“Allah, Mak.. Mak” Wanita Rebah Saat Tunai BADAL UMRAH ARWAH IBU, Sarat Rindu Tak Terbendung

Share

“Allah, Mak mak” wanita rebah saat tunai badal umrah arwah ibu, sarat rindu tak terbendung. Sememangnya hati anak akan mudah tersentuh apabila teringatkan kenangan bersama arwah ibu tercinta. Tak kiralah berapa usia anak itu namun kehilangan ibu bagaikan gelap seluruh dunia.

Jika boleh diputarkan masa sudah tentu kita tidak mahu lepaskan momen-momen indah bersama insan paling banyak berkorban untuk kita.

Kisah seorang wanita yang rebah saat menunaikan umrah untuk ibunya begitu menyentuh hati. Air mata jatuh apatah lagi terkenangkan arwah ibu kita sendiri. Apatah lagi wanita itu rebah tiga kali. Sayunya tidak terkata sewaktu membaca perkongsian ini.

“Allah, Mak.. Mak” Wanita Rebah Saat Tunai BADAL UMRAH ARWAH IBU

Seperti mana yang baru saja dikongsikan Ustazah Asma’ Harun menerusi Facebooknya, dia sendiri berpengalaman berhadapan dengan seorang wanita yang begitu sedih teringatkan arwah ibu sewaktu menunaikan badal umrah untuk ibu kesayangan.

“Allah… Mak… Mak… Mak

“Allahu Akbar, 3 kali Jemaah Wanita ini rebah atas pangkuan saya dan beberapa jemaah wanita lain.

“Sebaik selesai ibadah saie, 7 kali ulang alik sejauh lebih kurang 3.5km, setibanya di Bukit Marwa, beliau pada awalnya stabil dan memeluk saya sekuatnya sambil memberitahu bahawa umrah yang dilakukan ini untuk emaknya, saya cuba menyejukkan hatinya dengan berulang kali memberitahu bahawa, “insyaAllah, kita berdoa dan bersangka baik bahawa pahala umrah ini telah membahagiakan arwah Emak hingga alam barzakhnya bercahaya dan ibarat Taman Syurga, insyaAllah tak lama lagi akan berkumpul kembali di Syurga..”

“Setelah itulah seolahnya kakinya tidak lagi berdaya sedikitpun, badanya juga lemah longlai. Sambil lidahnya menyebutkan.. Allah.. mak.. mak.. mak.. dengan air mata yang bercucuran.

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sarat Rindukan Arwah Mak

“Boleh jadi sepanjang perjalanan bermula dengan Tawaf dan Saie, ingatan dan hatinya sarat rindukan arwah emak yang tidak terbendung lagi.

“Pengalaman sendiri, setiap kali melakukan ibadah badal Umrah buat arwah ayah memang akan terasa sangat berat dan sayu, sepanjang tawaf dan saie seperti terbayang- bayang wajah arwah dengan senyuman dan suara memanggil nama kita.

Allahu Akbar

“Jemaah wanita ini berusia sekitar 62 tahun, beliau adalah anak yang direzekikan untuk menjaga emaknya sehingga kembali kepada Ilahi sekitar 4 tahun yang lepas, saat itu arwah emak berusia sekitar 80 tahun lebih. Suaminya juga telah meninggal dunia sebelum emak tercinta.

“Begitulah yang diceritakan oleh adik dan kakaknya yang juga turut sama dalam jemaah umrah kali ini.

“Akhirnya, kerana ketidakmampuan beliau berjalan bahkan untuk berdiri pun tak mampu, lalu wanita ini ditolak dengan kerusi roda hingga ke bilik.

“Begitulah antara kisah sayu yang baru sahaja berlaku, kami memulakan umrah kali ke dua selepas waktu solat isyak, bermula sekitar jam 9 malam dan berakhir jam 12 malam waktu Makkah.

“Banyak kisah syahdu sebenarnya, kerana Jemaah kami ni ramai yang berusia dan uzur, masing-masing sarat dengan pengalaman hidup yang pahit dan manis. InsyaAllah ada rezeki waktu dan kudrat saya ingin berkongsi lagi sebagai satu iktibar,” kongsi Usatazah Asma’ Harun yang kini berada di Mekah.

Baca Disini : ‘Pengkid Pergi Umrah..’ Masih Ada Lagi Manusia Tidak Belajar Dari Kes Covid-19

Hafiz Buat Kejutan, Umum Bawa 120 Staff Tunai Umrah. Belum Kerja Sebulan Pun Direzekikan Pergi

“Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan Jemaah Umrah” Doa Warganet

Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar dipermudahkan segala urusan jemaah umrah.

Mingguan Wanita : Allahu terus sedih teringatkan arwah ibu tercinta. 

Sumber / Sumber Foto  :  Facebook Ustazah Asma’ Harun

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Published by
Norhayati Suboh