Allah Bukan Saja Rezekikan Abby Abadi Dengan Anak Yang Ramai, Malah Sekeping Hati Yang Mulia

Share

Sekitar Jun 2018, pelakon Abby Abadi mengumumkan hasrat hatinya mahu mengambil anak angkat. Tidak lama selepas luahannya itu di instagram, Allah menghadirkan seorang bayi yang cukup comel, Muhammad Daiyan Fayyadh.

Tak sampai sebulan selepas kehadiran Daiyan, Abby membuat kejutan lagi dengan kehadiran seorang bayi perempuan dinamakan Maisara Dayana Fathia.

Dan baru-baru ini, Abby sekali lagi mengumumkan kesediaannya untuk membantu ibu-ibu yang kesempitan ‘jalan keluar’ untuk membesarkan anak yang dilahirkan dari rahim mereka.

Kata Abby, “Mana-mana adik, kakak, ibu-ibu yang sedang mengandung. Yang akan melahirkan tapi tak berkemampuan untuk menjaga baby tu, cari saya.”

Di mana saja, saya sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ya adik kakak ya. Ada jalan penyelesaiannya.”

 

Jangan Menidakkan Hak Anak Yang Tidak Berdosa Ini – Abby Abadi

Dalam postingnya yang dimuat naik di laman instagram miliknya, Abby turut menegaskan akan hak anak-anak yang tidak berdosa ini untuk meneruskan dan menikmati kehidupan di muka bumi ini.

Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak untuk hidup di atas muka bumi Allah ini.”

Menurut Abby lagi, orang ramai dinasihatkan agar tidak mempersoalkan akan status anak yang dibantu itu, kerana setiap mereka tentulah ada kisah di sebaliknya yang tidak dapat dikongsikan dengan orang ramai.

Untuk anak-anak yang dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka. 1001 macam masalah dalam dunia ni.. tak tertulis kat sini.”

Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ni beragama/kenal ALLAH atau sebaliknya.. Wallahuallam

.”

Abby juga mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 hasil perkahwinan terdahulunya bersama Norman Hakim.

Sumber/Foto : Abby Abadi

Published by
Netty Ah Hiyer