Hujung minggu lalu, tular mengenai kisah rumah tangga Pempengaruh media sosial, Alif Teega yang dikatakan  berkahwin dua baru-baru ini. Suami kepada Aisyah Hijanah itu  mendedahkan dirinya sudah berkahwin dua.

Alif Teega sahkan sudah berkahwin 2. Aisyah Hijanah kini hidup bermadu

Menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, Alif berkongsi berita berkenaan bagi mengelak sebarang fitnah sekali gus menjawab teka-teki mengenai khabar angin berkaitan rumah tangganya.

Ads

Alif Teega sahkan sudah berkahwin 2

Alif Teega sahkan sudah berkahwin 2. Aisyah Hijanah kini hidup bermadu

“Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik Alhamdulillah berita itu adalah benar. Saya sudah pun bernikah.

Aisyah Hijanah kini hidup bermadu

Alif Teega sahkan sudah berkahwin 2. Aisyah Hijanah kini hidup bermadu

Ads

“Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni. Terima kasih kepada isteri (pertama) saya, Aisyah Hijanah kerana bersabar dengan apa yang berlaku serta tabah dan kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita untuk menerima hakikat ini,” katanya.

Alif berkata, dia sedar perkahwinan keduanya itu bukan satu hal yang mudah bagi isteri pertamanya bagaimanapun, dia memohon agar orang ramai mendoakan hubungan mereka berkekalan.

Ads

Aisyah dalam satu hantaran di Instagramnya juga mendoakan kebahagian buat suaminya itu dan berharap agar orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI