‘Allah Sayang Kau Abang..’ Baru Saja Pemergian Anak, Ali Puteh Dikejutkan Kehilangan ABAM

Sebak sungguh dengan perkongsian pelawak, Ali Puteh yang merupakan adik kepada Allahyarham ABAM atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32.

Pagi ini Ali dikejutkan dengan berita pemergian abangnya untuk selama-lamanya kira-kira jam 7 pagi tadi.

Sungguh ini ujian yang hebat untuk Ali Puteh. Betapa sehingga ke saat dinobatkan menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2019 lalu, Ali masih sukar untuk melupakan momen kehilangan anak tercinta.

Kira-kira tiga bulan selepas anak bongsunya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah pergi meninggalkannya, Ali perlu berdepan berita kehilangan abang yang begitu dicintai.

Anak kecilnya itu disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Ketika umurnya tiga bulan lebih.

‘Allah Sayang Kau Abang..’ Baru Saja Pemergian Anak, Ali Puteh Dikejutkan Kehilangan ABAM
Sebaknya perkongsian Ali Puteh...

Allah Sayang Kau Abang..

Kongsinya lewat instagram ketika mengiringi jenazah abang ke hospital, “Salam semua.. Allah sayang kau.. Allah sayang kau abanggg.. jenazah di Hospital Selayang dan akan dimandikan dan dikafankan di masjid Batu 8 Gombak.”

Ads

Tidak lama dulu Ali juga pernah berkongsi gambar kenangan sewaktu zaman remaja bersama abangnya, Abam. Memandangkan ramai yang tertanya-tanya sama mereka adik beradik atau sebaliknya.

Kini, abangnya sudah pergi untuk selama-lamanya. Dan pemergian arwah dalam keadaan yang sangat baik.

Kata Ali, abangnya itu meninggal dalam tidur selepas waktu subuh tadi.

Ads

Dimaklumkan juga oleh Achey, jenazah Abam yang juga menganggotai kumpulan lawak BOCEY dijangka dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Keluarga arwah mahu menunggu adik yang berada di Pulau Langkawi untuk pulang sebelum dikebumikan, petang nanti.”

‘Allah Sayang Kau Abang..’ Baru Saja Pemergian Anak, Ali Puteh Dikejutkan Kehilangan ABAM

Allahyarham Abam Pernah Minta Isteri Berhenti Kerja

Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. Mereka dikuniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia 5 bulan.

Ads

Sebelum ini pun, arwah Abam pernah berkongsi mahu isterinya berhenti kerja dan menjaga sepenuh masa anak kecil mereka. Allahyarham mahu anaknya itu dibesarkan oleh mereka, berbanding pengasuh.

Malah, arwah sanggup memberikan gaji untuk isterinya setiap bulan. Ternyata arwah seorang yang menghormati dan baik melayan isteri dan anaknya. Semoga isteri arwah diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian kehilangan insan yang paling dicintainya ini.

MW : Semoga roh Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Baca sini : Abam Dah TIADA.. Isteri Kejut Solat Subuh Tiada Tindak Balas

Sumber/Foto : Ali Puteh, Berita Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI