Pagi 31 Mei 2018 ini menjadi detik paling bersejarah buat penyanyi Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33 apabila anak bongsunya, Nur Amna Quxandra selamat menjalani pembedahan pemulihan sumbing bibir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang mengambil masa 3 jam.
Rasa bahagia ayah anak empat ini diterjemahkan dalam doa yang indah untuk puteri kecilnya ini. Kata Lan, “Assalammualaikum semua. Saya nak perkenalkan diri saya ini. Nama saya Nur Amna Quxandra. Iya.. Baby Xandra yang kiut miut sebelum ini tu. Sekarang pun kiut miut lagi tau
.”
Begitu juga isteri Lan, Nur Sheila Hassim turut berkongsi rasa bahagia yang sama. Tulisnya, “Arrival of NEW – Baby Xandra. Alhamdulillah.. semua berjalan lancar. Hampir 3 jam bertarung. Finally Xandra hadir dengan wajah baru.”
“Terima kasih kepada semua yang sama-sama mendoakan Xandra. Pembedahan berjalan dengan lancar dan tiada kompilkasi berat. Video ini mommy ambil masa Xandra masih di recovery dan belum sedar sepenuhnya.
“Sejuk hati dan tenang je tengok muka dia bila keluar dari dewan bedah. Alhamdulillah, Ramadhan terindah 2018.” Luah ibu kepada Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, Muhammad Akid Qassyaff, 3 dan baby Xandra.
Pembedahan Baby Xandra dilakukan pada jam 8 pagi tadi dan berakhir dengan jayanya. Kata pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza 4 ini pembedahan anaknya itu merupakan satu pengalaman baru buat mereka sekeluarga.
Dan malam sebelum pembedahan Baby Xandra perlu berpuasa. Ketika di wadkan sudah pastilah ia memberi cabaran yang besar untuk kedua ibu bapa ini apabila anak kecilnya terpaksa berpuasa.
“Mommy kecundang! 3 jam Xandra nangis non stop sebab lapar. Strong mommy.. strong! Sikit je lagi ini.” luah Sheila semasa menjaga anaknya semalaman sebelum pembedahan dilakukan. Sememangnya tugasan ini amat berat buat mana-mana ibu pun, alhamdulillah pasangan ini berjaya juga mengharungi ujian Ramadhan ini dengan jayanya.
Selepas ini, cabaran menjaga Baby Xandra pula. Apa pun Mingguan Wanita mendoakan semoga Baby Xandra mudah dijaga malah Lan serta Sheila diberi kekuatan berganda-ganda untuk menjaga Baby Xandra dalam proses pemulihannya nanti.
Baby Xandra ini sebenarnya disayang ramai uncle dan untie yang satu industri dengan ayahnya, Lan Solo. Kiriman doa rakan-rakan artis ini juga memberi kekuatan bukan saja untuk Baby Xandra malah kedua ibu dan ayahnya. Antaranya, Almy Nadia, Nabil Ahmad, Siti Nordiana, Liza Hanim, Syura Badron. Khai & Rosma dan Jihan Muse.
Sumber/Foto : Lan Solo, Sheila Razlan