Allah Pinjamkan NIKMAT Minggu Lepas, Kemudian Keguguran, Siti Elizad TETAP Teruskan Rawatan IVF

Share

Sudah tersurat barangkali, walaupun sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Siti Elizad redha denga napa yang telah berlaku.

Allah pinjamkan nikmat minggu lepas, kemudian dirinya keguguran. Namun Siti Elizad tetap akan teruskan rawatan IVF sehingga impiannya untuk bergelar seorang ibu termakbul.

Allah Pinjamkan Nikmat Minggu Lepas

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin, 36, akur dengan ketentuan Yang Maha Esa apabila mengalami keguguran, baru-baru ini.

Siti Elizad yang menjalani proses pengambilan telur untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober lalu berkata dia hanya dapat merasai perasaan wanita hamil buat seketika.

“Allah bagi nikmat rasa jadi ibu itu pada minggu lepas. Tapi, Dia dah ambil balik. Terjentik sungguh ‘rasa’ itu.

“Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyallah, dia punya gembira tak tau nak kata, sebab dah lama menanti, tapi kandungan tak kuat dan bleeding alami pendarahan.

“Tak tau nak gambarkan perasaan macam mana dan terduduk seketika,” katanya.

Baca Juga Di sini:

“Baru Selesai Embryo Transfer. Berdebar Tunggu Keputusan, Doakan Yang Terbaik Buat Kami” Siti Elizad  

‘Susahnya Nak Dapat Awak Ni Anak..’ Siti Elizad Kongsi Perjalanan IVF

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Siti Elizad Keguguran

Enggan mengalah dengan mudah terhadap usaha dan perjuangannya untuk mendapatkan zuriat sendiri, Siti Elizad berkata mungkin belum rezeki lagi.

“Tak mengapa, insyallah ada rezeki lain. Husnuzon. Bersangka baik. Saya tak kan pernah berputus asa. Saya akan selalu positif dan teruskan berdoa.

“Kepada doktor, kita akan jumpa lagi pada Januari 2021. Terima kasih juga kepada semua yang banyak beri sokongan dan doakan terbaik dalam perjalanan saya ini,” katanya.

Siti Elizad Akan Teruskan Rawatan IVF

Sementara itu pada entri di Instagram Story, Elizad memohon maaf kepada rakan-rakan yang menghubunginya kerana tidak menjawab panggilan termasuk membalas kiriman mesej mereka.

Katanya, bagaimanapun sekarang dia lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, dengan memberi fokus pada kerjaya di konti radio dan lakonan.

Apapun, Elizad akan tetap meneruskan kaedah IVF itu sehingga impiannya untuk bergelar ibu jadi kenyataan dan dimakbulkan Allah selepas berusaha dan bertawakal.

Siti Elizad bertemu jodoh dengan Shamsul Baharin Rahman pada 2015. Bagaimanapun, selama lima tahun berumah tangga, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

MW: Semoga perjuangan dan impian Siti Elizad untuk bergelar ibu dipermudahkan serta dimakbulkan Allah. Amin.

Sumber: myMetro / elizadsharifuddin

Published by
Nur Syazwani Mehat