Alhamdulillah Ayash Affan diberi susu ibu apabila bapanya Shuib akhirnya telah memilih sepupu sendiri untuk dijadikan ibu susuan anak pramatangnya yang baru berusia 10 hari.
Selepas pemergian isteri tercinta, Almarhumah Siti Sarah Raisuddin pelawak dan usahawan terkenal ini telah membuat keputusan dengan menjadikan sepupunya sebagai ibu susuan kepada Ayash. Hasil perbincangan dengan ahli keluarga akhirnya keputusan tersebut dibuat.
Malah Shuib dan keluarga memikirkan soal masa depan anak bongsunya itu sebelum memilih ibu susuan yang tepat. Sebelum ini doktor telah menyarakan agar anak bongsu Shuib untuk diberikan susu ibu kerana susu ibu mempunyai banyak kelebihan dan manfaat kepada bayi pramatang.
Seperti yang dimaklumkan menerusi satu sesi temu bual TV baru-baru ini, Shuib memutuskan untuk menjadikan sepupunya sebagai ibu susuan kepada Ayash Affan.
“Alhamdulillah ada dalam kalangan keluarga saya iaitu sepupu baru sahaja melahirkan anak dalam enam bulan lalu,” ujarnya yang ternyata bimbang terhadap masa depan Ayash sekiranya bayi itu mendapatkan susu badan daripada orang luar yang bukan ahli keluarga sendiri.
Takut berhadapan dengan masalah kemudian hari, Shuib mengambil keputusan ini dengan penuh teliti.
“Takut juga masa depan nanti kita tak tahu apa nak jadi. Takut terkahwin pula, jadi masalah nanti. Jadi, saya ambil dalam kalangan keluarga,” ujarnya.
Shuib Mohon Doakan Abang Arwah Siti Sarah, Oksigen Merosot Dimasukkan Ke Hospital Akibat Covid-19
“Shuib Datang Berjumpa Melutut Di Depan Saya, Katanya, Siti Sarah Dah Tak Ada” Raisuddin
Pada temubual yang sama Shuib turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan artis dan semua yang berniat membantunya mendapatkan bekalan susu ibu untuk Ayash.
“Bukan sahaja Tilla, ramai lagi rakan artis yang saya pun tak sebut nama dia. Ramai juga orang yang saya tak kenal tapi sudi nak bantu. Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.
“Saya harap Allah membalas ganjaran kepada semua yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga kerana doakan kekuatan untuk diri saya,” ungkap Shuib.
Shuib kini bergelar bapa tunggal kepada empat cahaya mata Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 10 hari selepas isterinya Almarhumah Siti Sarah Raissudin, 36, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.13 pagi, 9 Ogos lalu.
Mingguan Wanita : Semoga Ayash Affan cepat membesar dan boleh pulang segera bersama keluarga tercinta.
Sumber Foto : Instagram Shuib