Alhamdulillah berkat pagi Jumaat yang mulia ini, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor,50 berkongsi berita gembira, bakal menambah ahli keluarga baru. Isterinya, Datin Dr. Halina Mohd Yunos hamil anak ketujuh, pada usia 41 tahun.
Dalam video ringkas yang dikongsikan angkasawan negara ini meluahkan rasa syukur dan keterujaan setiap anak-anaknya yang bakal mendapat adik baru. Video yang dikongsikan cukup kreatif, apabila setiap anak-anak berbisik dalam menyampaikan berita gembira tersebut.
Alhamdulillah
Syukur sangat
Everyone is excited
Semoga dipermudahkan
Amiinn …Salam Jumaat Everyone
Love As Always
Pasangan bahagia ini mendirikan rumahtangga pada 10 Oktober 2010. Selepas 12 tahun berkahwin, mereka dikurniakan 6 orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella,11 Sophea Natasha,9, kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah,5 serta kembar sepasang Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia,2.
Ramai yang tumpang gembira dan mengucapkan tahniah dengan berita yang dikongsikan. Serta turut mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan buat keluarga ini.
Mesti Baca:‘Balik Rumah Makan, Salin Baju Bergegas Ke Sekolah’ Dr Sheikh Muszaphar Doakan Anak-anak Kuat
Baca Lagi Di Sini:‘Sheikh Eusoff, Sophea Emelia’ Masuk Hari Ketujuh, Bayi Kembar Sepasang Diberi Nama Indah
Artikel Menarik:8 Tip Peluang Hamil Anak Kembar, Perkongsian Oleh Dr Hamid Arshat
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, seronok dan bahagianya bila ada anak ramai. Tahniah buat Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, atas berita kehamilan anak ketujuh ini. Semoga dipermudahkan urusan kehamilan dan kelahiran bayi nanti.
Sumber:drsheikhmuszaphar
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.