Alif Satar Latih Anak Berpuasa, Tak Lepas Hanya Pada Isteri “Bab Mendidik Kena Sama-Sama”

Share

Alif Satar latih anak berpuasa, tak lepas tangan didik anak hanya pada isteri. Allah, bagusnya Alif Satar yang tahu tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada anak-anaknya.

Alif yang juga pengacara dan pelakon akui dalam bab mendidik anak-anak dia dan isteri akan berganding bahu.

Alif Satar Latih Anak Berpuasa, Tak Lepas Hanya Pada Isteri

Menyentuh tentang Ramadan dan keluarga, Alif yang juga bapa kepada tiga cahaya mata Alisha Anugerah, 7  Ariana Mecca, 5 dan Muhammad Ali, 3 menyatakan anak-anaknya juga mula belajar berpuasa.

Sejak PKP dua tahun lalu, Alif dan isteri Sha Dila Hadid sebenarnya tidak memaksa anak-anak berpuasa namun mereka sendiri memahami maksud berpuasa.

“Anak sulung dan kedua saya sudah mula bertatih berpuasa sejak dua tahun lepas. Masa tu, bila kami bangun sahur mereka pun bangun.

“Bila kita tak makan tengahari, mereka pun tak makan, biasanya sampai petang.

“Yang sulung umur 7 tahun dan sudah bersekolah rendah jadi kami dah didik untuk berpuasa,” beritahu Alif.

Didik Anak Kenalah Bersama

Ditanya adakah Alif melepaskan tangan mendidik anak kepada isteri, memandangkan aktiviti seninya padat, Alif dengan pantas menyatakan dia dan isteri berganding bahu dalam mendidik anak-anak.

“Bab mendidik kena sama-sama. Saya tak lepaskan pada isteri seorang.

“Kadang-kadang komuniti sangat membantu. Contohnya ibu bapa kami juga membantu kami bagaimana nak didik anak-anak,” kongsi Alif yang juga menyatakan anak-anaknya sudah divaksin dan akan membawa mereka untuk mengimarahkan masjid.

Sibuk Di Lokasi Penggembaran

Menyentuh tentang kerjayanya, Alif akui Ramadan ini dia akan akan sibuk di lokasi penggambaran drama terbaharu lakonannya, Risik Pada Hati.

“Kalau ikutkan, biasanya sepanjang Ramadan saya tidak mengambil tawaran kerja, sebaliknya lebih fokus kepada aktiviti amal, selain meluangkan lebih masa bersama keluarga.

“Bagaimanapun dalam dua tahun ini, saya kena kerja lebih keras sedikit. Bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi keluarga yang semakin besar sekarang.

“Apa-apa pun saya sangat teruja menyambut Ramadan kali ini setelah dua tahun kita terkesan dengan pandemik. Rindu nak solat terawih dan lakukan rutin yang biasa kita buat selama ini,” katanya.

Ramadan ni Alif muncul dengan perniagaan baru Alif Satay.

Koloborasi Dengan Raihan

Ketika ditemui pada sidang media Alif Satar & The Locos X Raihan, The Sunnah The Better baru-baru ini Alif begitu teruja dapat bekerjasama dengan Raihan.

“Lagu-lagu Raihan memang begitu dekat dengan saya sejak kecil lagi. Ketika mengikuti ibu bapa saya tinggal di luar negara, hanya dua CD lagu yang dibawa dan salah satunya adalah album Raihan.

“Jadi apabila dapat peluang menyanyikan semula lagu-lagu ini bersama mereka, saya anggap ia sebagai penghormatan. Karya mereka ada aura tersendiri, selain alunan muzik menyentuh hati.

“Ketika rakaman, saya berasa sangat sebak sehingga meminta produksi menghentikan seketika rakaman kerana tidak dapat menahan emosi,” ceritanya.

 

Kisah Ramadan Alif

Menarik Lagi : ‘Janji Bukan Handbag’, Respon ‘Win’ Alif Satar Bila Isteri Ucap Terima Kasih Dapat Beli Set Pinggan Mangkuk!

Bersalin Anak Lelaki, ‘Hadiah Hari Jadi’ Terindah Isteri Buat Alif Satar

 Mingguan Wanita :  Suka tengok cara kerja Alif memang bijak. Bagusnya Alif sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber Foto : Warner Music Malaysia & Instagram Alif Satar 

Ramadan ni mesti ramai tengah sibuk beli belah untuk hari raya. Jom tinjau tip beli baju raya sesuai dengan bentuk badan anda.

Amalkan diet yang betul sepanjang Ramadan.

Aina Abdul memang hebat, masuk bulan puasa ni dia teruja nak ke pasar Ramadan dan tak sabar nak tunaikan solat terawih di Masjid.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh