“Alhamdulillah Selesai Majlis Resepsi,” itu antara luahan rasa kesyukuran buat Penyanyi popular era 1980-an, Azian Mazwan Sapuwan,46 yang berkongsi berita gembira apabila selamat menerima menantu baru pada Sabtu lepas.
Anak lelaki Azian, Mohammad Ashraf Zulkarnain selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangan hidupnya Mei Che Murni Atiera Nurfatehah. Majlis akad nikah diadakan pada 13 Ogos manakala majlis resepsi sebelah pihak pengantin perempuan diadakan pada 14 Ogos lepas.
Penyanyi yang popular melalui lagu “Cinta Embunan Pagi” dan “Rumah Kecil Tiang Seribu” ini, turut meluahkan rasa syukur kerana majlis meraikan pengantin berjalan dengan lancar. Malah berterima kasih pada saudara mara dan kawan-kawan rapat yang turut serta menyertai majlis.
“Alhamdulillah selesai majlis resepsi dan bersanding meraikan pengantin baru.
“Kepada sebahagian saudara mara dan sebahagian kawan-kawan rapat yang turut serta dalam rombongan TERIMA KASIH banyak-banyak saya ucapkan. Mohon maaf jika ada kekurangan di sana sini. LOVE SEMUA.
“Saya juga mohon maaf kepada yang tak dapat jemputan, harap memahami,” ujar Azian yang juga pernah menyertai Gegar Vaganza musim kedua pada 2015.
Azian turut memohon doa agar anaknya yang baru sahaja mendirikan rumahtangga ini di berkati dan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Mohon doa semua semoga mereka berdua dapat melayari alam rumahtangga dengan baik, diberkati dan menjadi suami isteri yang soleh dan solehah..amin”
“Doakan ye semoga rumahtangga yang dibina berkekalan, berbahagia hingga akhirnya.”
“Doa mama.. Abang & Mel selamat menempuhi alam perkahwinan, alam yang penuh ranjau dan duri. Jadilah suami yang soleh dan isteri yang solehah. Semoga dikurniakan limpahan rezeki, kesihatan, kesabaran dan nikmat yang diberkati.Aamiin ya rabb.
“Selamat datang ke dalam keluarga kami Mel dan SELAMAT PENGANTIN BARU Abang & Mel,”
ujar Azian yang memiliki 7 orang cahayamata.Mesti Baca:‘Menyiram Pusaramu Mama Tewas, Terbayang Mandikan Waktu Kecil..’ Azian Mazwan
Baca Lagi Di Sini:Selepas Anakanda Saya ‘Berumah’ Di Sini, Raudhah Ini Seperti Tempat Wajib Ziarah – Azian Mazwan
Artikel Menarik:‘Ya Allah Kuatkan Aku..’ Anak Azian Mazwan Meninggal Dunia
Mingguan Wanita:Tahniah buat Azian Mazwan dapat menantu baru. Memang sama cantik mak mentua dan menantu. Semoga dikurniakan cucu-cucu yang comel nanti.
Sumber: Azian Mazwan
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.