Aliff Aziz Tunai Umrah, Ibu Doakan Kesejahteraan & Keselamatan “Umi Yakin Allah Menjaga Abang Sekeluarga”

Share

Aliff Aziz tunai umrah, ibu doakan kesejahteraan dan keselamatan. Juara Gegar Vaganza musim kelapan, Aliff Aziz dan isteri telahpun beraangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.

Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun rasmi Instagramnya, Aliff menerangkan dia dan keluarga akan menunaikan umrah buat pertama kali dan memohon agar mendoakan mereka selamat pergi dan kembali.

Aliff Aziz Tunai Umrah

Paling menarik menerusi salah satu ruangan komen daripada ibu tercinta kepada Aliff iaitu Fiza Aziz menitipkan doa agar anaknya sekeluarga diberikan kesejahteraan dan keselamatan sepanjang keberadaan di sana.

“Allahuakbar Alah maha baik. Walaupun umi tak dapat peluk dan cium abang sebelum abang berangkat tapi umi tidak putus mendoakan kesejahteraan dan keselamatan abang dan semua jemaah dan umi yakin Allah menjaga abang serta keluarga”, komen Fiza Aziz.

 

 

 

Begitulah terharunya ungkapan seorang ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya.

Sebelum ini, isteri Aliff Bella pernah memaklumkan rancangan mereka menunaikan umrah ini sekali gus menyambut ulang tahun suaminya pada 16 Februari ini.

“Saya Mohon Dimaafkan Ya”

Dalam pada itu juga, Aliff juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah tergores dengan perbuatannya.

“Assalamualaikum semua.

“Alhamdulillah hari ini berangkat saya sekeluarga untuk menunaikan umrah buat pertama kali. Mohon semua doakan semoga kami selamat pergi dan kembali.

“Kepada semua yang pernah terguris hati dengan apa2 perbuatan saya, mohon dimaafkan ya.

“Semoga perjalanan ini dilindungi dan dirahmati Allah Azzawajal dan menjadi asbab kebaikan kita semua insyaallahuta’ala,” tulis Aliff.

Menarik Disini : Isteri Paling Gembira Aliff Juara GV8 “Bangga Keberanian, Ketenangan. Berbaloi Penat Lelah Awak”

Penghijrahan Aliff Aziz “Walaupun Kita Jadi Terbaik, Pasti Akan Ada Yang Tak Suka, Pandang Buruk”

Mingguan Wanita: Suka tengok perubahan Aliff. Malah Bella juga merupakan isteri yang begitu setia dan sentiasa ada disisi suaminya.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Aliff Aziz

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh