Membuka tirai 2018 dengan khabar gembira, tahniah buat pasangan pelakon Azad Jazmin dan Eira Syazira yang menyambut kelahiran anak ketiga mereka semalam. Ia sekali gus melengkapkan tiga orang anak perempuan yang dimiliki oleh pasangan selebriti ini.
Azad yang terkenal dalam melakonkan watak-watak komedi didalam filem mahupun dramamenerusi satu video pendek yang dimuat naik di Instagram (IG)nya melahirkan rasa syukur kerana kedua isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat. Pengumuman yang disampaikan secara bersahaja dan berseloroh berjaya mencuit hati follower beliau.
“Isteri saya selamat melahirkan anak perempuan yang ketiga. Azad ada tiga anak perempuan, YA anak perempuan. Alhamdulillah, terima kasih, syukur pada pada Allah,” ujarnya.
Dalam pada itu, disebabkan ketiga-tiga anaknya adalah perempuan Azad sambil berseloroh memberitahu masih ada peluang untuk dirinya memiliki anak lelaki.
“Ini bermakna saya masih ada harapan lagi untun anak lelaki, terima kasih kepada peminat yang mendoakan. Nanti saya akan ‘update’ tentang anak dan juga isteri saya,” katanya ketawa.
Terdahulu, dua orang cahaya mata pasangan ini adalah Amarra Sofea Rose, 4, Ameisya Leanne Rose berusia setahun.
Team Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini, semoga kehadiran baby baru, memberi sejuta rahmat, rezeki dan kebahagiaan buat pasangan selebriti ini. Kepada Iera Syazira, selamat berpantang!
Sumber: Instagram @azadjazmin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datin Alyah Tak Kisah Turun Padang Jual Barang
Setiap kali menjelang Ramadan ramai yang mencari peluang untuk berniaga, begitu juga dengan penyanyi terkenal yang kini muncul dengan single terbarunya Jutaan Purnama, Datin Alyah. Alyah menjelaskan sepanjang Ramadan ini dia begitu aktif berniaga dan setakat ini hanya sempat berbuka di rumah bersama suami pada hari pertama Ramadan.
“Hari pertama saja saya sempat berbuka di rumah, kemudian di Singapura kerana terlibat dalam festival jualan dan selebihnya saya berbuka di booth jualan bertempat di Festival Ramadan Putrajaya 2018. Memandangkan suami (Datuk Ramli MS) pun sibuk dengan persediaan konsert yang bakal diadakan di Singapura jadi kami jarang dapat berbuka bersama-sama.
“Bagi Ramadan tahun ini saya memang mahu memberi fokus sepenuhnya pada perniagaan barangan kosmetik dan contact lens. Barangan kosmetik seperti lipstick, serum, foundation, body suit dan barang-barang yang di endorse termasuk produk saya. Malah saya juga merupakan pengguna produk Limeshots dan membantu rakan iaitu Datin Yulia dalam menjual produk ini. Saya sangat teruja berniaga di bulan Ramadan. Walaupun berpuasa di samping rutin harian yang sangat sibuk, tetapi saya tetap diberikan peluang berniaga. Saya sesuaikan diri menjaga masa sebaik mungkin dan saya akan berada di Putrajaya selagi ada waktu lapang. Hampir setiap malam. Saya jenis yang tak kisah berada di booth dan jumpa dengan pelanggan. Berniaga dah lima tahun jadi mereka yang berurusan akan tahu komitmen saya. Saya sangat hargai perniagaan saya.
“Alhamdulillah sambutan orang ramai, amat memberangsangkan dan tidak dijangka. Hari-hari saya pergi booth dan lihat ramai orang. Boleh tengok kuasa pembeli memang tinggi. Berniaga di bulan Ramadan, lebih meriah. Di Putrajaya ini, sebelah bazar barangan, ada bazar makanan, ada 400 gerai, jadi sebelum orang beli makanan, mereka akan singgah.
“Saya juga ingin terima kasih kepada pihak penganjur kerana beri peluang pada saya berniaga ‘on ground’. Kerana kalau berniaga Online boleh buat di rumah atau di mana-mana, tetapi ini ‘offline’, dan inilah peluang yang baik diberikan pihak penganjur. Peluang yang saya inginkan kerana beri pengalaman pada diri untuk berniaga,” terang Alyah yang ditemui baru-baru ini semasa menghadiri majlis berbuka puasa anjuran produk Limeshots bertempat di Flora Terrace. Selain dirinya,
Ezlynn, turut sama hadir memeriahkan majlis ialah penyanyi Fynn Jamal, Datin Alyah dan pelakon, Riz Amin. Limeshots merupakan sebuah produk detox berkualiti yang diformulasi dari Belgium dan sudah pun berada di pasaran sejak beberapa bulan lalu. Ia turut berfungsi dengan baik untuk mengurangkan masalah sembelit, menaikkan seri wajah dan menurunkan berat badan.
Beraya DI KL
Menyentuh mengenai sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, Alyah menjelaskan dia dan suami akan beraya di ibu kota.
“Tahun ini saya dan suami akan beraya di Kuala Lumpur sahaja. Memandangkan tahun ini kakak-kakak saya beraya di rumah suami jadi saya akan bawa mak datang ke sini dan beraya bersama kami,” terang Alyah.
Masak Asam Pedas Masakan Raya Kegemaran Suami
Menyentuh tentang juadah hari raya kegemaran suaminya, Alyah menjelaskan Datuk Ramli merupakan seorang yang sangat simple.
“Datuk tak macam orang lain, memang dia simple sangat. Juadah raya dia masak Asam Pedas. Paling istimewa dia sendiri akan masak menu tersebut. Dia jenis yang tak kisah ada ketupat ke tidak. Saya pula dari kecil memang keluarga wajib ada ketupat dan rendang. Masa mula-mula kahwin memang rasa pelik tapi lepas lima tahun saya dah terbiasa dengan menu raya suami.
“Jadi antara menu wajib yang perlu ada selain juadah hari raya semestinya masak Asam Pedas. Pada suami yang penting bila hari raya ahli keluarga dapat berkumpul bersama,” sambung Alyah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Benda Ini, Lelaki Ini Tak Akan Buat Depan Anak
Lupa atau mungkin dah terbiasa buat, tetapi sepatutnya mak ayah jangan buat depan anak benda negatif yang boleh rosakkan minda anak-anak.
Contoh mudah marah-marah depan anak atau buat sesuatu yang langsung tidak mendatangkan faedah dalam kehidupan harian. Yang tak best nanti anak ikut, sebab dia dah terbiasa tengok dalam rumah.
Nak didik anak jadi anak yang baik, cuba mak ayah ikut cara saudara Mohd Fhais ini, dia selagi boleh cuba elakkan beberapa perkara yang ‘tak manis’ untuk ditayang depan anak.
3 Benda Ini Memang Saya Tak Akan Buat Depan Anak
1. Cakap makanan tak sedap
Walaupun nasi goreng tu rasa macam pasir sekalipun jangan merungut depan anak. Diam-diam je, kalau tak boleh habis tinggalkan. Jangan makan nanti sakit perut pula.
Nak ajar anak sentiasa bersyukur masa makan la kena ajar. Kalau kita ajar mengutuk makanan, sampai ke tua nanti dia tak geti nak bersyukur.
2. Marah Isteri
Yang ni memang haram! Anak memang tak boleh tengok. Sebabnya sekali kita dah marah isteri depan anak sampai besar mereka tak mahu hormat pada ibunya. Tinggi suara pun tak boleh.
Nak berbincang atau bertekak pun pilih tempat yang jauh dari anak.
3. Marah anak orang
Marah anak orang pun tak boleh. Walaupun anak orang tu gaduh dengan anak kita. Jangan marah! Tegur baik-baik.
Sekali kita tunjuk guna ’emosi’ marah pada sesiapa pun, sampai bila-bila anak akan ikut cara kita. Ni punca anak tak boleh bergaul dengan orang, asyik nak marah je bila kehendak dia tak di ikuti.
Kenakalan dan kebukuran anak-anak tu bukan di warisi. Anak kita bukan lahir lahir je pandai tengking orang, pandai marah-marah orang.
Tapi mereka belajar daripada ‘icon’ mereka iaitu mak ayah.
Mula memberi contoh paling baik sejak anak kecil, biar anak dah besar nanti kita tak merungut.
“Bapa borek, Anak rintik.”
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bersenam Hanyalah 20% Faktor Berat Badan Turun, Paling Penting Ubah, Kawal Tabiat Makan
Bersenam hanyalah 20 % faktor berat badan turun, paling penting ubah, kawal dan jaga tabiat makan kita setiap hari. Memang bukan mudah, tetapi perlahan-lahan cuba ubah gaya pemakanan.
Jika mak ayah mula kawal dan jaga tabiat makan lama-kelamaan akan terbiasa dan menjadi mudah. Paling seronok, bila berat badan turun mak ayah berasa lebih selesa untuk beribadat apabila tubuh badan bertambah sihat.
Kongsi Ustaz Khairul Anuar Basri, nikmat sihat memang nikmat yang menggembirakan.
Paling Penting Ubah, Kawal Tabiat Makan
Saya masih ingat masa pertama kali ditahan di wad Hospital Kuala Lumour (HKL) kerana suspected sakit jantung, tekanan darah saya ialah 146/92. Hari tu pulak tepat pada hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 16 tahun.
Mana tak panik. Semua orang panik. Wife saya terlebih lagi panik.
Masa tu berat badan saya hampir 90 kilogram (kg) kot. Dada selalu sesak nafas. Tidur berdengkur kuat.
Hari ni berat badan saya sekitar 76 kg saja. Tekanan darah pulak semakin baik. 118/75 saja.
Isnin ini rutin check up di Klinik Kesihatan Gombak. Tak sabar hendak tunggu apa kata doktor. Excited semacam rasanya.
Bersenam Hanyalah 20 % Faktor Berat Badan Turun
Nasihat saya kepada semua lelaki yang berat badan melimpah keluar, jom kita turunkan berat badan. Berat badan turun, dengan sendirinya kesihatan akan jadi tambah baik.
Kalau orang tanya apa petua saya, saya bagi yang mudah-mudah saja.
Tinggalkan gula dalam minuman. Potong terus. No excuse.
Terbaik ialah minum air kosong saja.
Ada 2 kesan bila kita tinggalkan tabiat suka minum air manis ni. Berat akan turun dan perut buncit akan hilang.
Belajar puasa lama-lama. Takde kos. Belanja pun jimat. Siap dapat pahala lagi. Dapat maintain Isnin, Khamis dan 3 hari putih, itu dah dalam 11 hari setiap bulan kita berpuasa.
Senaman, jogging, walk out, pergi gym dan seumpama dengannya hanyalah mewakili tidak lebih dari 20% faktor penurunan berat badan. 80% ialah ubah, kawal dan jaga tabiat makan yang betul.
Yang terakhir, selalu ingat ni. Nikmat makan hanya sementara. Tapi nikmat sihat selama-lamanya. Dengan tubuh yang sihat, macam-macam kerja dan ibadah kita boleh buat dengan lebih bermutu lagi.
Best kan?
#KAB
– Doakan buku saya “Ustaz Wajib Kurus” cepat siap dan terbit –
Baca Juga Di Sini:
Rahsia Siti Nurhaliza Turun Berat Badan 14kg Dalam Masa 15 Hari, Semuanya Kerana Aafiyah
TAK MAKAN NASI Belum Tentu Turun Berat Badan. Ikutlah Suku-Suku Separuh
Turun Berat Badan 24kg, Asmah Mahu Bantu Wanita Yang Ingin Kurus
11 Sebab Ibu Anak 2 Turun Berat Badan Sampai 15kg ‘Tanpa Berlapar’
Mingguan Wanita : Jangan cipta banyak alasan dan terlalu drastik dalam mengamalkan diet. Ikut kemampuan diri dan jangan terlalu memaksa agar badan tidak terkejut menerima perubahan.
Sumber : Ustaz Khairul Anuar Basri
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI