Jadi suami ini tanggungjawab dan amanahnya berat. Nampak saja wajahnya tenang. Jauh di dalam hatinya penuh gelora. Pelbagai masalah membebankannya. Tapi takkan semua dikongsikan dengan pasangan.
Sebab dalam diri suami ada egonya, ada prinsipnya. Yang dia pegang kemas-kemas. Sebab itu bila anda membaca perkongsian Mizan Dzai anda akan faham cara lelaki.
Bagus jika dapat dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebabnya ia mendidik suami agar cekal dan tak putus harapan.
Isteri pula sentiasalah setia memberi semangat pada suami kerana kekuatan cinta itulah yang membuatkan mereka bangkit dan jadi hebat.
Syaratnya bila dah berjaya suami jangan sampai lupa daratan.
Geng-geng Kita
Sebagai suami atau lelaki bertanggungjawab, yang otaknya ligat tak berhenti berjalan, asyik dok fikirkan bermacam benda.
“Macam mana aku nak selesaikan masalah aku ni”
“Peritnya tak ada duit ni”
“Awek ajak kahwin minggu depan duit ada 5 helai je, warna hijau pulak tu”
“Sampai bila aku nak macam ni, rutin yang sama hari hari”
“Aduh bulan ni last aku kerja, bos nak resize company & kurangkan overhead”
“Esok nak kena kerah budak buat sales kaw kaw ni”
“Alamak hujung bulan roadtax mati”
Ads
“Bini ajak beli barang anak banyak dah habis”
“Dapur dah berminggu tak berasap yang oii”
“Natang, mesin basuh rosak pulok”
“Aduh tayar dah botak, tak perasan sebab makan dalam (mostly yang pakai kereta conti taulah musibat tayar belakang makan dalam ni)”
“Alamak duit dalam akaun tinggal RM80 mana nak cari duit ni”
“Apalah bisnes yang boleh buat dalam ekonomi sekarang”
“Nak sembahyang malas tapi kang aku tak sembahyang Allah sempitkan pintu rezeki”
“Aduh kereta dah due masuk 3 bulan”
“Kasut sekolah anak dah koyak, berkebun ke apa budak ni”
Ads
“Anak minta belanja kat kolej/asrama”
Don’t worry, the struggle is real and most people facing it. Kan?
Kita Bro
Lelaki ni dilahirkan sebagai pemimpin. Kerana akalnya panjang. Otaknya ligat berpusing, tapi jangan ligat sangat kah kah.
Walau matanya keranjang, walau tangan gatal add perempuan memanjang tapi sentiasa berfikir apa yang terbaik untuk keluarga. Ibu ayah, anak isteri.
Hidup ini seni, yang harus diharungi sewarasnya.
Hisap rokok dah berpuluh tahun, dalam tangan RM20.00, pampers Pet Pet saiz kecil RM19.00, kat rumah pampers anak tinggal 4 keping, rokok dah habis, Marlboro Soft pack RM17.00 sekotak, mana yang dipilih?
Tough decision bro macam main Who Wants To Be A Millionaire tau. End up bawak balik pampers, balik korek syiling mana yang ada untuk beli rokok.
Steady, kita lelaki kalis ekonomi, kalis dugaan, kalis mental down walau esok tak tau nak makan nasi atau tembakau.
Ads
Jangan Risau, Allah Tahu Kau Tengah Usaha
Allah tahu kau penat. Allah tahu peritnya kau berperang dengan hati dan perasaan sendiri.
Allah tahu tangisan kau dalam diam, dalam sujud, dalam kereta, atas motor seorang diri.
Allah tahu.
Allah tahu.
Allah tahu.
Cukup ke belanja orang tua dikampung? Macam mana kesihatan diorang? Makan ke adik adik aku kat sekolah?
Apa jalan aku nak bantu ekonomi adik beradik, kaum keluarga. Tak teringin ke orang rumah aku ni dengan cincin, gelang permata?
Ingat bro, pasangan kita sudah ditentukan begitu juga rezeki. 50 ribu tahun sebelum Allah jadikan Syurga, bumi dan segala yang diawangan.
Andai kita sedar dan istiqamah, terasa yakin melalui apa saja yang disediakan olehNya. Walau susah harus diharungi, hubungan suami isteri, anak dan ibu bapa adalah kunci kebangkitan.
Wahai isteri bidadari hati, hargai, hormati suami, dan jangan ingkari. In shaa Allah dijanji senang duniawi, Syurga itu pasti.
Ciumlah tangan suami, singgahkanlah ciuman dipipi agar kasih sayang dikekalkan Ilahi serta beban dan tanggungjawab suami dapat dikurangi.
Semoga kita sama sama mendapat Sakinah (ketenteraman), Mawaddah (kasih sayang) dan Warahmah (rahmat).
Steady bro, steady.
Sumber/Foto : Facebook Mizan Dzai
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bekerja Dari Rumah? Syukur, kerana masih banyak syarikat yang membenarkan staf bekerja dari rumah dan diberikan gaji penuh. Alhamdulillah! Sekurang-kurang kita masih ada sumber pendapatan sedangkan ramai yang telah hilang sumber pendapatan. Maka bersyukurlah dan penuhi tanggungjawab yang syarikat amanahkan.
Tak Mudah Ye!
Walau bagaimana pun, bekerja dari rumah tak semudah yang disangka, apatah lagi bagi yang telah berkeluarga. Memanglah tak perlu bersiap-siap dan memandu menempuh jem ke opis. Tapi banyak komitmen lain yang perlu diambil kira. Takkan nak menghadap kerja 24 jam. Nak juga kemas rumah, cuci baju dan masak untuk keluarga. Sebab itu, kena berdisiplin dan bijak atur masa sendiri.
Mungkin ramai isteri yang mengalami situasi ini; Pada awalnya, bimbang tak boleh nak fokus kerja di rumah kerana akan diganggu anak-anak. Namun hakikatnya, kadangkala yang jadi masalahnya bukan anak, tapi suami!
Bila dah isteri 24 jam depan mata, macam-macam permintaan pula. Minta masak itu dan ini, sehingga mengalahkan anak-anak. Isteri baru nak buka laptop, dah kena panggil. Bila beritahu ada kerja, muka masam mencuka dan merajuk. Dikatakan isteri sengaja cari alasan. Sebenarnya lagi senang nak pujuk anak berbanding suami.
Ada suami yang tak habis-habis request isteri masak itu dan ini hinggakan banyak masa isteri di dapur. Apron di tubuh pun tak sempat kering. Alasan suami, inilah waktu isteri nak tunaikan segala keinginannya. Tapi, bagaimana pula dengan kerja anda? Bila nak buat? Dia pula acah-acah sibuk memanjang.
Bincang Dan Saling Memahami
Memandangkan tempoh PKP telah dipanjangkan, bermakna makin banyak juga kerja yang mungkin ‘pending’ dan perlu diuruskan di rumah.
Kalau tak nak diganggu suami dengan permintaan pelik-pelik sepanjang masa, buat perjanjian dan bincang dengan suami secepat mungkin. Terangkan situasi kerja anda di rumah. Mungkin selama ini dia kurang faham atau buat-buat tak faham!
Walau pun duduk di rumah, tapi anda masih ada tanggungjawab yang harus dipenuhi untuk syarikat. Jadi suami MESTI faham dan bertolak ansur.
Ambil Tanggungjawab Masing-Masing
Bagi suami yang juga perlu bekerja dari rumah, anda perlu bincang elok-elok soal uruskan anak terutama jika anak masih kecil. Bila dia perlu jaga anak dan bila pula giliran anda. Jadi, tak timbul dua-dua nak buat kerja dan anak-anak terabai. Susah juga tu.
Mungkin waktu pagi, ketika isteri memasak sarapan, suami boleh fokus pada kerjnya dahulu. Selepas itu, isteri pula ambil waktu untuk buat kerja dan rehat. Suami tolong jagakan anak. Kata orang, gilir-gilir.
Bincangkan dengan suami jika pada hari itu anda perlu ‘menghadiri’ mesyuarat secara online dan agak sibuk. Jadi, mungkin anda boleh masak satu hidangan berat sekali gus untuk sarapan dan makan tengah hari. Jangan pula nanti suami muncung sedepa isteri tak masuk dapur masak makan tengah hari.
Begitu juga sekiranya suami ada kerja yang mendesak, isteri kena faham dan bertolak ansur. Yang penting, sentiasa berbincang.
Wujudkan Ruang Kerja Sendiri
Sebenarnya lagi mudah jika suami juga perlu bekerja dari rumah kerana sekurangnya dia sedar ada kerja perlu disiapkan seharian. Mungkin anda dan suami boleh sepakat untuk sama-sama buat kerja rumah dahulu dan siapkan anak-anak. Kemudian, barulah masing-masing boleh fokus kerja. Seeloknya ada sudut kerja masing-masing juga ye.
Apa pun, berbincanglah. Semoga tak ada suami isteri yang bermasam muka pula gara-gara kerja dari rumah ye…Keluarga penting, kerja pun penting!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bakal ibu muda yang menggunakan akaun Facebook Ashraf Amalina ini telah berkongsi satu status yang bukan saja memukau dirinya, malah anda yang melihatnya.
Catatannya tentang pengalaman dirinya mengikuti kelas antenatal (kelas persediaan untuk ibu bersalin) kali kedua. Apa yang memukau pandangan adalah hiasan dalaman hospital swasta iaitu tempat kelas diadakan bagaikan bertaraf hotel.
“To be honest, actually ni second time join ANTENATAL CLASS. Before this join dekat hospital private yang lain, but kali ni join under Andorra Woman & Children Hospital.
“Well, as young parents to be (umur memasing 23 kira aci la tu young kan? memang rasa nervous yakmat nak tunggu baby keluar . Nak nak first baby. So kena la timba ilmu bebanyak sampai 2 kali masuk kelas tau. Ching ! “
Akuinya lagi, pasangan suami isteri ini lebih selesa memilih kelas antenatal kerana speakernya semua bagus-bagus.
“Tak mengantuk langsung dalam kelas. Sangat happening and apa yang disampaikan terus masuk telinga serap dalam otak tau.
“Mula-mula sampai and park kereta tengok bangunan pun dah cukup menteramkan jiwa. Sooo English style ok. Itu baru design luar bangunan belum tengok interior design lagi. Memang cantik bak hangggg!”
Sebaik masuk ke pintu hospital, mereka dijemput oleh Pn. Zaila, CEO Andorra. Bt the way, rasa adore sangat dengan beliau, very informative and tak sombong.
“Bukan CEO je, memang semua staff kat sana sangat helpful and tak lokek senyuman langsung. Yang ni memang tak tipu.
Boleh kumpul pahala tau, terpandang kejap pun terus senyum (Dalam Islam, senyuman juga adalah salah satu bentuk sedekah dan individu yang mengamalkannya akan memperoleh ganjaran pahala sekiranya berbuat demikian)
Kelas Antenatal Bermula
Dengan bacaan doa oleh En. Faris ( if am not mistaken his name la ) diikuti ucapan from their founder, Dr Khamsiah bt Muda. Rasa terharu bila beliau bagi speech sebab kenapa nak buka hospital sendiri.
Her speech already made me want to deliver here ! Apa yang kita nak, memang ada pada hospital ni tau.
Also speech tentang ‘REZEKI’ from Sheikh Dr. Tawfique, executive director yang sangat menusuk kalbu jiwa encik suami (Ashraf). Very inspiring and motivated !
Modul Kelas Antenatal
Banyak manfaat join kelas ni, dapat ilmu pasal Probiotic, What to expect in labour room, Nutrition, Exercise, Father role annnnnnnnd paling best pasal breastfeeding (since iols bercita-cita nak fully BF baby till 2 years old).
Diajar juga cara pernafasan yang betul masa dalam labour room (this one memang sekarang selalu terfikir kat kepala macam mana nak beranak since rasa takut seram sejuk sangat memikirkan ‘Contraction Pain and Episotomy’)
Siap praktikal kelas tau cara bernafas dengan betul and kena cubit-cubit lagi dengan suami (konon-konon contraction lettew) haha.
Bukan takat belajar tengok video tulis gitu je ok ! Semua module yang disediakan memang buatkan hati ni rasa lega and tak perlu lagi susah nak tidur sebab dah tahu teknik-teknik masa nak bersalin. Apa yang dah diceritakan dalam kelas memang dah cukup positif kan minda.
Makanan
Memang lebih dari 5 tau. For sure la sedap kalau dah Chef Zubir Zain and team. Terkinja-kinja perut nak makan.
Too much variety of food sampai tak termakan semuanya. Nak makan banyak mana pun makan la, tak ada control-control punya masa nak ambil makanan.
Goodies
Banyak gila tak terkata siap dapat lucky draw ! Yeay. Fee registration more than berbaloi tahu tak. Overall, boleh kata kelas yang terbaik kami suami isteri pernah join !
Hospital ni SHARIAH COMPLIANCE tau. Apa yang dimaklumkan is dekat level Maternity Ward takkan ada staff lelaki yang akan masuk kecuali ada kerja-kerja maintenance (itupun akan diescort oleh staff wanita ya)
From A to Z memang semua yang merawat and handle patient adalah wanita. Memang menepati citarasa Ashraf nak isteri dia bersalin kat sini. (well my husband so choosy than me, siapa je tak kenal perangai cerewet dia
Tambahnya, hospital ini bukan khas for Muslim sahaja, for NON-MUSLIM pun boleh tau. Yang penting anda mestilah WANITA dan KANAK-KANAK.
Untuk LELAKI pun boleh but for emergency case only, kalau perlu warded akan ditransfer ke Hospital yang terdekat.
Berkahwin atas dasar suka sama suka dan benar-benar mengenali hati budi dan perangai masing-masing, ia boleh menghasilkan sifat kasih, setia, bertanggungjawab dan fokus untuk menjaga kebajikan pasangan, menghiburkan dan saling melengkapi. Tapi, kahwin atas dasar keluarga, semua ini boleh dipupuk. Paling penting, kita dapat menerima pasangan tanpa syarat untuk membina keluarga yang bahagia hingga ke jannah. Inilah antara perkongsian daripada Dr. Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga.
Kenal Luar Dalam
Namun, dalam menikmati kehidupan bahagia itu, tidak selalunya indah, ada cabaran dan dugaan yang dilalui untuk mencapak kebahagiaan itu.
Tidak bermakna, kita dah berkahwin selama 10 tahun, 20 tahun dah kenal sikap pasangan. Sebenarnya, masih banyak yang kita tak tahu tentang pasangan. Cuba tengok, adakah kita betul-betul kenal pasangan?
Sejauh mana kamu tahu hobinya
Kamu tahu warna kegemarannya
Kamu tahu penyakit yang dialaminya
Kamu tahu cara gaya dia bercakap
Kamu tahu cara gaya dia berfikir
Kamu tahu latar belakang keluarganya
Kamu tahu latar belakang akademiknya
Kamu tahu kecerdasan fizikalnya
Kamu tahu tahap ego kendirinya
Kamu tahu cita-citanya
Kamu tahu lagu kegemarannya
Kamu tahu minat sukannya
Kamu tahu minatnya dalam aspek berpakaian
Kamu tahu makanan kegemarannya
Kamu tahu tahap kecerdasan berbahasanya
Kamu tahu karakternya ketika bekerja
Kamu tahu minat membacanya
Kamu tahu tahap keilmuannya
Kamu tahu sejarah latar belakang hidupnya
Proses mengenali hati budi pasangan memerlukan cara, masa dan adabnya untuk memahami dan mencungkil karakter sebenar pasangan masing-masing.
Tanpa ilmu dan kemahiran, akan menerbitkan sikap tak selesa pasangan, rasa marah dan tidak selamat pula. Seterusnya, mengenali dan memahami karakter pasangan anda memerlukan anda berjiwa besar dan penyayang. Ia sangat penting bagi mengelak persepsi negatif atau buruk sangka pasangan anda. Niat yang baik kalau tak betul caranya juga akan mengundang konflik.
Jangan Berahsia
Tak mustahil, ada sesetengah pasangan suka berahsia. Bila keadaan ini berlaku, mulalah pasangan memandang serong kononnya pasangan menduakan dirinya.
Sebenarnya,bukan sebab ada orang ketiga tetapi mungkin ada masalah lain yang pasangan tidak mahu berkongsi, bimbang pasangan akan tertekan dan kecewa. Mungkin ini isu yang ada pasangan suka berahsia kerana:
Mengalami penyakit misalnya sakit dada atau jantung
Mengalami bebanan hutang personal
Perasaan dendam akibat dibuli semasa zaman kanak-kanak
Perasaan dendam akibat difitnah oleh orang tertentu
Mengalami kegagalan di dalam akademik semasa bersekolah rendah atau menengah
Mengalami rasa diri tidak berguna dan hina tanpa sebab (penyakit kecelaruan emosi)
Jadi, tidak mustahil ada pasangan yang mula kelihatan suka termenung, bercakap seorang diri dan kadang-kala mudah marah-marah, kita terus beranggapan pasangan ada skandal atau buat salah di belakang kita.
Sebagai manusia, kita tidak sempurna dan tidak bebas daripada melakukan salah dan silap, sejak sebelum kahwin hinggalah sudah kahwin. Jangan jadikan kita seorang ‘perfectionist’ atau ‘idealist’. Jauhi sikap berburuk sangka dalam hubungan suami isteri. Jika setiap pasangan suka berfikiran terbuka, pemaaf dan positif, akan menjadikan situasi;
Rumah tangga yang harmoni
Rumah tangga yang bertoleransi
Rumah tangga yang bersatu
Rumah tangga yang bahagia
Rumah tangga yang diberkati Ilahi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!