Alhamdulillah, seribu kesyukuran buat wanita apabila bergelar nenek buat kali pertama. Debaran turut dirasai apatah lagi menanti detik anak tersayang pula yang bersalin dan melahirkan zuriat sendiri.
Terbaru dalam perkongsian video di Instagram Puan Sri Normala Samsudin, 58 berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini telah selamat bergelar ‘Tok Mama’.
Ia susulan anak beliau Dr Ruhila Roslan,30 telah selamat melahirkan cahayamata lelaki baru sebentar tadi.
Bekas Penyampai Berita Buletin Utama dan Pengacara Rancangan NONA ini juga mengucapkan rasa penuh kesyukuran dan terima kasih atas doa-doa yang diberikan.
Terdahulu, Dr Ruhila dan suami, Majid Nazli telah mendirikan rumahtangga pada 4 Januari 2021.
Baca Lagi Di Sini:“Bersihkan Bilik Emak, Rasa Sakit Badan Tapi Puas Hati Buat Sendiri,” Normala Samsudin
Mesti Baca:Ada Sebab Normala Samsudin Selesa Guna Kain Lampin Buat Lap Peluh
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, Tahniah diucapkan atas kelahiran cucu pertama. Memang seronok ada cucu sendiri. Selamat berpantang buat si ibu, semoga bayi membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak yang soleh.
Sumber: Instagram Normala Samsudin
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita