Alha Alfa rajin bersedekah utamakan orang tua. Figura ini merupakan antara nama jurumekap artis (MUA) yang dikenali dikalangan industri seni tanah air.
Sentuhannya menjadi kegemaran selebriti tempatan seperti Jihan Musa, Amy Mastura, Zara Zya, Aida Jebat, Uqasaha Senrose, Nelydia Senrose, Fasha Sandha dan ramai lagi. Malah terkini, pemilik nama sebenar Datuk Seri Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil kini dikenali sebagai usahawan berjaya menerusi perniagaan kosmetik Alha Alfa Cosmetics.
Disebalik kejayaan demi kejayaan, rezeki demi rezeki yang datang tanpa henti, Alha rupa-rupanya rajin bersedekah pada golongan susah, bekerja dengan ikhlas dan jujur serta utamakan mak dan ayah.
Sewaktu bersua wajah dengan Alha, dirinya menyatakan antara amalan menjemput rezeki datang antaranya, berkongsi dengan mak ayah dan keluarga terlebih dahulu.
“Percaya dengan bersedekah ialah punca Allah akan buka rezeki-rezeki kita yang lain.
“Apa yang saya amalkan setiap kali keluar akan bawa duit kecil dan akan berhenti bila nampak orang yang memerlukan. Magisnya akan rasa.
“Selain itu, bila orang-orang yang kita bantu seperti agen-agen dan dropship-dropship saya yang membantu dalam penjualan akan saya hargai mereka, InsyaAllah,” luah Alha.
Ditanya tentang wanita yang menjadi tulang belakang kejayaan dirinya, Alha terus tersenyum sambil menjawab ibu paling dihargai.
“Mak saya merupakan wanita paling saya hargai dan menjadi tulang belakang.
“Mak saya bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi tapi dia mempunyai motivasi dan jiwa yang sangat hebat.
“Di mana setiap perbuatan dan segala kerja yang saya lakukan dialah orang pertama yang saya akan beritahu.
“Saya sentiasa minta doa keberkatan, semoga apa saja yang saya lakukan mendapat reda ibu saya.
“Di mana kalau kita tahu reda dari mak dan ayah adalah reda dari Allah jua,” jawab Alha penuh merendah diri.
Terbaru Alha mengangkat kerjaya solekan tanah air ke tahap tinggi apabila memeterai kerjasama dengan Universiti MAHSA University (MAHSA).
Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pusat pengajian tinggi tersohor itu adalah sebahagian daripada kejituan usahasama dalam memperkasa kemajuan industri kecantikan negara menerusi bidang pendidikan.
Malah Alha yang juga Pengarah Eksekutif Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd (AARLSB) itu turut menyatakan ia sebagai permulaan ke arah kerjasama yang lebih besar di masa akan datang iaitu perancangan mewujudkan program pendidikan peringkat Diploma Seni Solekan dan Kecantikan.
“MoU ini adalah perjanjian persefahaman untuk menjalin kerjasama lebih erat dari segi kemahiran dan akademik dalam pengajaran, latihan, penyelidikan dan pembangunan produk dengan merangkumi program pengajian, pertukaran maklumat serta perkongsian kepakaran.
“Kerjasama ini juga melibatkan pertukaran penyelidik, tenaga pengajar dan para pelajar di samping penganjuran persidangan kecantikan dan kesihatan di peringkat domestik dan antarabangsa.
“Sudah pasti Alha Alfa Cosmetics di bawah AARLSB sangat berbesar hati mendapat kepercayaan untuk mengukuhkan jalinan kepakaran kami dengan Universiti MAHSA, seterusnya memperincikan perancangan lebih besar selepas ini
“Lebih istimewa, kami mempunyai perancangan mewujudkan program Diploma di dalam bidang seni solekan dan kecantikan bagi membantu jurusolek Malaysia yang selama ini tercari-cari pengiktirafan akademik di peringkat universiti,” katanya.
Alha berkata demikian selepas majlis menandatangani MoU bersama Universiti MAHSA yang diwakili Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail dengan disaksikan Pro-Chancellor dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan MAHSA, Tan Sri Dr Haji Mohamed Haniffa Haji Abdullah serta Pengarah Urusan AARLSB, Mohd Al Fareed Mohd Al Fadzil.
Pada majlis sama, usahawan yang turut meluaskan empayar perniagaannya di Dubai dan Indonesia itu turut dianugerahkan Profesor Adjung daripada universiti tersebut.
Alha jugaa meletakkan jurusolek tempatan yang mempunyai kepakaran seperti individu dengan kerjaya sama di peringkat antarabangsa menerusi pendidikan adalah bagi membolehkan mereka mendapat pengiktirafan sewajarnya.
“Sepanjang penglibatan saya di bidang ini selama 10 tahun, saya melihat make up artist atau lebih dikenali sebagai MUA mempunyai potensi diangkat sebagai kerjaya profesional seperti karier profesional lain.
“Namu stigma masyarakat yang melihat kerjaya ini sebagai “kerjaya jalanan”, atau menggelarnya sebagai “kerja mak andam” sedangkan kepakaran jurusolek kita sudah diperakui di peringkat antarabangsa.
“Sebagai seorang graduan universiti, saya melihat pengiktirafan akademik adalah perkara paling mustahak untuk membuka mata masyarakat bahawa kerjaya MUA bukan ‘ low class’,” akhiri Alha.
Menarik Disini : Datuk Alha Alfa Tungkus Lumus Hulur Sumbangan “Semoga Segala Bencana Ini Selesai Segera, Sungguh Ramai Perlukan Bantuan”
Bertahun Kakak Sorok Duit ‘Makeup’, Rupanya Jadi Modal Niaga Dato Alha
Dari Kecil Ikut Kutip Barang Kitar Semula “Terima Kasih Ayah Mendidik Balim Erti Berdikari”
Sumber Foto : Instagram Alha Alfa & Ihsan Universiti MAHSA
Mingguan Wanita : Bolehlah amalkan tip murah rezeki yang dikongsikan ini.
Sumber Foto :
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita