berkerut. Perlahan dia aturkan suara.

Isteri sambung lagi, “Keinginan dia nak melakukan hubungan intim hampir hari-hari. Dan sekali buat, dia mampu bertahan selama 8 jam. Kalau 6 jam tu kira minimum. Jadi dia perlu cari ramai lelaki. Hari ini orang lain, esok orang lain.”

Terkejut betul saya. “Jadi apa yang membawa dia ke hospital?” Saya tanya lagi.

“Oh dia jadi kemurungan. Kadang-kadang dia terfikir juga macam mana kalau dia berterusan macam tu. Dia tahu salah tapi dia tak dapat nak kawal kehendak dia sendiri.

Bila jadi kemurungan sangat, dia akan kunci diri dalam bilik 2,3 hari. Waktu tu sahaja dia tak cari lelaki untuk lakukan hubungan,” jelas isteri.

Ads

Jadi sebab itu dia ke hospital. Mencari jalan keluar kepada tekanan dalam diri dia. Dalam sesi itu isteri cuba untuk selidik apa yang berlaku sampai dia ada hypersexual disorder tu.

Punca Dia Terjebak

Akhirnya pesakit tadi ini cerita, dia ada ramai adik beradik. 7 orang semuanya. Dia anak nombor 5. Tinggal di rumah yang ada 3 bilik.

Kakak dengan abang dah ambil bilik seorang satu. Jadi adik-adik yang lain ni kena tidur satu bilik dengan mak ayah. Dia dengan adik-adik tidur satu bilik dengan mak ayah sampai umur 12 tahun lebih.

Iya kawan-kawan, rupanya inilah punca. Dia kata selama dia tidur sekali satu bilik dengan mak ayah, banyak kali dia akan sedar waktu mak ayah dia sedang melakukan hubungan suami isteri. Termasuk ketika dia dah berumur lebih 10 tahun.

Jadi selama lebih 2 tahun dia menahan keinginan nak tahu dan nak cuba buat apa yang dia biasa dengar dan curi curi tengok waktu malam di bilik mak ayah dia.

Ads

Allahu akbar.

Akibatnya dia mula cuba-cuba dan hubungan intim pertama dia lakukan pada usia 16 tahun. Gila! Dan sejak kali pertama itu dia lakukan kerap sampailah sekarang.

Asingkan Bilik Tidur Anak

Kawan-kawan yang baik,

Perasan tak Nabi kita ada sebut anak-anak ini perlu diasingkan tempat tidur ketika mereka berusia 10 tahun? Inilah salah satu sebab utamanya.

Ada setengah ulama berkata sebaiknya asingkan tempat tidur anak lebih awal sekitar umur 5-6 tahun. Itu adalah lebih baik jika mereka adalah anak berlainan jantina.

Kerana ketika umur 10 tahun, anak-anak dah mula boleh berfikir sendiri dan ada emosi sendiri. Pembentukan naluri dan perasaan ingin tahu itu sangat tinggi ketika anak sudah berusia 10 tahun. Mereka sangat ingin mencuba apa sahaja yang mereka lihat.

Kadang kita rasa macam alahhh anak tu kecil lagi. Macam budak-budak lagi perangai dia. Tak matang kita rasa.

Jangan berdalih dengan apa saranan Nabi kita ya. Setiap satunya ada hikmah dan kepentingan yang kalau pun tak tahu pasti ada keberkatan. Kan?

Untuk kes pesakit tadi, dia masih ada follow up dengan pihak hospital. Dan kita doakan sama-sama moga dia sembuh dan mendapat kekuatan untuk menjadi yang lebih baik akan datang. Amin.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI