Pasangan selebriti kontroversi, Aliff Aziz, 33, dan Bella Astillah, 30, sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, hari ini.
Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, kira-kira jam 1.10 tengah hari. Lafaz itu kemudian disahkan mengikut hukum syarak oleh Wan Mohd Najib.
“Bahawa saya menceraikan isteri saya dengan talak satu mulai hari ini,” lafaz Aliff.
Tenang Seorang Wanita
Bella yang tampak tenang ketika lafaz diucapkan, bersetuju tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah. Sebelum ini, Aliff dan Bella pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019, namun, mereka mengambil keputusan untuk rujuk semula.
Peguam syarie mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata, perbincangan dibuat antara kedua-dua pihak termasuk terma yang dipersetujui.
“Dalam perjanjian itu, ada terma di mana defendan hadir melafazkan cerai dan plaintif melepaskan hak mutaah dan nafkah iddah serta kedua-dua pihak tidak akan menuntut harta sepencarian.
“Aliff lepaskan hak penjagaan anak-anak kepada Bella sepenuhnya. Aiff juga tidak akan menuntut nusyuz sekiranya ada dan perjanjian itu ditandatangani hari ini,” katanya.
Peguam mewakili Aliff, Hadi Salleh mengiyakan semua terma dan mengakui anak guamnya setuju melafazkan cerai.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Bella memfailkan perceraian daripada suami, Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Kisah Rumah Tangga Jadi Bualan Hangat
Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhainies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu. Kes tersebut dikhabarkan akan dibicarakan tidak lama lagi.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI