Luahan hati ibu tunggal ini cukup membuatkan ramai yang tersentuh hati. “Allah makbulkan doa bertemu dengan nyawa saya ni. Terima kasih Allah di atas kegembiraan ini”
itulah antara ayat-ayat luahan daripada penyanyi dan pelakon cantik, Fiza Halim yang sebelum ini mendedahkan dirinya kini kembali berstatus solo.
Malah menerusi entri di akaun Instagramnya baru-baru ini, Fiza meluahkan dia begitu rindukan permata hatinya Baby Aleena yang kini berusia hampir tiga tahun. Baby Aleena merupakan cahaya mata Fiza bersama bekas semuanya Aizat Al Jefri.
“Allah Makbulkan Doa Saya”
Malah ibu ini juga berasa sangat bersyukur akhinya selepas tiga bulan tidak bertemu, dia sangat bersyukur doanya dimakbulkan untuk berjumpa dengan anak kesayangannya.
“Hampir tiga bulan kami tak dapat berjumpa di sebabkan PKP. Semua yang berlaku sudah pun tertulis.
“Ada yang menghina, mencaci, mengeji saya. Bermacam-macam tohmahan yang saya dapat. Tapi saya hanya berdiam diri dan tak nak berkata apa-apa. Biarlah, bagi saya, ini adalah ujian dan bahagian saya.
Pasrah Dengan Ketentuan
“Saya redha dan pasrah dengan semua ketentuan yang sudah pun tertulis pada lukisan hidup saya. Hidup perlu di teruskan. Saya hanya manusia biasa dan seorang hamba yang lemah dan sering melakukan kesilapan.
Ads
“Tiada seorang wanita pun di dunia ini inginkan perpisahan. Tapi qada dan qada’r dari Allah tak siapa tahu. Takkan mungkin seorang ibu sanggup berjauhan dari anaknya.
“Sedih Saya Siapa Tahu?”
“Sedih saya siapa tahu? Hari ni Allah makbulkan doa saya untuk bertemu dengan nyawa saya ni. Terima kasih Allah di atas kegembiraan ini dan nikmat yang Kau hadirkan.
“Kesabaran yang cukup bermakn. Jika kita jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah (thousand thanks to my sifu @saifulapek & @emyamoi for always there with me) Allah lebih mengetahui semua,” tulis Fiza.
Fiza bersama anak-anak kesayangannya.
Untuk rekod bersama suami pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin, Fiza dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12. Mereka bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.
Perkahwinan kedua Fiza dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.
Fiza kemudian bertemu jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, iaitu Aizat Al Jefri pada Disember 2016.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Selalunya bila dapat berita ada ahli keluarga atau rakan yang sakit, ramai yang pandang remeh temeh ADAB MENZIARAH. Dan agak ramai juga yang suka buat beberapa kesalahan ini waktu ziarah orang sakit tanpa sedar. Nak tahu apa yang patut anda betulkan dari sudut melawat orang sakit, baca nota ini…
1. Beritahu nak datang, jangan main terjah
Situasi ini lebih kurang sama macam adab nak pergi rumah orang. Maklumkanlah terlebih dahulu sebelum menziarah kerana anda tidak tahu bagaimana jadualnya di hospital ataupun adakah dia perlukan sedikit masa untuk berehat tanpa kehadiran pelawat.
Kalau pesakit terlantar di rumah pun sama. Harap maklumkan dulu kerana pasangan atau ahli keluarga yang menjaga pesakit itu juga punya life tersendiri. Fahami bahawa si penjaga itu juga perlu rehat atau keluar sebentar untuk menguruskan hal peribadi.
2. Jangan datang pada waktu orang rumah nak rehat
Elakkan menziarah pada waktu makan dan waktu berehat seperti tengah hari dan malam. Memanglah anda datang seorang diri atau berdua, tapi bukan anda saja yang datang melawat. Cuba bayangkan kalau ada 10-15 kali orang datang melawat tanpa henti, bilakah masa si pesakit dan penjaga nak berehat?
3. Sila silent phone
Ini sering terjadi di wad dengan penghuni yang ramai. Pesakit katil no. 1 tak ada pelawat, dia baru nak lelap tapi tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi nada dering lagu Aiman Tino versi disko dangdut oleh pelawat di katil sebelah. Tak ke ini satu gangguan?
Sama juga ketika anda menziarahi seorang ibu yang baru lepas melahirkan. Bayi suka tidur, jadi janganlah kejutkan si comel dengan nada deringan telefon anda. Bukan senang nak tidurkan bayi, ya! Silap-silap anak kecil boleh meragam sebab gangguan.
4. Tak pelulah buat rombongan ‘Cik Kiah’
Kalau boleh elakkanlah datang beramai-ramai memenuhi segenap ruang sampai pesakit rasa sesak nafas. Apatah lagi kalau pesakit berada di wad kelas ketiga hospital kerajaan yang sedikit sempit ruangnya. Kalau anda datang secara berjemaah, lepas itu duduk sembang di sekeliling katil… mestilah pesakit lain terganggu. Cuba buat sistem giliran masuk melawat. Anda bukan hanya perlu hormati pesakit yang anda nak lawat, malah anda perlu juga hormati para doktor, nurse dan semua pesakit lain di situ.
Kalau anda datang melawat pesakit di rumah secara berjemaah, mohon bantu untuk menyediakan juadah dan mencuci pinggan mangkuk setelah menghidangkan air/kuih untuk anda. Jangan datang sedap duduk makan, minum, gelak-gelak pastu balik.
5. Jangan duduk lama-lama berbual kosong
Kalau setakat datang nak borak kosong gosip artis, lebih elok anda balik melainkan orang yang anda ziarahi tu duduk di wad single patient dan mempunyai sakit yang tidak begitu kronik.
Kalau pesakit duduk di bilik multiple occupancy, mohon hormati pesakit lain dalam bilik yang sama. Wad hospital bukanlah tempat yang sesuai untuk sesi catch up bersama keluarga atau rakan-rakan. Pesakit pula memerlukan rehat yang secukupnya.
6. Bawa buah tangan yang sesuai
Haaa… jangan sesekali pergi tangan kosong ya. Tanya dulu apa yang pesakit boleh makan dan bawalah makanan bersesuaian. Sebab tak semua pesakit boleh makan.
Ada juga jenis pelawat yang sanggup makan sendiri buah tangan yang dibawa. Yang ini dah kategori lain dah ni…. Lain macam.
7. Elakkan membawa anak kecil
Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak anda sama ada mereka jenis yang suka menjerit-jerit, bergaduh ataupun gemar berlari ke sana-sini. Kalau ada anak-anak yang begini, kalau boleh elakkan bawa bersama. Kesian kat pesakit.
8. Jangan duduk di katil sebelah yang tidak bertuan
Sebagai pelawat, tolonglah jangan jadi selfish dengan menambah beban kerja jururawat ya. Elok-elok katil dah kemas, tetiba anda duduk. Habislah… lagi teruk kalau bawa anak kecil dan makan tumpah atas katil yang konon tak ada tuan tadi. Ini yang jadi tambah kerja nurse. Sila beringat!
9. Tak payah cerita pengalaman yang menakutkan pesakit
Ini boleh mematahkan semangat pesakit dan membuatkan mereka merasa sedih. Ceritalah perkara yang positif dan boleh membantu pesakit secara mental agar mereka terus tabah.
10. Jangan guna tandas pesakit
Andai kata anda melawat wad yang ramai penghuni tapi tandas cuma ada satu atau dua sahaja, silalah keluar sebentar dan cari tandas lain yang dikhaskan untuk orang awam.
Kita tak tahu pesakit di situ tiba-tiba nak muntah ke, nak tercirit ke ataupun tak tahan nak buang air kecil. Kalau pelawat ramai-ramai datang memenuhi tandas, pesakit-pesakit ni nak lari cari tandas di mana? Mohon bertimbang rasa
APA YANG PERLU BUAT
Doakan & Berikan Kata Semangat
Ucapkan kata-kata yang baik dan beri motivasi agar pesakit cepat sembuh.
Haaa… sekarang anda dah tahu adab melawat orang sakit, jangan buat perangai yang disebut tadi, ya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa dan tiada kurangnya. Pengorbanan seorang ayah rela melakukan apa sahaja, mengenepikan maruah diri dan rasa malu demi menyelamatkan nyawa seorang anak.
Kejadian yang berlaku di tepi sebuah jalan di China, kelihatan seorang lelaki melakukan gimik dengan berpakaian pengantin perempuan sedang duduk sambil memegang sepana di tangan.
Poster di sebelahnya tertulis ,”Mahu berkahwin untuk selamatkan anak, rela jadi pengantin/pekerja seumur hidup untuk membayar hutang sekiranya anda membantu menanggung kos rawatan anak saya”
Anak Hidap Leukemia
Guo Anchuan, 45 seorang tukang kayu kini terdesak mencari wang bagi membiayai rawatan anak perempuannya yang menghidap leukemia ‘acute lymphoblastic’ sejak berumur empat tahun. Tindakan ini dilakukan setelah 5 tahun berusaha mencari duit untuk menanggung kos rawatan anaknya, Gou Yuting,9 tahun.
Ditanya mengapa memakai gaun pengantin perempuan, Anchuan berkata, ia untuk menarik lebih banyak perhatian.
“Saya tidak lagi berfikir tentang maruah, mahupun rasa malu. Apa yang penting anak saya dapat diselamatkan,” ujarnya.
Menurut lelaki itu, anaknya Guo Yuting telah menjalani lapan sesi kemoterapi sebelum kanser itu kembali menyerang awal tahun ini. Pembedahan segera harus dijalankan bagi menyelamatkan nyawa anaknya.
Setakat ini, Anchuan berjaya mengumpul 16,000 Yuan (RM 9,960) namun ia masih belum mencukupi untuk menampung kos pembedahan.
Tabahnya hati seorang ayah, rela berkorban demi anak tersayang. Semoga segala usaha dan pengorbanan si ayah ini dipermudahkan dan anaknnya dapat menjalani rawatan serta kembali sembuh seperti sedia kala.
Bomoh dan orang Melayu tidak boleh dipisahkan. Dahulu bomohlah tempat rujukan masyarakat Melayu dalam menghadapi masalah kesihatan. Mereka bukan sahaja memberi khidmat nasihat tentang kehidupan tetapi mereka juga mempunyai keupayaan untuk merawat dan memulihkan sesuatu penyakit.
Mereka juga mempunyai ilmu tertentu terutamanya berkaitan dengan alam semula jadi. Mudah kata, bomoh dahulukala ibarat seperti doktor pada hari ini.
Pada saya, peranan bomoh berbeza dengan dukun dan pawang. Biarpun kelihatan sama dari segi penampilan tetapi terdapat banyak perbezaan ketiga-tiganya. Kini ketiga-tiganya dilonggokkan menjadi satu. Mereka hanya digelar bomoh. Cukup jarang untuk kita dengar perkataan dukun dan pawang. Justeru itu ramai yang tidak tahu membezakan siapa bomoh, siapa dukun dan siapa pawang.
Secara tidak langsung tugas-tugas dukun dan pawang kini diambil alih oleh bomoh. Kemodenan perubatan yang ada pada hari ini juga telah mengikis tugas-tugas bomoh. Masyarakat tidak lagi berpaksi kepada bomoh untuk merawat dan memulihkan.
Masyarakat kini lebih memilih untuk merujuk ke klinik atau hospital untuk rawatan dan pemulihan. Kesemua ini telah menukar fungsi bomoh dalam masyarakat. Hari ini masih ada lagi orang yang membuat rujukan kepada bomoh. Tetapi mereka tidak merujuk tentang penyakit.
Mereka lebih senang untuk merujuk apa yang terpendam dalam hati atau apa juga persepsi mereka untuk disahkan kebenarannya oleh bomoh. Mereka yang kaki bomoh ini tidak boleh tidak mesti berjumpa bomoh biar apa pun masalah yang mereka hadapi. Mereka seakan ketagih untuk bertemu bomoh. Mereka sanggup berhabisan wang ringgit demi memastikan persepsi yang mereka percaya disahkan benar dan kemudian berubat untuk memulihkan persepsi tersebut.
Acap kali saya temui orang terfitnah oleh persepsi. Mereka berubah kerana mereka sudah bosan dengan sikap dan layanan yang diberikan maka mereka dikatakan telah dibomohkan. Mereka tidak mahu tersekongkol dengan kerja-kerja dan fahaman khurafat, mereka juga dikatakan telah dibomoh.
Wanita Ini ‘Kena Bomoh’
Baru-baru ini datang seorang wanita bertemu saya. Dia bertanya apa yang perlu dilakukannya dalam menghadapi cerita kena bomoh ini. Dia ingin berkahwin dengan seorang lelaki yang jika diukur kedudukan kewangan dan pendidikannya lebih rendah dari wanita ini.
Wanita ini tertarik kepada akhlak yang ditonjolkan oleh lelaki tersebut. Namun hajatnya untuk berkahwin dengan lelaki tersebut dihalang oleh keluarganya kerana mereka merasa pelik bagaimana anak mereka yang berperwatakan menarik, mempunyai pekerjaan yang baik serta berpendidikan boleh tertarik dengan lelaki tersebut.
Mereka berpendapat wanita ini telah dibomohkan oleh lelaki tersebut. Menurut wanita itu, keluarganya terus sahaja merujuk kepada beberapa bomoh yang mereka kenali untuk memastikan apa yang mereka fikirkan itu benar.
Dalam beberapa bomoh yang mereka temui, terdapat dua orang bomoh yang bersetuju dengan pendapat mereka. Lalu mereka mahu wanita ini berubat untuk memulihkan diri dan terhindar dari lelaki tersebut.
Cerita seperti ini bukan kali pertama saya dengar dan saya temui. Mereka yang kaki bomoh sentiasa merasakan perubahan yang berlaku pada seseorang adalah kerana dibomohkan. Mereka menganggap orang lain juga sama seperti mereka suka berbomoh.
Mereka kononnya mahu melakukan kebaikan dengan memulihkan orang lain. Tetapi hakikatnya mereka merosakkan kehidupan orang lain dan merosakkan iman mereka sendiri.
Kaki Bomoh, Tapi Warak
Anehnya ada di kalangan orang yang kaki bomoh ini yang sangat menjaga ibadahnya dengan Allah SWT. Bahkan ada di antara mereka yang mempelajari perihal kerohanian. Tetapi keterikatan kepercayaan mereka kepada bomoh sukar untuk dihakis.
Jika orang bertanya siapa yang patut dipersalahkan bomoh atau orang yang ke bomoh?
Jawapan saya, orang yang patut dipertanggungjawabkan adalah orang kaki bomoh. Orang yang merujuk ke bomoh belum tentu kaki bomoh. Orang yang tidak boleh meninggalkan bomoh adalah kaki bomoh. Dek kerana sentiasa mahukan kepastian dari bomoh, mereka akan bertemu dengan bomoh palsu dan bomoh cari makan. Bomoh-bomoh inilah yang akan mengiakan apa juga persepsi mereka. Bomoh-bomoh inilah yang mengubah peranan bomoh sebenar.
Pada saya, mereka yang kaki bomoh ini masih banyak peluang untuk kembali ke jalan yang lurus. Bukan tidak boleh ke bomoh tetapi menjadi kaki bomoh itulah yang perlu dielakkan. Mereka yang kaki bomoh akan terdedah kepada kecederaan akidah.
Mereka juga membuka ruang yang sangat luas untuk benih-benih dosa bercambah dan membesar. Mereka akan mencipta fitnah, mempercayai fitnah dan menyebarkan fitnah.
Bukan itu sahaja, bahkan mereka juga telah membunuh silaturahim. Apa yang ditakuti adalah mereka tidak sempat bertaubat sebelum dipanggil Allah SWT dan mereka juga tidak sempat meminta maaf atas perbuatan mereka terhadap orang lain. Maka jalan terbaik boleh dilakukan pada hari ini dengan kembali kepada Allah SWT sepenuhnya.
Penulis : Dr Azhar Hj Sarip, pengasas Spiritual NLP Malaysia yang juga kolumnis ‘Munajat’ majalah Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...