Kredit foto : Bella Astillah, beautifulnara.com

Pelakon Bella Astillah yang juga bekas isteri pelakon Aliff Aziz membuat pengumuman, dia bersedia kembali ke pangkuan bekas suaminya.

Melihat keadaan anaknya, Mohamad Ayden Adrean yang begitu rapat dengan ayahnya, membuatkan Bella jadi terbuka hati.

Bella tak pernah menganggap bekas suaminya sebagai musuh. Apatah lagi membenci Alif. Sebaliknya melihat perpisahan banyak mengubah kehidupan suaminya, Alif menjadi semakin matang.


Kredit foto : Bellah Astillah.

Pulang Dari Jenguk Aliff, Ayden Pasti Akan Menangis

“Sekiranya berbaik dengan Aliff adalah keputusan terbaik untuk Ayden, saya akan terima dengan hati terbuka.”

Dalam sebulan, ada beberapa kali saya akan ke Singapura dan setiap kali itu juga saya akan mencuri waktu untuk membawa Ayden bertemu dengan Aliff.”

Setiap kali pulang dari menjenguk Aliff di Singapura, anaknya akan menangis. Tak sanggup berpisah dengan ayahnya.

Ini membuatkan hari saya remuk.” Sebab itulah, Bella sanggup melakukan yang terbaik untuk anaknya.

Saya bukan hendak membuktikan kepada masyarakat dia sudah berubah. Bagi saya, asalkan dia sayang dan ambil berat mengenai anak sudah memadai.

IKLAN

Belum pun reda, isu kontroversi yang ditimbulkan Aliff di Singapura. Semalam tular video lelaki dipercayai Aliff memakai baju singlet putih, berseluar biru dan bertatu di belakang badan melakukan provokasi dan bergaduh dengan orang awam.

Dia dipukul bertubi-tubi oleh seorang lelaki di kaki lima jalan sebelum melarikan diri. Malah, pengguna laman sosial ada yang meluahkan rasa simpati dengan apa yang terjadi.


Kredit foto : ohbulan.com

Aliff Sedang Sakit.. – Bella Astillah

Ujar Bella, Aliff sebenarnya sedang sakit. Ketika ini keluarganya sedang berusaha merawat Aliff secara alternatif.

“Saya pun hanya mampu berdoa supaya semuanya dipermudahkan.”

Kata Bella lagi, Aliff berdepan sakit mistik. Melalui ustaz yang merawatnya, ada orang yang tidak berpuas hati dengan Aliff dan mahu dia sakit sehingga menjadi gila.

Saya sendiri pun terkejut kerana dalam zaman sekarang masih ada lagi benda-benda sebegini.” Tambah Bella yang juga buntu untuk membantu bekas suaminya itu.

Kalau sakit dari segi fizikal, mungkin kita boleh bantu. Tapi sakit membabitkan perkara ghaib, sedikit sukar mencari penawar.”

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan bercerai pada 16 Mei tahun lalu.


Kredit foto : Instagram Bella Astillah

Perjelas Foto Rangkul Lengan Lelaki..

Menjawab persoalan fotonya merangkul lengan lelaki awal bulan ini, Bella akui jejaka itu adalah Aliff.

Gambar itu diambil ketika mereka bersama keluarga bersantai di Universal Studio Singapore (USS).

“Netizen hanya tahu mengecam yang negatif. Mereka tak nampak dari sudut positif terutama untuk kebaikan Ayden.”

Mereka hanya tahu menyuruh saya supaya mencari lelaki lain atau yang lebih baik.

Tetapi kita tidak tahu nasib pada kemudian hari jika memilih lelaki baharu. Lagipun, dalam keadaan sekarang, saya hanya mahu fokus kepada membesarkan anak. Manalah sempat hendak memikirkan soal pengganti,” katanya.

Buat masa ini, ibu Ayden ini tak meletakkan harapan 100 peratus. Dia cuma mahu ‘go with the flow’. Dan berkenaan keputusannya kelak, pasti akan dibincangkan terlebih dulu dengan ahli keluarga.

MW : Doakan yang terbaik untuk Bella dan Ayden. Semoga tiada lagi episod duka dalam kehidupan Bella di masa akan datang.

Sumber/Foto : Berita Harian, Harian Metro, MStar, Bella Astillah