Aliff Syukri mohon doa kesembuhan buat nenek sedang kritikal. Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri begitu sedih sewaktu berada di hospital bagi melawat neneknya, Hajah Aminah Satar yang kini sedang berada dalam keadaan kritikal. Hajah Aminah merupakan ibu kepada Rozita Ibrahim (bonda).
Seperti mana perkongsian di laman Instagram Aliff Syukri memohon orang ramai agar mendoakan neneknya diberikan kesembuhan segera. Malah ketika berada di Hospital Kuala Pilah, Aliff juga berasa sedih kerana tidak dibenarkan bertemu dengan neneknya namun dia reda dan memahami prosedur hospital.
“Dari jauh datang nak tengok nenek. Tapi tak boleh masuk, sebab keadaan covid ni banyak perkara yang perlu dipatuhi. Walau tak dapat masuk pun Syukri syukur dapat dekat dengan nenek, mak dan isteri.
“Nenek selalu ada dengan syukri masa Syukri kecil, Syukri susah dan senang nenek la saksi segalanya….kalau ada apa-apa nenek la org pertama Syukri cari dulu…
“Doktor kata keadaan nenek 50-50…nenek kritikal…Doktor kata kena doa-doa banyak ….Syukri kalau ikut nak bawa nenek ke hospital di KL atau Selangor untuk mudah Syukri dan mak tengok nenek…tapi Syukri akur keadaan nenek sangat kritikal dan bahaya jika lalui perjalanan panjang…lagipun di sini ada Dr pakar yang pantau nenek.
“Doakan semua yang nenek saya Hajah Aminah Satar kembali sembuh. Saya tak sanggup nak lalui detik kehilangan nenek lagi selepas abah saya kembali ke penciptanya,” tulis Aliff.
Manakala menerusi perkongsian Bonda Rozita Ibrahim pula, mereka sekeluarga bersedih kerana pada waktu ini ibunya sudah ditidurkan.
“Datang jauh-jauh berkumpul di hotel Kuala Pilah dekat 40 orang anak dan cucu , tapi gitulah kan zaman covid tak dapat masuk pun, merayu kami nak tengok nenek yang ditidurkan
“Kesian kri @aliffsyukriterlajaklaris lepas jumpa doktor pakar tadi , bertalu-talu dia tanya nenek saya ada harapan tak ??
“Ada tak ubat yang boleh sembuhkan bangunkan nenek saya – cucu KESAYANGAN penghibur nenek datang dengan air mata – indah dan ikhlasnya KRI – payah cari cucu sebaik KRI ” sedegil-degil KRI dia lah sangat menjaga neneknya dari duit dan perhatian ”
“Susah dia nak menerima kenyataan hakikat keadaan nenek nya begitu. saya tak tahu nak tulis kapsyen apa.
“Selamat senja yg merah doakan lah Mak saya Aminah Satar untuk bangun kembali,” luah Bonda.
Aliff Syukri Buang Ego, Kembali Kepada Keluarga, Lebih Matang Hargai Isteri
“Tinggalkan Dunia, Saya Juga Ada Kesedihan Yang Perlu Sorok.”- Bonda Rozita.
Bonda Rozita Terangkan Baik Buruk Air Rendaman Rumput Fatimah Buat Wanita!
Malah pada perkongsian yang terdahulu Bonda juga berkongsi dia berusaha untuk menghantar ibunya ke hospital swasta namun tidak diterima dek kerana kondisi ibunya yang mengidap sakit buah pinggang tahap empat, kencing manis dan darah tinggi.
“Duit ada pun, tak semestinya dapat apa kita nak
“Sedaya upaya saya usahakan untuk masukkan mak saya dekat Gleneagles hospital ataupun Damansara KPJ tetapi tidak diterima oleh pihak hospital – doktor swasta dan doktor kerajaan saling berhubung untuk mengetahui Kondisi mak saya kerana sakit buah pinggang stage 4 – k manis – darah tinggi ( kena pulak dia skip 4 hari x cuci )
“Saya nak bawa kemari kerana mudah utk kami semua melawat dan menguruskannya , atas nasihat semua doktor pakar mak kena cuci secara paksa dan ditidurkan – oksigen Mak drop 70 % – paru-paru mak dipenuhi air sebab tak cuci empat hari , mak balik kampung seronok sangat tak sedar dia minum air dan makan banyak – orang sakit buah pinggang tak dibenarkan minum air banyak.
“Doakan Mak saya Aminah Satar stabil semula – dan diberikan kesempatan kami untuk mohon maaf dan baca Quran lagi bersamanya,” tulis Bonda.
Mingguan Wanita : Semoga Allah berikan kesembuhan buat ibu Bonda Rozita Ibrahim.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Aliff Syukri & Instagram Bonda Rozita Ibrahim
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita