Aliah Qistina Jadi Mangsa Serakah Bapa Tiri, Jelik Ibu Sanggup Sekongkol Dengan Suami

Share

Aliah Qistina jadi mangsa serakah bapa tiri, jelik ibu sanggup bersekongkol dengan suami.Tindakan seorang remaja yang melarikan diri dari rumah pada 18 Mac lalu, membongkar satu sesi jelik.

Ibunya merayu meminta anak gadisnya itu pulang dan memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa anaknya itu merajuk kerana ditegur bermain telefon bimbit. Bahkan mendakwa anaknya itu melarikan diri ketika penghuni rumah sedang tidur.

Aliah Qistina Jadi Mangsa Serakah Bapa Tiri

Dalam perkongsiannya, Noor Fatimahzatul Zahrah merayu agar anaknya itu kembali ke pangkuan keluarga kerana laporan polis telah dibuat.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Abang, 15 Tahun Sumbang Mahram Dengan Adik Kandung Hingga Lahirkan Bayi Dalam Bilik Air

Remaja 14 Tahun Akhirnya Mengaku Sumbang Mahram Dengan Kakak Sampai Lahirkan Anak!

Bapa Didakwa Ratah Tubuh Anak 3 Tahun, Perbuatan Durjana Dibuat Ketika Isteri Keluar Cari Nafkah

Tergamak Rogol Anak Sendiri Selama 22 Tahun Sehingga Lahirkan 8 Anak!

Ibu berusia 40 tahun ini berkata, anaknya belajar di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah masih belum ditemui selepas pelbagai usaha dibuat untuk mencarinya.

Dan jelas netizen bertindak mengecam remaja ini tanpa mengetahui sebab dirinya melarikan dirinya termasuk membuat spekulasi dia mengikut kekasih.

Jelik Ibu Sanggup Sekongkol Dengan Suami

Terkini, selepas Aliah Qistina dijumpai di Kampar, Perak di rumah kenalan lelakinya, ia membongkar satu sisi lain bahawa dirinya menjadi mangsa nafsu serakah bapa tirinya sejak 2020 lagi. Lebih menjelikkan peristiwa ini didakwa diketahui oleh ibunya sendiri.

Dilaporkan bapa tiri dan ibu kandung Aliah telah ditahan di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) sekembalinya dari Sabah. Bapa tirinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa atas pertuduhan merogol sementara ibu ini ditahan atas tuduhan subahat berdasarkan laporan dibuat oleh gadis ini pada 6 April jam 4.59 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan iaitu melakukan sumbang mahram dan menyubahati perbuatan itu.

Lelaki ini turut berusaha mencari anak tirinya sedangkan hakikatnya…

Sangat menyedihkan ibu sepatutnya menjadi anak berlindung dan menagih kasih diperlakukan begini. Hanya dirinya mengetahui apa niatnya merayu anaknya pulang ke rumah.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Resipi Biskut Coklat Cip Mudah dan Simple, Gerenti Jadi!

Resipi Biskut Coklat Cip Mudah dan Simple, Gerenti Jadi by Sugarcrush_cookies
Biskut Coklat Cip
250gm Butter
2bj Telur A
250gm Minyak Sayur
250gm Gula Perang
125gm Gula Kastor
400gm Choc Chip
1sk esen vanilla
1sk soda bikabonat
*1sk baking powder
*1sk Cream of TarTar
*50gm Susu Tepung
*100gm Tepung Jagung
*500gm Tepung Gandum
(ayak bahan *)
Cara-caranya:
1. Pukul butter dan gula sehingga larut.
2. Masukkan telur dan esen vanilla.
3.Kemudian masukkan minyak sayuran. Pukul sebati.
4.Masukkan perlahan2 adunan yg sudah diayak.
5. Setelah adunan sebati masukkan choc chip. Adunan agak lembut.
5. Masukkan ke dalam piping beg dan tekan ikut size duit syiling 20sen.
6. Bakar pada suhu 180’ atau mengikut oven masing2 selama 1/2 jam atau bertukar warna keperangan.

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros