Alif Satar Sebak & Terharu Pesanan Anak-Anak “Boleh Buat Nangis 4 Lautan”

Share

Alif Satar Sebak & Terharu Pesanan Anak-Anak. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, yang akan dididik dengan penuh kasih sayang. Mereka juga amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatannya di dunia dan akhirat.

Sebagai bapa sememangnya sangat terharu apabila dihargai. Apatah lagi selepas pulang ke rumah dalam keadaan penat, hadiah dari anak-anak sangat membahagiakan.

Seperti yang ramai ketahui Alif Satar sering berkongsi kisah tentang anak-anaknya malah ramai yang memuji didikan Alif dan isteri kerana berjaya membesarkan anak-anaknya dengan baik.

Alif Satar Sebak & Terharu Pesanan Anak-Anak

Alif dan isteri, Shadila Halid yang berkahwin pada 15 September 2014 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu, Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6, dan Muhammad Ali, 4.

Sebagai bapa semestinya Alif terharu dengan tindakan kedua anak perempuannya yang menghadiahkan pesanan istimewa.

Seperti perkongsiannya menerusi akaun Instagram, Alif mendapat ‘surprise’ daripada kedua anak perempuannya. Alif juga menunjukkan foto surat yang dituliskan anak-anaknya sebagai hadiah untuknya.

“Pulang lewat dari kerja semalam, naik ke atas dan tengok mereka tak tidur lagi.

“Bila tanya áwat tak tidur lagi? Mereka kata, we made a surprise for you daddy, make sure you read it,” katanya seusai dia pulang ke rumah dan mendapati anak-anak perempuannya itu belum tidur.

Terharu dengan tindakan kedua anak perempuannya, Alif bersyukur dalam masa sama berasa sebak dengan titipan berupa pesanan dari anak-anaknya.

“This is what they wrote. Berenang 4 kilometer kat laut aku gagah lagi matt, tapi ini barang boleh buat nangis 4 lautan bro. Blessed!,” jelasnya.

Menarik Lagi : Tak Lupa Asal Usul, Alif Satar Tak Segan Dedah Dia ‘Budak Flat’ “Kat Sinilah Membesar Masa Kecil Dulu” 

Baca Disini :  Alif Satar Latih Anak Berpuasa, Tak Lepas Hanya Pada Isteri “Bab Mendidik Kena Sama-Sama”

Mingguan Wanita:  Seronok tengok Alif layan anak-anaknya. Nampak mesra!

Sumber / Sumber Foto : Instagram Alif Satar

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Norhayati Suboh