Aliff Syukri Minta Tip Kurangkan Bil Elektrik Lebih RM8000, Ini Jawapan Netizen

Share

Dalam instagramnya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkongsi bil elektrik di rumahnya yang mencecah sehingga RM8142.90.

Dengan caption, “Macam makin naik je bil umah saya. Ada cara tak nak kurangkan bil elektrik rumah.. bulan ni kena berjimat skit guna api kat rumah.”

Pertanyaan itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Ada yang membandingkan jumlah bil itu bersesuaianlah dengan keperluan rumah agam, Aliff Syukri Palace miliknya.

Bagaimanapun, MW tertarik dengan beberapa cadangan bernas yang dikongsikan netizen dalam ruangan komen status berkenaan. Kerana ada sebahagian tip yang dikongsi ini juga berguna untuk mak-mak buat langkah penjimatan elektrik di kediaman sendiri.

 

Ini Tip Jimat Bil Elektrik Cadangan Daripada Netizen

Kawal Penggunaan Aircond

  • Jangan pasang aircond full blast. Letak setting yang ada simbol waterdrop tu then letak suhu 23-25 saja. Dia akan kawal suhu bilik.
  • Dah pasang aircond tutup pintu bilik dan pintu toilet. Jadi bilik cepat sejuk dan aircond tak perlu ‘kerja keras’ nak sejukkan ruang.
  • Set timer aircond. Pasang semasa tidur untuk katakan 4 jam saja. Pasang kipas. Bila bilik dah sejuk, pasang kipas pun dah cukup.
  • Waktu siang buka tingkap dan sliding door, biar natural air dan pasang kipas.
  • Kalau tak ada orang di satu-satu ruang tutup lah lampu. Tak perlu terang benderang satu rumah. Nak terang benderang satu rumah mungkin semasa ada acara di rumah.
  • Untuk penggunaan harian kita berjimat. Buat macam ni, insyaAllah dapat lah berkurang bil.
  • Nak lagi drastik. Jangan Pasang aircond langsung sebulan. Memang ketara. Kalau sanggup boleh lah. @widyashoppe
  • Aircond kena set dry, jangan set cool fan. Memang banyak makan elektrik. @imransolo
  • Pasang aircond waktu tidur saja @syaz_nasam

Cabut Plug Barang Elektrik Yang Tak Nak Diguna

  • Kena cabut plug kalau barang elektrik tu tak nak diguna. Contohnya tak nak pakai kipas, bukan switch off je tapi cabut plug tu juga. Memang boleh jimat banyak @akikotakuza
  • Ye. Saya dah amalkan 5 ke 6 bulan (cabut plug barang elektrik yang tak guna). Walau pakai aircond kat bilik, bil RM30 paling banyak. @syeeraa_razali
  • Barang-barang elektrik yang pakai plug dan tak guna elektrik 24 jam (guna sekejap) wajib cabut plug tu tau. Dah nak guna balik baru pasang semula. Macam plug TV pun sama. Peti sejuk yang besar pun malam-malam sebelum tidur boleh cabut. Pagi pasang balik. Tak cair pun barang-barang dalam tu sebab dah cukup beku.
  • Even macam rumit nak cabut dan pasang balik tapi memang berbaloi. Rumah saya dah try, banyak gak jimat bulan-bulan. Memang berbeza dari yang dulu. Kalau tak percaya, try dulu. Tengok beza tak bulan akan datang dan bulan lepas punya. @lopa.cosmetics.hq

Gunakan Lampu Solar

  • Pakai solar panel. Pakai lektrik sendiri free. Kalau ada lebih masuk ke grid nasional. Dapat income lagi, tanya TNB boss. Ini promo TNB few years back. Kalau salah jangan kecam saya ye. @mamalac365
  • Rumah besar patut pakai sistem solar lebih jimat @na_here_babyshop
  • Gunakan solar pada waktu malam. @norhazirahmohdnordin
  • Pasang solar NEM Dato. Bil elektrik dah tak perlu bayar lagi dan boleh potong cukai hasil. @afandi_saidin
  • Mahalnya bil lektri rumah Dato. Dato juga lampu solar lah senang. Pasang solar kat rumah nanti semua cas pakai tenaga matahari. Dan tak payah bayar bil dah. Tapi kena beli lah alat solar tu. Pasang kat rumah. Letrik pakai sikit je dah lah. Banyakkan pakai solar. @hitahintan
  • Boleh install solar panel kat atas rumah. Few years akan dapat return. Elektrik yang dijana boleh guna sendiri. Nak jual ke TNB pun boleh. @aiqa_chan

Pasang Lampu Censor Boleh On Off Sendiri

  • Pasang lah censor kat semua tempat dalam rumah Dato tu. So dia auto off kalau tak ada orang. Dan pakai lah LED light. Jimat. @wmhelmie
  • Sila guna ADT alarm boleh control lampu rumah guna phone dan boleh tukar warna lampu guna apps ADT interactive dan akan boleh control aircond. Tak kisah di luar negara ke.. outstation atau di office. Janji phone ada internet boleh control alarm, lampu dan aircond di rumah. Boleh jimat sikit. @dazlan92
  • Lampu rumah pasang censor. Bila jalan baru on sendiri. Bila takde orang dalam seminit, boleh off sendiri. @adamlisha3

Tak Perlu Guna Water Heater

  • Kalau tiada orang dalam rumah bilik tutup aircon dan lampu buka bila perlu je. Water heater tak perlu guna sebab cuaca tengah panas sekarang. Penapis air pun sama. Buka bila nak guna je pastu tutup. @hudamn24
  • Kurangkan penggunaan heater. @azan016

Awas! Ini Untuk Yang Guna Penapis Air

  • On off penapis air lagi banyak bil. Saya tulis berdasarkan pengalaman. Macam peti sejuk jugak. Tak boleh on off. Untuk sejuk dan panas semula pakai tenaga elektrik yang banyak. @awinalya207
  • Mungkin sebab rumah ada aircond banyak. Dan lagi satu kalau ada guna penapis air; Coway ke Cuckoo ke. Rumah saya pernah juga bil tinggi. Selalunya tak sampai pun RM200 sebulan. Bila guna penapis air in 24 jam tu yang naik. Tapi bila tak guna kami tutup. Sekarang dah kurang jadi RM140 je. @suziyana76

Perhatikan Pump Kolam Ikan Koi

  • Tengok pump koi fish pond. Kalau watt tinggi, mungkin boleh fikir cara nak stopkan ikut kesesuaian masa. Saya ada dua koi pond jugak. So that’s the first thing untuk check! @suthanm

Set Economy Setting Untuk Sesetengah Barangan Elektrik

Selepas pakai barang-barang elektrik, pastikan soket dicabut. Jangan biar soket menyangkut walaupun suis off. Cadangan, pakai auto/timer soket. Set economy setting bagi sesetengah barang yang berkaitan. @oneal94

Tukar Kepada Lampu LED

  • Kurangkan penggunaan aircond sepanjang hari. Tutup mana-mana barangan atau alatak elektrik yang tak guna dan tukar lampu pada LED. InsyaAllah jimat.
  • Macam rumah saya, lampu MR DIY je. Ada tulis kat kotak tu 30 Watt. Tapi boleh sampai 100 Watt sebenarnya. Jimat tu.. @tg_atie

Sediakan Jadual Kegunaan Elektrik

  • Buat satu jadual dan senaraikan kegunaan elektrik harian. Lepas tu check, penggunaan elektrik yang penting part mana contoh untuk ruangan dapur misalnya. Guna tenaga elektrik untuk yang penting sahaja. @azharsafar97
  • Kurangkan penggunaan. Hari tu pun ada case jugak, suspect ada leaking arus elektrik. Bila panggil pakar rupa-rupanya penggunaan tu membuat bil melambung naik. @tieraasrin

Penyedut Haba Elektrik Pun Boleh Jadi Penyebab

  • Rumah teres saya pun naik tiga ratus. Mana taknya, caj handphone tiap kali bateri handphone habis, kipas 24 jam pasang (lebih-lebih lagi musim panas), gosok baju pun dua minggu sekali dan masak guna penyedut haba elektrik.
  • Boleh je nak jimat. Aircond tu jangan lah pasang di siang hari. Waktu malam masa nak tidur je. Pastu guna lah time yang boleh tutup sendiri. Barulah boleh sampai RM5K pun dah ok. @sitirahayuosman5006

 

Bukan DS Aliff Syukri Je, Netizen Pun Rasai Kenaikan Bil Elektrik

√  Bukan kata rumah Dato je sekarang. Sejak tukar meter baru, semua rumah bil naik. Yang saya dengar termasuk rumah saya. Tapi yang lain saya tak tahu lah. @dakwawa_abdjalil

√ Bil lektrik rumah saya bulan lepas pun sama. Naiknya mendadak. @princessfarah88

√ Memang

tarif elektrik naik Dato. Bukan Dato je terkesan. Kami yang smekin ni pun merasainya. @norizanrabit

√ Umakaihh Dato.. bil rumah saya bulan ni naik RM200, tapi terpaksa ansur-ansur seratus dulu Dato oii.. poning den tengok bil. @ika_norchiey

√ Memang elektrik naik since bulan lepas. @siri_mariam_yaacob

√ Tau tak pe.. la ni air pun sama juga. Dah 2 bulan ni air dari 40 ringgit sebulan terus naik seratus lebih. Ramai yang merungut kenapa bil api dan air mendadak tetiba. Rumah kampung je. @lk_fresh_shida

√ Saya punya bil api pun naik Dato. Lepas tukau smart meter mendadak naik. Selalu bawah bawah RM130. Tapi dah 2 bulan pakai smart meter teruk. Bulan pertama RM187. Bulan kedua RM200. Ni bil bulan depan nak tengok macam mana. Dah report TNB pun tak guna. Dia cakap cuaca panas. Jadi penggunaan aircond jadi kuat. Apa kena mengena elektrik dengan cuaca. @merah_inai

√ Betul saya perasan bil air kat rumah naik tak tau kenapa. Bil api lambat bayar kena denda pulak. @zetyzuhairah

√ Memang ramai complain cakap bil TNB naik. Ramai dah buat aduan. @adibahnorfarah

√ Bil sekarang memang pun naik. Rumah tak ada aircond pun mencecah RM300. Ni kes km batu 3 Temerloh Pahang. Tak tau masalah dekat mana. Rumah kecil, aircond tak ada tapi bil 1 bulan boleh sampai RM300. @ynnyqaseh

MW : Haa.. jangan main-main dengan kos sara hidup sekarang ini. Memang kalau dikira satu persatu boleh buat sakit kepala. Kenapalah semua benda semakin naik.

Sumber/Foto : aliffsyukriterlajaklaris

Published by
webadmin