Pengacara dan pelakon Siti Elizad Mohamad Sharifuddin memanfaatkan waktu duduk rumah dengan menghabiskan bacaan Al-Quran. Dan hari ini dia berkongsi rasa bahagia, apabila berjaya khatam Al-Quran di musim PKP ini.
Kongsinya di instagram miliknya, yang merakam gambar berdua dengan suami tercinta, Shamsul Baharin Rahman.
Tulisnya,
“Alhamdulillah, I got a chance to Khatam Quran untuk ‘musim PKP’ sesambil WFH (Work From Home). Inshaallah esok boleh mula yang baru pula untuk Ramadhan ni.”
“Aaaa, macam tak percaya lusa dah nak puasa. May this Ramadhan be successful for all of us & provide us with good & wealth.”
Siti Elizad dan suami sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, dan masih berusaha untuk menimang cahaya mata. Malah, pengacara ini juga sudah pun menjalani rawatan IVF untuk mendapatkan zuriat.
Katanya, setiap masa doanya agar Allah memberikan rezeki anak tak pernah putus dari bibirnya. Malah doa inilah yang selalu dibaca oleh mereka berdua.
“Rabbi habli milla dunka zurriatan tayyibatan innaka samiuldduaaa.”
Wahai Tuhanku , Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sempurna : sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
“Selain doa-doa yang lain, inilah doa yang tak pernah lekang dari kami berdua.”
Harapannya sentiasa ada agar Allah memberikannya anak, sekurang-kurangnya seorang cahaya mata.
Baca sini : Doakan saya dapat zuriat – Siti Elizad jalani prosedur IVF
MW : Mendoakan agar Allah memakbulkan doa Siti Elizad dan suami dan direzekikan mereka berdua dengan kurniaan cahaya mata. Amin.
Sumber/Foto : Siti Elizad