Alif Satar Disahkan POSITIF Covid-19, Mohon DOA Diberikan Kesembuhan & Kekuatan

Share

Virus Covid-19 boleh dijangkiti oleh sesiapa sahaja, tanpa mengenal peringkat usia. Terkini,pelakon, pengacara, penyanyi dan selebriti serba boleh Alif Satar,30 telah disahkan positif Covid-19.

Berita dukacita tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi “I Want You To Love Me” ini didalam entry posting Instagram beliau yang terkini. Dalam beberapa ujian saringan yang dilakukan, keputusan tersebut disahkan positif.

Positif Covid-19

Assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.

Ujar Alif lagi, dia sangat risau dengan keadaan individu-individu yang berada disamping beliau, iaitu keluarga tersayang, rakan-rakan dan contact rapat yang telah bertemu dengannya.

Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga. isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan Alif.

Minta Maaf & Mohon Doakan Kesembuhan

Alif juga sempat memohon maaf serta meminta agar dapat sama-sama mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat beliau agar dapat mengharungi ujian berat ini.

Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… p/s alif sekarang menjalani proses kuarantin.

Baca Lagi Di Sini: “Terima Kasih Allah Memilihku Sebagai Pesakit Covid-19, Syukurku Merasa Nikmatnya” Ashraf Muslim

MW: Takziah buat Alif Satar. Semoga diberi kekuatan dan kesembuhan dalam berjuang ‘melawan’ covid-19 ini.

Sumber: Alif Satar

Published by
Suhaidah Abd Wahab