7 April lalu, MW ada berkongsi perkhabaran mengenai aktres Puteri Aishah positif Covid-19 sekembalinya dari Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu. Puteri Aishah kemudian di bawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Selepas 11 hari mendapat rawatan di hospital tersebut, tengah hari tadi…Puteri dalam satu klip video ringkas berkongsi khabar gembira mengenai keputusan yang menggembirakan dirinya. Puteri akhirnya disahkan negatif Covid-19 dan dibenarkan pulang petang tadi.


Allahu Akbar! Bila nurse Kak Zue cakap result Puteri NEGATIVE!! Puteri terus shaking satu badan rasa syukur happy sgt!
Alhamdulillah Alhamdulillah Ya Allah, bersyukurnya! 🤲🏻
Lepas 11 hari dalam ward, di Hospital Sg Buloh, pagi tadi pukul 12 pagi Puteri buat second swab, dlm tghhari tadi nurse kata Puteri negative! U are free from covid!!
Saya berjaya lawan covid!💪🏻
Alhamdulillah Syukur! Terima kasih semua sbb doakan Puteri dan terima kasih yg teramat sgt kepada semua nurse dan doctor yg jaga puteri, rawat puteri selama di sini..🙏🏻🙏🏻
I appreciate it lot! THANK YOU! 🙏❤️
#iWON #kitapastimenang #InShaAllah

IKLAN

Puteri juga menzahirkan rasa terima kasihnya kepada para petugas dan juga doktor yang merawatnya sepanjang berada di Wad 6D. Selain itu Puteri juga memaklumkan beliau tidak dapat melupakan persahabatan yang terjalin antara teman se wadnya dan mengharapkan persahabatan ini berkekalan.

Puteri Aishah bersyukur, debarannya menanti keputusan ujian swab untuk kali kedua menunjukkan keputusan negatif

I miss them already. Thank you jadi kawan Puteri masa dlm ward kak Pakia, kak Grace & kak Shima 💖 Especially kak Pakia sbb selalu ada time Puteri down and sedih. Dia selalu pesan jangan lupa dia. I wont forget you! Puteri akan ingat kita selalu share makanan, family stories, suka duka & puteri ajar kak Pakia makeup 😂 i will never forget that! Thank you to nurses and doctors jugak sbb baik dgn Puteri and kawan2 dlm ward. Dr Hannah selalu happy je bila dgr suara dia rasa mcm sihat terus. Nurse kak Zue pun sama, selalu comfort Puteri time Puteri sakit. Dr Omar selalu bagi info and siap tanya kan kat nurse i boleh pakai hairdryer ke tak 😂 Thank you guys 🙏 I’ll treasure this experience forever.. 🥺💖 #wad6D 


Alhamdulillah, MW tumpang gembira mendengar perkhabaran yang melegakan ini. Menurut Pengurus Puteri Aishah; Iman Tang… Puteri kembali ke rumahnya sebaik keluar dari hospital petang tadi. MW juga mendoakan, semoga selepas ini… ramai lagi pesakit Covid-19 yang sedang menjalani rawatan mendapat keputusan negatif dan dapat kembali semula kepangkuan keluarga.