“Alhamdulillah, saya tak berkahwin dengan suami orang” Anita Baharom yang juga ibu tunggal tiga anak iaitu Syifa Dhia Nurina, 15; Mohamad Dhia Iskandar, 11; dan Mohamad Dhia Mikail, 8 bakal bernikah tidak lama lagi.
Selepas kematian suami, Allahyarham Mohd Ismadi setahun lalu, menyifatkan jodohnya dengan bakal suami iaitu Engku Isyamuddin Tuan Losin sudah ditetapkan Allah SWT.
Jujur dan ikhlas begitulah perasaan Anita menerima bakal suami. Malah Anita dan pasangannya juga dijadualkan melangsungkan pernikahan pada 22 Disember ini di Subang Jaya, Selangor.
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, Anita menerima dengan reda jodoh ketentuan Allah ini.
“Saya pun sebelum membuat keputusan nak berumah tangga semula, ada buat solat istikarah juga dan minta pandangan kenalan yang arif dalam agama.
“Kata mereka, jodoh dah sampai itu perkara yang baik dan calon suami pun berstatus duda.
“Alhamdulillah, saya tak berkahwin dengan suami orang.
“Malah, anak-anak saya juga menerima baik dan sayang dengan Engku Isyamuddin yang saya lihat amat penyayang.
“Apabila anak-anak selesa dengan bakal suami, saya jadi tambah yakin,” kongsi Anita.
Bercerita lanjut tentang lelaki yang bakal menjadi suaminya, Anita akui berbincang dengan anak-anaknya terlebih dahulu.
“Kalau ‘mommy’ dah okay, mereka pun okay terutama anak kedua, Iskandar sayang sangat dengan Engku Isyamuddin kerana minat mereka sama terhadap bola sepak. Anak sulung, Syifa dan bongsu, Mikail juga menyayangi bakal suami.
“Apa yang saya harapkan agar jodoh kami kekal hingga akhir hayat dan sampai syurga. Saya juga bersyukur hingga kini segala persiapan dan urusan perkahwinan berjalan lancar serta dipermudahkan Allah,” sambungnya.
Untuk rekod suami Anita iaitu Allahyarham Mohd Ismadi Ismail meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Baca Disini : “Syurga Ita Dah Tak Dak Mak” Hari Ibu Bertukar Episod Sedih. Anita Baharom Kehilangan Bonda
Peritnya Kehilangan Ayah Sejak Dari Kecil, Anita Baharom Tak Sangka Anak-Anak Lalui Pengalaman Sama
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Anita Baharom
Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’