Saat pelakon Datuk Fizz Fairuz teruja berkongsi rasa gembira yang dirinya bakal menimang cahaya mata ke-empat, namun kebahagiaan itu diragut apabila isterinya, Almy Nadia keguguran.
Sebelum ini Fizz berkongsi rasa teruja jika kali ini Allah kurniakan dia anak lelaki sementelah telah memiliki tiga anak perempuan. Ternyata, Allah lebih sayangkan bayi yang dikandung isterinya, Almy. Biar pun sedih, Fizz redha jika ini ketentuan-Nya.
Ikuti perkongsian, Fizz Fairuz
AL-FATIHAH…
Terima kasih Allah bagi kami 14 minggu bersama baby ke-4 saya dan @almynadiaofficial .. Allah lebih sayangkan kamu anak ku…
Papa redha… Papa tak nak nangis, sebab papa kuat… Amin… Semoga Allah jaga kamu ye anak ku… Al-fatihah…
Ketika Fizz berkongsi berita duka ini, ramai peminat dan rakan artis mengirimkan ucapan takziah buat pasangan ini. Bukan mudah kehilangan bayi yang meninggal dalam kandungan.
Pasangan ini sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, dan Nur Ayra, 2, selain anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 11. Fizz dan Almy Nadia telah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.
MW: Semoga Fizz dan Almy Nadia kuat menerima ujian ini. Tentu ada hikmah di sebalik segala yang berlaku, insyallah.