Ini bukan kali pertama, jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berselisih faham dengan isteri, Datin Seri Nur Shahida. Terdahulu, hubungan rumahtangganya pernah diuji sehingga mengambil masa dekat 3 bulan untuk pulih kembali.
Apabila, Aliff ambil keputusan berjauhan daripada isteri, ramai followernya berasa sedih malah sedikit terkilan. Tak kurang yang menasihatinya agar kembali menghargai Shahida yang baik hati dan bersifat keibuan itu.
Diam tak diam, perselisihan faham kali ini rupanya mengambil masa dekat empat bulan. Malah, konflik kali ini lebih hebat tekanannya apabila Shahida pernah mendedahkan surat tuntutan cerai, hubungan ibu mentua dan menantu yang menjadi perbualan netizen, yang dikatakan tak lagi saling mengikuti di instagram.
Dan Ramadan kali ini rupanya memberi sisi baru dalam hidup Aliff. Menerusi instagram, Aliff berkongsi gambaran bahawa dirinya sudah kembali kepada keluarga. Malah, menyifatkan dirinya sudah lebih matang.
Katanya, “I’m back. Rindu sangat nak peluk anak saya Raudah ni. Lama saya menyepi.. bukan merajuk.. cuma muhasabah diri untuk menjadi manusia yang soleh, menghargai, matang, dan apa yang saya perlukan dalam hidup.”
“4 bulan berjauhan dari anak di sisi kosong sebenarnya hidup saya dan saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga.”
Apa pun yang Aliff lakukan di media sosial, tetap akan ada kata-kata yang mempertikaikan tindakannya malah menganggap apa yang dilakukan adalah gimik untuk melariskan perniagaan.
Jelasnya, “Apa yang berlaku bukan gimik meraih publisiti. Tapi saya seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumahtangga. Jujurnya bukan satu benda yang senang untuk saya lalui tetapi syukur alhamdulillah keluarga adalah keutamaan saya.”
Hasratnya ini dikongsi juga pada followernya. “Dan saya ingin menjadi seorang Aliff Syukri yang baru yang lebih matang dan menghargai semua orang terutamanya isteri saya, family saya, mak saya, keluarga saya.”
“Sedar keluarga adalah segalanya dan Ramadhan ni memberi erti yang besar pada saya… doakan saya dan keluarga dapat bahgia semula. I’m back💪💪💪 #uhuhabangkosmetik doakan kami berkekalan.”
Pasangan ini berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat, Ameena.
Menerusi ruangan komen, pelakon Zarina Zainuddin menyatakan rasa syukur di atas keputusan Aliff mahu kembali kepada keluarga. Malah, turut berkongsi pengalaman hidup betapa sukarnya membesar dalam keluarga yang berpisah ibu dan ayah.
“Ya Allah, Syukur Allhamdulillah semoga Allah permudahkan segalanya dalam hidup Dato Sri dan Datin Sri, kita hidup ada pasang surut Dato. Hargai apa yang ada dekat dengan kita terutama isteri dan anak anak.
“Bila tempoh berpisah dari situ kita kenal erti rindu erti payahnya berjauhan kerana saling memerlukan saling melengkapi walau ada terkurang di sana sini. Abaikan kerana hidup kita tidak pernah akan sempurna. Perbaiki, lupakan , maafkan dan kita pun kena ringankan mulut minta maaf.
“Dalam hidup rumahtangga takde semua nya indah jer ada jer kekurangan Allah nak bagi tapi kalau kita sayang seseorang terima dia seadanya. l, cakap dari hati ke hati sebab bila kita memendam rasa kita sendiri makan hati sebab kita dah kalah dengan hasutan iblis yang suka melihat manusia bercerai berai.
“Bila kita fikir balik kita takkan dapat cari pengganti ibu atau ayah buat anak-anak kita melainkan dari zuriat nya sendiri, ayah tiri ke mak tiri ke takkan sama dengan mak kandung, ayah kandung.
“Orang mesti cakap saya bodeknlah apa lah saya bercakap dari pengalaman kehidupan mak ayah saya yang bercerai berai. Last-last anak jadi mangsa sampai saat ini hubungan saya dengan mak ayah saya kadang terasa panas, kadang terasa rindu, kadang terasa sakit sebab saya cakap kenapa kecik kecik tak nak jaga saya .. tapi saya tetap sayang mak ayah saya selamanya.
“Syukur Dato Datin berdamai semula mesti terasa macam baru kahwin bila gaduh gaduh baik balik.”
MW : Semoga hubungan kedua pasangan ini terus berkekalan dan dipermudahkanNya.
Sumber/Foto : Alif Syukri Terlajak Laris