“Allah pilih saya.. saya tak nak salahkan sesiapa. Allah uji saya.. nak saya sampaikan pada semua bahaya Covid-19, kesannya pada yang lain. Kita tak tau, mungkin kita yang seterusnya kena Covid-19”
Kongsi Alia Hayati, frontliner yang bertugas di hospital swasta kepada MW. Beliau disahkan positif Covid-19 pada 3 April 2020.
“Saya dapat panggilan dari pihak hospital memberitahu saya COVID-19 positif.” Ketika ini Alia Hayati ditempatkan di Hospital Sungai Buloh (HSB).
Ini antara simptom yang dialaminya,
“Sejak dimasukkan ke wad. Alhamdulillah.. semua simptom tu hilang. Cuma demam on and off.” Untuk info, setiap simptom ini berbeza mengikut individu.
“Saya bersyukur saya tak alami kesukaran bernafas, batuk atau sakit dada. Ramai lagi pesakit dalam ini yang mempunyai simptom yang teruk.”
“Terutama sekali yang sudah berusia dan mempunyai sakit-sakit lain seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung.”
“Tapi ada juga dekat sini yang tak ada simptom langsung. Diaorang macam orang sihat. Cuma result swab mereka masih positif. Sebab itu kita takut, sebab kadang-kadang yang sihat dekat luar sana tu adalah carrier Covid-19.”
“Pada 31 Mac, ada pesakit transfer dari dialisis ke ICU sebab kesukaran bernafas. Jadi pesakit itu perlukan bantuan machine.
Dalam memberi rawatan, saya pakai PPE tapi risikonya masih ada. Sebelum bagi bantuan machine, kami ambil swab Covid pesakit. Result siap dalam 24 jam.
Keesokan hati, kami dapat tau pesakit tersebut positif. Ramai staf yang terjejas dan dikuarantin. Alhamdulillah, swab ke semua negatif kecuali saya.
Mulanya saya down sangat. Menangis tak berhenti. Takut ada.. tak percaya ada.. fikir anak dan suami yang menjadi kontak rapat saya sepanjang tempoh kuarantin
.”Biarpun diuji sakit, ibu ini sama sekali tidak menyalahkan pesakitnya.
“Pesakit tersebut masih bertarung nyawa di HSB. Tak adil untuk saya menjadikan dia sebagai punca saya dapat Covid-19.
Mungkin dia tak tahu dia ada Covid-19. Lebih menyedihkan lagi, 3 lagi ahli keluarganya termasuk bayinya pun kena Covid selepas disaring.”
Alia Hayati sedar bahawa ujian sakit ini adalah ujian untuknya. Dan dia terpilih untuk melalui ujian kesakitan itu.
“Saya tak nak perkongsian saya mengguris hati yang lain. Malah, bersyukur ada jiran-jiran yang memahami, sentiasa hulur bantuan sepanjang anak dan suami saya dikuarantin di rumah.
Saya sedih tengok orang takut tengok ambulans datang ambil pesakit Covid-19. Mereka (pesakit) tak nak semua sakit ini.
Alhamdulillah.. Allah hadir kan saya kawan-kawan, jiran-jiran, kenalan yang sangat membantu dan mendoa kan saya.
Itu yang semua pesakit COVID perlu kan sekarang.. supaya mereka terus positif melawan wabak ini.”
Kongsinya lagi, semalam semua ahli keluarganya sudah pun membuat ujian swab Covid-19 di KK Meru.
“Maaf kan mama Mirza..
Mirza kena hadapi semua ini ..
Mama tau sakit bila kena swab hidung & tekak..
Mama tau kamu kuat.. babah bagitaw kamu berani.. tak takut langsung.. tinggi semangat kamu Mirza.
Dan Mama doa kan keputusan swab Mirza , Babah, Abah ,Mak, Achu, Angah , Umar, Hamzah semua negative.”
Baca sini : Pesakit tabligh selit surat dekat kaunter wad, frontliner tersentuh dengan isinya.
MW : Faham dengan kebimbangan mak ayah mengenai rantaian Covid-19 yang tak nampak lagi penghujungnya. Sebab itu, mak ayah.. kekallah #DudukRumah untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.
Sumber/Foto : Alia Hayati