Allah Tak Beri Apa Kita Mahu, Tapi Apa Kita Perlu – Datin Shahida

Share

Banyak benarnya pesan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ini. Tentang hidup ini bukanlah semata mahu mencari siapa yang paling sempurna. Kerana kesempunaan itu adalah milik Allah.

Di dalam instagramnya, ibu kepada lima orang cahayamata hasil perkahwinannya dengan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, yang juga menjaga seorang anak angkat, menitipkan pesanan kepada para followernya.

 

Datin Seri Nur Shahida bersama anak-anak; Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusuf Al-Qardawy, Raudhah Arsyiah dan anak angkatnya, Ameena.

 

Kongsinya, “Di dunia ini sebenarnya tiada apa yg sempurna. Kesempurnaan itu milik Allah. Bukan sempurna yg harus kita cari, tapi mencari yg terbaik. Dunia tidak perlukan kesempurnaan, tetapi ia perlukan penjagaan sebaiknya. Penjagaan tanda penghargaan. Erti kata lain, bersyukur

.

Kesempurnaan itu hanya akan dapat dirasai, jika kamu bersyukur.

Apa guna punya telinga, tapi tidak mendengar sebaiknya?
Apa guna punya mata, tetapi tidak melihat dan menghayati kebesaranNya?
Apa guna punya mulut, tetapi hanya berdiam tanpa menyuarakan kebaikan?
Apa gunanya akal yang pintar, jika tidak mahu berfikir dan memahami?

Tiada guna kita miliki semua itu jika kita tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat tersebut.

Lantas, jika yang diberi tidak disyukuri, apa lagi yang kita mahu?


Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Dia beri apa yang kita perlu. Kita tidak akan pernah sempurna, kerana kesempurnaan itu milik Dia. Dan kita adalah sebaik-baik ciptaan.

Begitu lah ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 ini setiap daripada kita diuji dengan bermacam-macam sesuai dengan kemampuan setiap orang.

Bersyukur adalah jalan terbaik untuk kekal tenang.

 

Ketika umrah bersama anak-anak.

 

Datin Shahida Berpuasa Ganti Sepanjang PKP

Datin Shahida juga berkongsi sepanjang PKP ini, dia lebih banyak menghabiskan waktu dengan melakukan puasa ganti. Memandangkan, bulan puasa sebelumnya dia tidak dapat menghabiskan tempoh berpuasa sebulan akibat keguguran.

Sepanjang tempoh PKP ni saya ganti puasa je sebab tu makin kurus… puasa tahun lepas saya sempat puasa sehari je sebab puasa kedua saya dah gugur kembar Raudhah…. agak-agak kalau ada dua macam mana nak handle kan….satu pun tak sempat nak mandi.”

 

 

Dalam pada itu, Datin Shahidah juga berkongsi pengalaman menunaikan haji tahun lalu dalam keadaan dirinya hamilkan anak bongsu.

Haji 2019.. tengah mengandung Raudhah 6-7 bulan. Belakang ni tempat melontar. Saya risau betul pergi haji masa ni sebab ada masalah plasenta previa (uri kebawah). Doktor @suesalleh1970 siap bagi surat kalau ada bleeding cepat-cepat pergi hospital.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh haji saya sihat sangat. Balik-balik haji terus pergi check up. Alhamdulillah doktor pun terkejut sebab dah naik semula uri saya. Berkat tunai haji….. pastu nak ucap tq kat hajah @memewani dia selalu je belikan saya makan dengan basuhkan baju saya… sepanjang kami buat haji…tq Meme

.”

Apabila Arab Saudi umumkan minta umat Islam untuk menangguh sebarang rancangan menunaikan haji dan umrah tahun ini, ramai yang bersedih. Mula merindui mahu jejak kaki ke bumi Makkah semula. Semoga wabak Covid-19 dapat dihapuskan segera.

Baca sini : ‘Jangan lalui macam mak’ tolonglah anak, menantu dengarlah pesan bonda Rozita.

MW : Walau #DudukRumah masih boleh terus memanjatkan kesyukuran dengan setiap nikmat rezeki yang tuhan berikan setiap hari. Jangan pernah putus doanya.

Sumber/Foto : Shahida DHerbs

Published by
Netty Ah Hiyer