ALLAH Akan UJI Dengan Benda Yang Paling Kita LEMAH!

Share

Ada benarnya setiap orang akan diberikan ujian yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuan mereka. Setiap ujian yang diberikan pula tak sama. Sama ada kita perasan atau tidak, seringkali kita duji dengan benda yang paling kita lemah. Ia untuk menguji keimanan kita untuk terus taat pada setiap perintah dan suruhannya.

Baca Lagi Di sini:
Usia 36 Sehingga 39 Tahun Adalah Kemuncak Ujian Allah Paling Dahsyat!
Cabaran Suami Isteri Akhir Zaman, Rumahtangga Akan Diuji Sehebat-Hebat Ujian!

Fahamkan perkongsian daripada Cikgu Shaini Razali

Mungkin, ada sahabat ni, bab tutup aurat ni dia memang dah sempurna, pakai tudung labuh semua. Tapi, jangan sesekali ingat diri dia dah sempurna.Mungkin dia tak lemah bab aurat. Tapi, dia lemah bab “REDHA”. Maka di situ Allah uji, anak sakit, diri sakit, ipar duai problem, suami problem. Ujian ini pula datangnya berkali-kali pula.Ye, selagi dia belum BELAJAR REDHA.

Mungkin, ada sahabat ni, bab tutup aurat ni dia juga sempurna, pakai tudung labuh semua. Tapi, belum tentu semuanya dah sempurna. Mungkin dia tak lemah bab aurat. Tapi, dia lemah bab “BERBAHASA”. Bicaranya sering membuatkan insan sekeliling TERLUKA dan menjeruk rasa. Maka mungkin atas sebab itu dia diuji, sakit yang berulang-ulang, rumahtangga dirasakan tidak bahagia, sedih..resah gelisah.

Bersihkan Hati Dengan Zikir Dan Al quran

Sungguhpun kifarah itu penghapus dosa dan menaikkan darjat, tapi dosa yang sama jangan diulang lagi. Sahabat, apa yang diucap itu cerminan hati. Bersihkan hati dengan zikir dan al quran. InsyaAllah lidah terpelihara..hidup lebih sejahtera.

Mungkin, ada sahabat ni, bab akhlak semua dia okay. Akhlak baik, sopan, peramah.Tapi, bab tutup aurat pula dia lemah. Maka di situ Allah uji bila perhiasan dunia ini dinampakkan indah di matanya. Bertudung tapi pakai baju nampak bentuk badan…Bertudung tapi kadang-kadang pakai baju lengan pendek. Bertudung… tapi sering aurat lain terbuka.

Sayangnyaaaa….akhlak yang dah cantik itu tidak didakapi syariat Allah sepenuhnya. Semoga dia sedar, seindah perhiasan adalah wanita solehah. Semoga dalam ketetapan takdirnya dia akhirnya berubah menjadi wanita yang dicemburui bidadari syurga.

Saya yang bercakap ni pun takde lah sempurna mana. Saya juga ada kelemahan. Ada aib yang Allah tutup.

Tapi saya sedar, setiap orang ada kelemahan masing-masing. At one point, kita jangan rasa diri kita hebat dengan sesuatu perkara dan merendahkan orang lain. Kita mampu buat perkara tu kerana ITU bukan kelemahan kita!

Ingat, Allah akan uji kita dengan benda yang paling KITA LEMAH.

Saya sering berdoa dan mengharapkan, agar apa yang saya selalu sampaikan pada orang lain dapat saya amalkan dan perbetulkan diri.

Dan saya sangat-sangat berdoa dan mengharapkan, agar saya tidak diuji dengan kesempatan untuk dapat melakukan maksiat walaupun tanpa pengetahuan orang lain.

CikguShainiRazali

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Banyakkan berdoa agar kita diberikan kekuatan dan berjaya menangani setiap ujian yang diberikan.

Sumber: Cikgu Shaini Razali

Published by
Suhaidah Abd Wahab