“Alhamdulillah Maryam Dah Ada Geng” Fizo Omar Kini Ayah Kepada Dua Puteri

Share

“Alhamdulillah Maryam dah ada geng” Fizo Omar kini ayah kepada dua puteri. Tahniah diucapkan buat pelakon dan usahawan berjaya Fizo Omar dan isteri Fazeera Nazri yang telah dikurniakan anak perempuan.

“Alhamdulillah Maryam dah ada geng” begitulah ucapan daripada wargant menerusi akaun ctfatrh.

“Alhamdulillah Maryam Dah Ada Geng”

Kelahiran anak sulong pasangan itu menjadikan Fizo bergelar ayah kepada dua orang puteri, puteri pertama, Wan Maryam lahir menerusi perkahwinan terdahulu dan sudah berusia 5 tahun.

Untuk rekod sebelum ini Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Fizo kemudian bertemu jodoh dengan Fazeera dan berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Terbaru Fizo Omar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor.

“Alhamdulillah. Satu lagi hadiah yang indah dikurniakan oleh Allah SWT.

“Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

“Ibu dan bayi sekarang berada dalam keadaan sihat dan selamat,” ungkapnya.

Terima Kasih Doa Semua

Fizo juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital kerana telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada isterinya sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah bersalin.

“Terima kasih juga atas doa semua untuk isteri dan bayi saya,” ujarnya.

“Assalamualaikum, Baby Girl’ Warganet

Menerusi ruangan komen warganet memberikan ucapan tahniah buat Fizo dan isterinya.

Baca Disini :Gigihnya Zaman Belajar, Fizo Omar Berniaga Sebab Nak Tampung Bayar Kancil Turbo RM180 Sebulan!   

Fizo Omar Tamat Zaman Duda, Tahniah! Sah Bergelar Suami Gadis Cantik Fazeera Nazri

Mingguan Wanita : Tahniah Fizo dan isteri, mesti cantik dan comel baby pasangan popular ini. 

Sumber / Sumber Foto :  Instagram Fizo Omar

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Berisi selepas kahwin? 

Published by
Norhayati Suboh