Disebabkan sibuk melalui hari-hari biasa, kadang ada mak ayah lupa nak ajar anak cara berdoa. Padahal itulah kunci mak ayah nak bahagia dan rasa ada tanggung jawab bila bekeluarga.
Salah satu cara yang mak ayah boleh amalkan, ikut tip Puan NurulAa Mustofa ini, ajar anak cara berdoa setiap hari tanpa jemu. Termasuk semasa hantar anak-anak ke sekolah.
Kids will always be kids but they have one thing that you don’t.
Makan comot, tumpah sana sini, selerakkan mainan, suka dengan apa yang dilarang, terkencing dalam seluar, jerit bila excited, and the list goes on. Tapi, disebalik semua “kekurangan” anak anak ni, ada satu benda yang mereka mendahului kita, yang tak ada siapa pun dapat lawan iaitu mereka ni tiada dosa (selagi anak belum baligh). Dan part yang paling best ialah doa mereka tiada hijab.
Kadang-kadang kita rasa kita besar sangat dengan anak-anak. Kita rasa kita yang betul. Kita yang paling berkuasa atas mereka. Tapi kita tak sedar, jika Allah takdirkan anak-anak itu dijemput kembali kepada Maha Pencipta, insyaAllah, dengan izin Allah, mereka akan mendahului kita untuk ke syurga. Kita ni duit RM1.00 yang dalam akaun bank tu pun akan dihisab beribu tahun dunia, lagi nak tunjuk hebat.
Anak-anak ni hati mereka bersih, suci. Apa yang boleh kita “gunakan” mereka selagi doa mereka tiada hijab ialah:
1. Setiap pagi masa hantar anak ke tadika, saya akan minta anak saya doakan saya. Biasanya doanya macam ni lah,
“Ya Allah, ampunkan dosa ibu (sebab ibu banyak sangat dosa.), dosa ayah, dosa semua orang ya Allah.”
Minta anak doakan agar dosa-dosa kita yang bergunung ganang tu diampunkan Allah.
2. Ajar anak doakan orang lain. Dalam setiap doa yang saya ajar anak minta untuk diri dia, suruh dia sebut untuk semua orang di dunia ni. Ya, setiap pagi ada seorang anak kecil yang tak kenal pun dengan kalian, tapi sentiasa mendoakan kalian agar diampunkan dosa, dimasukkan ke dalam syurga.
Pernah satu hari, tiba-tiba anak saya sebut lebih kurang macam ni.
“Ya Allah, tolong bagi semua orang dalam dunia ni dapat masuk syurga ya Allah. Bagi semua org dapat berat sebelah kanan (amalan sebelah kanan lebih berat masa dihisab di Al Mizan) ya Allah.”
Sebab malam sebelum tu ayah dia cerita pasal hisab amalan, timbangan Mizan dan pemberian buku catatan amal. Saya masa tu? Speechless.
Kenapa kena doakan orang lain? Sebab setiap doa kita untuk orang lain, malaikat akan aminkan doa tersebut untuk kita juga. Ajar anak-anak untuk tidak pentingkan diri. Sentiasa ingat orang lain di dalam doanya.
3. Ajar anak doakan orang yang belum lagi Islam agar dapat merasa nikmat Islam. Doa yang anak saya selalu baca macam ni, “Ya Allah tolong bagi orang belum Islam ni masuk Islam ya Allah. Kesian diorang ya Allah. Diorang pun nak masuk syurga. Diorang semua baik ya Allah.”
Selalu ingatkan anak yang kita mesti kena buat baik, kena doakan orang yang belum Islam ni. Mana nak tahu, asbab doa dari anak kecil ni, dapat mereka terima hidayah Allah. Pernah anak saya tanya, kenapa kena buat baik dengan org belum islam ni ibu? Cerita lah pasal hero sepanjang zaman kita, Nabi Muhammad s.a.w.
4. Bila nak sesuatu, ditimpa musibah, ditimpa penyakit, minta anak doakan agar diberi kesembuhan dan dimudahkan urusan. Doalah sama sama.
Ada suatu ketika, kereta kami dilanggar dari belakang. Masa tu terkejut. Anak-anak terkejut. Suami dah turun kereta. Saya mengomel sorang-sorang. Anak saya tiba-tiba bersuara,
“Ya Allah ibu, Alhamdulillah kita semua selamat. Tak ada orang sakit pun. Sebab Allah jaga kita ibu. Kan kita dah doa tadi.”
Saya yang mula nak marah pun tersentap. Haha. Allah selalu didik kita melalui anak. Kita je yang tak sedar.
5. Ajar anak kebergantungan kita hanya pada Allah. Nak mainan, doa. Nak pergi jalan, doa. Kena marah, doa. Pernah satu hari, saya termarah lebih dekat anak. Tiba-tiba anak saya cakap,
“Nanti Kak Na doa kat Allah. Ibu marah Kak Na, nanti Allah marah ibu. Masuk neraka.”
Perghh. Cepat-cepat saya cakap, “Mana boleh doa yang tak elok dekat orang, nabi tak ajar tau macam tu.” Sebenarnya memang dah cuak. Haha. Terus berdamai.
Entah. Tak tahu macam mana nak cakap. Tapi when the hard time comes dan tiba-tiba anak kita angkat tangan doa, masa tu akan datang satu perasaan nikmat yang tak dapat nak digambarkan. Sampaikan bila nampak ada kereta rosak tepi jalan pun dia akan doakan supaya kereta tersebut baik balik sebab kesian dekat uncle.
Buat kalian yang belum punyai anak, jangan lupa, anak-anak saudara, anak-anak yatim juga masih ada. Mohon doa dari mereka.
Doalah, itu tandanya kita ini hamba, hina, tidak punya apa, semuanya perlu diminta dari Sang Pencipta.