Tahniah buat pelakon Faye Kusairi yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Dihamkan Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, berkongsi berita tersebut menerusi akaun media sosial miliknya dan memberitahu selamat bersalin Ahad lalu.
Faye mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.
Faye pada awal Disember lalu dilaporkan telah terkena serangan Bell Palsy iaitu kelumpuhan pada otot muka ketika usia kandungannya mencecah 38 minggu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Faye bersyukur kerana dia dan bayi perempuannya berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas.
“Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan bayi berada dalam keadaan sihat. Semalam saya dan bayi sudah dibenarkan pulang ke rumah,” kongsinya.
Baca Disini Juga:
Seminggu Lumpuh Sebelah Muka, Faye Kusairi Dah Boleh Buka Tutup Mata, Begini Perawatannya
Tambah pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu, dia turut melahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakannya, lebih-lebih lagi selepas disahkan mengalami Bells Palsy 10 hari lalu.
“Terima kasih buat semua yang tidak putus-putus doakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bells Palsy yang saya hidapi selama beberapa hari ini.
“Maaf saya belum mampu untuk membalas semua komen dan akan kongsikan perkembangan kesihatan saya termasuk ketika berpantang nanti.
“Saya juga akan berkongsi gambar anak tidak lama lagi selepas bersedia. Buat masa ini, izinkan saya dan baby berehat,” tulisnya lagi.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Faye Kusairi
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita