tangisan suami

Jadi suami ini tanggungjawab dan amanahnya berat. Nampak saja wajahnya tenang. Jauh di dalam hatinya penuh gelora. Pelbagai masalah membebankannya. Tapi takkan semua dikongsikan dengan pasangan.

Sebab dalam diri suami ada egonya, ada prinsipnya. Yang dia pegang kemas-kemas. Sebab itu bila anda membaca perkongsian Mizan Dzai anda akan faham cara lelaki.

Bagus jika dapat dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebabnya ia mendidik suami agar cekal dan tak putus harapan.

Isteri pula sentiasalah setia memberi semangat pada suami kerana kekuatan cinta itulah yang membuatkan mereka bangkit dan jadi hebat.

Syaratnya bila dah berjaya suami jangan sampai lupa daratan.

Allah Tahu Tangisan Suami Dalam Diam, Ketika Sujud Malah Atas Motor Sendirian, Ingatlah Kunci Kebangkitan Ada Pada Insan Tersayang

Geng-geng Kita

Sebagai suami atau lelaki bertanggungjawab, yang otaknya ligat tak berhenti berjalan, asyik dok fikirkan bermacam benda.

“Macam mana aku nak selesaikan masalah aku ni”

Peritnya tak ada duit ni

Awek ajak kahwin minggu depan duit ada 5 helai je, warna hijau pulak tu

Sampai bila aku nak macam ni, rutin yang sama hari hari

Aduh bulan ni last aku kerja, bos nak resize company & kurangkan overhead

Esok nak kena kerah budak buat sales kaw kaw ni

Alamak hujung bulan roadtax mati

“Bini ajak beli barang anak banyak dah habis”

IKLAN

“Dapur dah berminggu tak berasap yang oii”

“Natang, mesin basuh rosak pulok”

“Aduh tayar dah botak, tak perasan sebab makan dalam (mostly yang pakai kereta conti taulah musibat tayar belakang makan dalam ni)”

Alamak duit dalam akaun tinggal RM80 mana nak cari duit ni

“Apalah bisnes yang boleh buat dalam ekonomi sekarang”

Nak sembahyang malas tapi kang aku tak sembahyang Allah sempitkan pintu rezeki

“Aduh kereta dah due masuk 3 bulan”

Kasut sekolah anak dah koyak, berkebun ke apa budak ni

“Anak minta belanja kat kolej/asrama”

IKLAN

Don’t worry, the struggle is real and most people facing it. Kan?

Allah Tahu Tangisan Suami Dalam Diam, Ketika Sujud Malah Atas Motor Sendirian, Ingatlah Kunci Kebangkitan Ada Pada Insan Tersayang

Kita Bro

Lelaki ni dilahirkan sebagai pemimpin. Kerana akalnya panjang. Otaknya ligat berpusing, tapi jangan ligat sangat kah kah.

Walau matanya keranjang, walau tangan gatal add perempuan memanjang tapi sentiasa berfikir apa yang terbaik untuk keluarga. Ibu ayah, anak isteri.

Hidup ini seni, yang harus diharungi sewarasnya.

Hisap rokok dah berpuluh tahun, dalam tangan RM20.00, pampers Pet Pet saiz kecil RM19.00, kat rumah pampers anak tinggal 4 keping, rokok dah habis, Marlboro Soft pack RM17.00 sekotak, mana yang dipilih?

Tough decision bro macam main Who Wants To Be A Millionaire tau. End up bawak balik pampers, balik korek syiling mana yang ada untuk beli rokok.

Steady, kita lelaki kalis ekonomi, kalis dugaan, kalis mental down walau esok tak tau nak makan nasi atau tembakau.

IKLAN

Jangan Risau, Allah Tahu Kau Tengah Usaha

Allah tahu kau penat. Allah tahu peritnya kau berperang dengan hati dan perasaan sendiri.

Allah tahu tangisan kau dalam diam, dalam sujud, dalam kereta, atas motor seorang diri.

Allah tahu.

Allah tahu.

Allah tahu.

Cukup ke belanja orang tua dikampung? Macam mana kesihatan diorang? Makan ke adik adik aku kat sekolah?

Apa jalan aku nak bantu ekonomi adik beradik, kaum keluarga. Tak teringin ke orang rumah aku ni dengan cincin, gelang permata?

Ingat bro, pasangan kita sudah ditentukan begitu juga rezeki. 50 ribu tahun sebelum Allah jadikan Syurga, bumi dan segala yang diawangan.

Andai kita sedar dan istiqamah, terasa yakin melalui apa saja yang disediakan olehNya. Walau susah harus diharungi, hubungan suami isteri, anak dan ibu bapa adalah kunci kebangkitan.

Wahai isteri bidadari hati, hargai, hormati suami, dan jangan ingkari. In shaa Allah dijanji senang duniawi, Syurga itu pasti.

Ciumlah tangan suami, singgahkanlah ciuman dipipi agar kasih sayang dikekalkan Ilahi serta beban dan tanggungjawab suami dapat dikurangi.

Semoga kita sama sama mendapat Sakinah (ketenteraman), Mawaddah (kasih sayang) dan Warahmah (rahmat).

Steady bro, steady.

Sumber/Foto : Facebook Mizan Dzai

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI