Ingatlah bahawa Allah jadikan manusia ini tak sempurna segalanya. Jangan kerana satu kelemahan kita, kita mula mengeluh dan berasa putus asa untuk meneruskan mudah.

Sememangnya Allah SWT sengaja cipta manusia tidak sempurna kerana Diam ahu umatnya belajar bersyukur dengan apa yang ada kerana setiap orang tidak memiliki jalan hidup yang sama.

Ikuti perkongsian Asmidar Hanan
dan fahamkan betul-betul.

Ads

Hidup setiap orang tak sama.
Ada orang Allah rezekikan otak yang bijak, belajar dan belajar tak henti. Ada orang lain pun minat belajar, tapi tak berapa nak pandai.
Ada orang Allah rezekikan jodoh awal. Habis SPM, terus kahwin. Ada orang nak kawin awal, tetapi jodoh belum tiba.
Ada orang Allah rezekikan anak cepat. Ada orang kahwin sudah lama kahwin, belum punya anak.
Ada orang Allah rezekikan jaga mak ayah. Kerja biasa biasa, tapi mampu bahagiakan hati mak ayah. Ada orang gajinya besar, tapi pulang jenguk mak ayah setahun sekali belum tentu.
Ada orang Allah rezekikan harta melimpah ruah, bisnes menjadi. Ada orang dah berpuluh tahun struggle bisnes, masih kais pagi makan pagi.
Ada orang habis belajar, terus kerja gaji 5 ribu. Ada yang dah 10 tahun habis belajar, masih lagi bergaji 2 ribu.

Ads

Kebaikan dan Kelemahan

Ads

Setiap orang Allah beri kebaikan, ada kelemahan juga dalam diri kita. Dan kelemahan kita tu, kelebihan pada diri orang lain.
Allah itu Maha Adil. Manusia tidak sempurna Allah ciptakan supaya kita belajar bersyukur.
Bila jumpa orang yang timeline atau aturan masa tidak sama dengan kita, kawal mulut!
Jangan cepat mengecam. Cari sisi positif, berikan kata sokongan.
"Bagusnya kau ni asyik belajar. Aku doakan, kau dapat berbakti kepada anak bangsa kita."
"Tak apa kau belum kawin, kau ada banyak masa untuk explore diri sendiri."
"Takpe belum ada anak. Nanti Allah akan bagi. Sekarang Allah bagi masa honeymoon. Lepas ni Allah bagi berturut-turut anak untuk kau,"
"Berkatnya hidup kau. Kau sempat bahagiakan mak ayah,"
.
Kata kata positif yang kita berikan, akan buat hati kita tenang. Hati kawan kita yang mendengar juga bahagia. Bersyukur setiap Allah dah beri pada kita.

Sebab,
Sampai bila-bila pun, kita tak boleh dan tak mampu paksa orang lain untuk berada dalam timeline atau aturan masa yang sama macam kita.
Selamat pagi!
Sumber: Asmidar Hanan

MW: Oleh itu bersyukurlah dengan rezeki dan jalan hidup yang Allah takdirkan untuk kita. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, insyallah. Jangan mengeluh tetapi berusahalah untuk merubah hidup dan percaya setiap orang lain aturan hidupnya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI