Permata hati Syawal untuk penyanyi, Tomok dan isteri, Rahayu Abbas. Hari ini, Tomok berkongsi rasa kesyukurannya di atas kelahiran cahaya mata ketiga, seorang bayi perempuan yang comel.
“Assalammualaikum semua.. Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah.. terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya
.“Alhamdulillah.”
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 36 berkongsi khabar gembira di instagramnya. Sebelum ini, Tomok dan isteri dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 9 dan Andrashah Iman, 6 tahun.
Kira-kira 7 jam lalu, Tomok turut berkongsi gambar Cardiotocography (CTG) yang biasanya dipasang pada perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung dalam kandungan.
Tentunya ini berita gembira buat mereka yang lama menanti hadirnya ‘bunga’ nan manis dalam keluarga mereka.
Malah, sewaktu awal kehamilan isterinya dahulu iaitu ketika kandungan memasuki usia tujuh minggu, Tomok berkongsi berita gembira ini.
Memaklumkan dari gaya alahan isteri yang nampak lain berbanding dua anak sebelumnya. Biarpun apa jantina anak yang lahir, Tomok tetap terima. Yang penting, bayinya sihat.
Bagaimana pun, di pihak isteri tetap mengharapkan kehadiran bayi perempuan untuk melengkapkan keluarga kecil mereka. Hinggakan kedua-dua anaknya begitu teruja dan yakin dengan kehadiran adik perempuan mereka. Nama adik pun dah siap-siap difikirkan.
Alhamdulillah.. apa yang diimpikan Tomok, isteri dan anak-anak akhirnya tuhan makbulkan jua.
MW : Tahniah untuk Tomok dan isteri. Semoga bayi mereka sihat membesar.
Baca sini : Tomok sangat selektif letak gambar anak-anak diinstagram.
Sumber/Foto : Tomok, Ayu Abas, Berita Harian Online