‘Alhamdulillah, Karya Teme Dah Sampai Istana Negara..’ Luahan Jujur Pelukis Jalanan

Share

Terkejut tahap kaku pelukis jalanan, Teme Abdullah bila menerima kiriman tweet daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berminat dengan lukisan seni karyanya.

Inilah momen manis yang sukar untuk dilupakan pelukis misteri ini. Kenapa misteri? Sebab sampai saat ini, follower mahupun peminatnya masih belum mengetahui wajah sebenar pelukis jalanan Teme. Namun, karyanya begitu hebat sehingga Tunku Azizah berkenan mencemar duli berkongsi tweet karya seninya itu.

Ini kisah di sebalik lukisan tular Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong. Dikongsikan sendiri oleh pelukis jalanan dalam instagramnya.

 

Aku Nak Lukis Potrait. Tapi Siapa?

Mula dengan satu hari. Setelah lama sibuk dan diam di social media, I decided to draw sempena Hari Merdeka. Aku sedar yang kita sebagai rakyat berhadapan dengan sedikit cabaran hidup bermasyarakat. Dan mungkin aku boleh hasilkan sesuatu yang positive untuk counter that unneeded energy dalam masyarakat. Biarlah kecik, asalkan aku do something.

Aku nak lukis potrait. Tapi siapa? Aku tanya followers di social media. Sambil-sambil tu aku pun berfikir. Siapa yang paling berjaya suntikkan positive energy dan paling berjaya semaikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia lately

Aku terus teringat akan DYMM Raja Permaisuri Agong. Cara baginda berinteraksi dengan rakyat sama ada di alam maya atau nyata yang sangat merendah diri. Sangat menggambarkan figura ‘bonda’ bagi rakyat jelata.

Aku semak respon-respon followers di instagram. Majoriti juga mencadangkan DYMM Raja Permaisuri Agong. Itu mengukuhkan lagi reason untuk aku melakar.

Tanpa niat lain selain untuk menggembirakan mereka yang melihat, aku setup phone pada meja, dan mula merakam keseluruhan proses melukis. Aku upload di instagram, twitter, facebook.

Alhamdulillah ramai yang suka. Seronok melihat mereka seronok, aku pun janji dengan followers untuk melukis DYMM Yang Di-Pertuan Agong pula keesokan harinya. Lalu aku letak phone dan mulakan kerja seperti biasa.

 

 

Ada 2 Notification Twitter Dari Che Minah Sayang

Tiba-tiba….. Masuk 2 notifications twitter.
@/cheminahsayang(The Queen) is now following you.”
@/cheminahsayang quoted your tweet.”

Rasa macam darah dari kepala terus hilang. Mata rasa berpinar, berbintang. Tangan sejuk. Mata susah nak berkelip. Aku terus tutup balik phone. Kelu. Memang takleh buat apa. Aku pusing-pusing je cursor kat screen computer dekat 5 minit. Blank habis.

Aku memang tak boleh reply langsung tweet daripada Baginda Tuanku. Takda terlintas langsung niat nak menderhaka, cuma aku memang dah jadi patung.

Masa aku duk gelabah tu, ce teka siapa jadi hero tolong reply kat tweet DYMM Raja Permaisuri Agong? My dearest friends kat twitter. Diorang pakat tolong reply ramai-ramai. Maybe semua dah agak si Teme ni dah jadi ais, dah malfunction kejap.

 

Buku-buku tulisan pelukis jalanan, Teme Abdullah.

Rasa Nak Nangis.. Terketar, Jadi Kaku Balik

Aku baca reply reply semua. Semua duk pakat recommend buku-buku karya aku dekat DYMM Raja Permaisuri Agong. Dada mula berombak, rasa nak nangis. Tapi kene cover, malulah kalau orang nampak.

Dengan rendah dirinya, Baginda Raja Permaisuri Agong memberi respon kepada cadangan-cadangan mereka akan buku-buku aku. Aku baru rasa nak ok sikit dan dah ready untuk reply. Sekali… Baginda tweet, “di mana saya boleh dapat kan buku itu?”

Aku pun terketar-ketar tutup phone. Laju laju letak atas meja. Dan terus jadi kaku balik.

Tapi takkanlah aku nak biarkan Baginda beli sendiri kan? Malulah aku seorang Permaisuri Agong nak beli buku rakyat macam aku ini sendiri. Jadi, aku ambil masa untuk gagahkan jari, reply, dan tawarkan untuk hantarkan karya aku ke istana. Cuma… reply aku tu 5 jam 30 minit kemudian (LOL). Itu pun ada typo.

 

 

Untuk Raja Dan Permaisuri Kesayangan

Esoknya aku ada pressure baru, sebab semalam aku dah janji dengan followers untuk lukis DYMM Yang Di-Pertuan Agong pulak. Tweet lukisan Permaisuri semalam pula dah cecah 25k retweets. Aku rasa seakan-akan sedang di judge oleh mata-mata yang baru kenal Teme Abdullah. Dalam masa yang sama, aku rasa seakan-akan my long time followers semua duk berharap, “Please don’t screw up this time, Teme.”

A few hours later, alhamdulillah lukisan YDP Agong siap. Dan aku post ke social media.

Tiba-tiba… DYMM Raja Permaisuri Agong comment di instagram , “Tuanku loves ur drawing…. i just showed him!” Aku hampir nak kaku balik macam semalam. But not this time Teme.. Not this time. So, kalini aku berjaya reply komen Baginda Tuanku.

Tiba-tiba Tuanku komen lagi, “do u think we both could have a copy of the drawing?” That’s it.. Aku terus jadi kaku. LOL.

Ce teka siapa jadi hero pakat tolong reply mewakili kekakuan aku kalini? Yes.. My followers jugak.

Dipendekkan cerita, urusan penghantaran pun disusun. Dan aku terus prepare lukisan cantik-cantik untuk our beloved King & Queen..

 

 

Lukisan, Kotak, Balutan.. Semuanya Buatan Sendiri

Sedang aku siapkan persembahan paling elok untuk DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong…. Baginda Permaisuri tweet sesuatu di twitter mengatakan yang Baginda dan Baginda YDP Agong sangat suka akan lukisan tempoh hari….. Terus berair mata aku.

Nervous bertukar excited. Aku sangat-sangat terharu bila Baginda Tuanku sanggup mencemar duli post pasal lukisan tersebut berkali-kali. We’re lucky to have such a humble Queen and King. Kalini aku reply dengan penuh semangat dan berjanji untuk siapkan lukisan yang terbaik.

Lukisan, kotak, balutan, semuanya buatan sendiri. Dan aku hati-hati turunkan wax seal takut merosakkan lukisan dan buku-buku yang bakal dihantar. Alhamdulillah, kini, lukisan dan keenam-enam buku aku telah pun sampai ke istana. Segala puji bagi Allah.

 

 

Alhamdulillah, Karya Teme Dah Sampai Ke Istana Negara

Dulu, buku-buku aku dibaca oleh korang. Direkomend daripada seorang kawan kepada seorang kawan. Begitulah keluarga kita berkembang. Kini, insyaAllah buku yang sama bakal dibaca oleh our beloved DYMM Raja Permaisuri Agong. And if we’re lucky enough untuk mendapat perkenan, ia akan dibaca juga oleh DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong. Aminnnn.

Kepada my friends and supporters. You know who you are! Thank you so much. Sampai ke DYMM YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong korang dukung & lonjak aku. Walhal karya aku tidaklah selayak & sehebat itu.

Aku masih memperbaiki diri. Allah sahaja boleh balas jasa kalian. Aku doakan yang terbaik.

Aku tidak hadir ke istana. Tapi Raja Permaisuri Agong dgn rendah hatinya mengatakan kesudian mencemar duli turun menyambut aku dan karya aku jika aku ada bersama. Kalaulah aku tahu awal-awal, hujung dunia pun aku sanggup redah. Itulah our humble Queen.

Mama.. Papa… Family.. Teachers.. Friends.. and supporters… Alhamdulillah. Karya Teme dah sampai ke istana negara
#DaulatTuanku #AgongKita

Sumber/Foto : Teme Abdullah, cheminahsayang

Published by
Netty Ah Hiyer