Jarang-jarang berlaku, tetapi memang tabik spring kalau seorang suami mampu lalui rutin harian yang kaum isteri buat setiap hari.
Untunglah isteri kalau dapat suami yang boleh uruskan anak-anak dan faham dunia isteri bekerja itu macam mana. Maklumlah, isteri bekerja ni keluar pagi balik malam. Kira beruntung kalau buka pintu anak-anak masih tak tidur.
Kalau biasanya kita baca tenatng penat lelah seorang isteri uruskan hal rumah tangga, kali ini dari berbeza bila kaum suami yang uruskan semua itu. Nah, jemput baca perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin ini, elok sangat untuk membuka mata sesetengah lelaki yang kadang cuma hanya tahu mengarah bini buat itu ini.
Rutin isteri bekerja dan ada anak kecil
Alhamdulillah, Allah bagi saya peluang dan kesempatan untuk saya melalui rutin tersebut walaupun saya ni seorang suami. Isteri keje shif, 12 jam, siang dan malam, dia kata sehari, dia tidur 2 jam je. Malam kerja pula… disebabkan satu kejadian tu, saya buat keputusan untuk jaga kedua-dua anak. Isteri tertidur, microsleep ketika balik kerja malam dan langgar belakang bas. Kereta remuk teruk, tapi dia dan anak-anak selamat.
Anak saya masa tu, sorang setahun setengah, seorang lagi 5 bulan.
Rutin harian saya bermula seawal 5.30 pagi, bangun tidur, siapkan diri sendiri, bancuh susu, prepare baju anak-anak untuk dihantar ke pengasuh, then angkat anak sorang-sorang masuk dalam kereta.
Lepas antar kat pengasuh, saya pergi kerja, balik saya ambik. Isteri kerja malam, jadi tak jumpa. Saya dah ambik siap-siap no telefon kedai makan, saya call dan order untuk makan malam. Park je kereta, dukung anak-anak, terus ambil maknan. Ada hari isteri masak, ada hari tak. Kalau dua-dua kerja pagi, atau dia tak masak, saya memang tapau luar.
Sampai umah, layan anak-anak jap, then mandi. Mandi buka pintu ya, tak boleh tutup. Risau anak-anak menangis dan jadi apa-apa kat anak-anak. Adakalanya, anak duduk depan pintu, tengok saya mandi. Mandi ok lagi, bayangkan buang air besar sambil pintu terbuka? Kadang terpaksa “tahan” dulu, line clear, baru buang.
Haa…saya rasa semua tu.
Time solat, kadang-kadang sampai 2,3 kali kena solat sebab diorang datang duduk, baring atas sejadah, tarik kain, masuk dalam kain, menangis nak susu dan sebagainya. Nak kata khusyuk tu, saya terus terang, memang tak. Bila diorang senyap je, saya fikir, apa la yang diorang buat. Bagi je salam, terus cari anak-anak.
Masa makan, kadang-kadang sempat habiskan maaknan, kadang-kadang tak, ada masa makan sekali dengan diorang, letak sorang dalam bakul baby, then sorang lagi bagi dia makan biskut milna atau suap moi sendiri. Bersepah pun bersepah la, kalau nk tunggu line clear, memang tak sempat makan.
Anak-anak menangis, mengamuk, mengantuk kena layan diorang dulu, pastu sambung makan pula. Makanan dah sejuk, nak makan pun kaddang-kadang dah tak lalu.
Waktu tidur, yang kecil tu tidur buaian… kena letak, buai dlu, selawat, zikir bagai nak rak. Baru tidur. Kadang-kadang sampai sejam berzikir, baru dia tidur. Lepas itu saya tidurkan yang sorang lagi pula, yang setahun lebih tu, tepuk-tepuk belakang dia. Bila diorang dua-dua dah tidur, saya kemas umah, basuh pinggan mangkuk. Setel apa yang patut.
Sebelum saya tidur, saya angkat yang kecil, letak atas tilam, tepi saya. Sorang kiri, sorang kanan… cabarannya? Nak susu time tengah malam. Dalam satu malam, kadang-kadang 3,4 kali jaga buat susu, tukar pampers… tidur cukup? Tak pernah cukup. Bancuh susu pun sambil pejam mata, esok pagi jaga, tepung susu terabur merata. Kena lap pula.
Berterusan sampai lah anak ketiga… sehinggalah isteri berhenti kerja.
Benda ni tak mudah, tak jugak terlalu susah. Tapi ianya sangat-sangat meletihkan. Saya yang lalui sendiri, dengan kudrat seorang lelaki. Hampir 3 tahun saya jalani hidup macam tu, Even weekend pun, kalau isteri bekerja, saya kena jaga anak dari pagi sampai malam. Seharian main dengan diorang, diorang tidur, saya tidur.
Jangan pandang mudah, jangan pandang rendah, jangan pandang seolah-olah benda ni tak ada apa-apa pun. Cuba buat dulu, then baru tahu mudah ke tak, baru jaga sejam dua pun, kadang-kadang ada yg dah bunyi, dah marah-marah. Inikan bertahun-tahun kena jaga.
Semoga perkongsian ini dapat membuka mata suami diluar sana untuk menghargai isteri awal-awak semua yang lalui apa yang saya lalui untuk membesarkan anak-anak dan dalam masa yang sama, kena berkerja disebabkan faktor kewangan keluarga.
Ianya sangat meletihkan. Trust me…but i’m willing to do it again. Pengalaman yang mematangkan kita untuk menjadi seorang suami dan ayah yang lebih baik lagi.