Alha Alfa ‘Aim’ Tiru Ayah Ada 3 Rumah, Pencen Nanti Tak Minta Duit Anak

Setiap pasangan yang dah mendirikan rumah tangga, kena pasakkan matlamat mahu beli sebiji rumah. Biar pun cabaran milik rumah itu tak mudah, tapi inilah yang juga dilalui jurusolek terkenal, Alha Alfa.

Atau nama sebenarnya, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil. Yang pernah cuma membawa kereta Alza saja semasa mahu membeli rumah pertama.

Dan ini yang Alha kongsi kenapa miliki rumah kelak, dapat membantu mudahkan masa depan dirinya dan anak-anak. Kisah inspirasi beliau, boleh dijadikan panduan untuk anda yang mahu bangkit dari kepayahan.

 

Alha Alfa ‘Aim’ Tiru Ayah Ada 3 Rumah, Pencen Nanti Tak Minta Duit Anak
Bersama tunang, Noor Azlin Ismail.

Cabaran Beli Rumah Pertama

Ya Allah, sujud syukur atas rezeki ini.

My 1st own house..” Tak besar mana tapi syukur Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancang. Rumah ini Alha beli tahun pertama jual Alha Alfa Cosmetics.

Time ni korek habis-habis duit yang ada nak beli. Time gi tengok rumah ni. Bawak kereta Alza lagi. Orang tu pun pandang atas bawah pada mulanya. Tak lepas.

Tapi usaha usaha jugak. Alhamdulillah, lepas bayar deposit.

Time tu tak ada perancangan nak kahwin. Dan baru je kenal-kenal anje I..” Tambahnya lagi, semasa menandatangani perjanjian jual beli rumah, dijangka rumahnya siap pada awal tahun 2020.

IKLAN

Dan itu bermakna, rumah siap selepas beliau berkahwin.

Tapi masha Allah.. rumah dah siap. Hadiah perkahwinan yang tak diduga. Syukur.” Tak yah pening-pening nak cari rumah sewa lagi.

 

Alha Alfa ‘Aim’ Tiru Ayah Ada 3 Rumah, Pencen Nanti Tak Minta Duit Anak

Alha Alfa Cuba Tiru Ayah Kena Ada Banyak Rumah

Korang kalau ada duit lebih, try aim beli rumah dulu compare nak beli kereta mewah atau motor mewah. Melainkan duit tak tau nak buat apa dah.”

Ini alasannya, “Sebab rumah ini harga makin mahal. Alha cuba nak tiru ayah. Ayah ada 3 biji rumah. Walaupun rumah flat dan satu rumah teres, Time tu hempas pulas nak bayar duit rumah.”

IKLAN

Ayah sewakan kat orang. Tapi.. Alha selalu jugak tanya kenapa nak ada 2 ke 3 rumah? Jawab ayah, nanti dah tua-tua tak nak susahkan anak-anak.”

Dan ianya berhasil. Duit yang satu masa dulu sewa RM100, sekarang dah RM500.

Yang rumah teres tu dari dulu orang sewa RM300 ke RM400, sekarang dah RM1000. So, bila dah pencen, ayah tak ada pun minta duit dekat kami, anak-anak.

Sebab hidup berdua dengan ibu. Duit rumah dah cukup buat duit belanja.

Benda ini yang ayah selalu cakap dulu. So now, misi Alha nak ada 10 biji rumah. Aminkan please. So nanti dah tua tak nak kacau anak-anak.”

IKLAN

Masa sekarang memang sewa rumah RM500. Tapi dalam masa 5 tahun, boleh jadi double tau. Percayalah!”

 

Alha Alfa ‘Aim’ Tiru Ayah Ada 3 Rumah, Pencen Nanti Tak Minta Duit Anak

Berjimat Kumpul Duit Beli Rumah, Tak Apa Pakai Kereta Kecik Pun

Suatu hari nanti tanah tak cukup. Rumah mesti mahal gila-gila. Jadi, marilah berjimat. Kita beli dan kumpul rumah ok. Tak apa pakai kereta kecik pun.

Yang penting rumah sendiri dah ada. Dari kereta besar-besar tapi menyewa kan. Contoh perkiraan mudah. Beli rumah yang boleh disewakan RM1500. Kita tak payah duduk, kita cari rumah sewa yang harga RM700 ke.”

So, duit dari orang sewa rumah kita tu, kita untung RM800 lagi. Boleh buat belanja. Atau beli satu rumah lagi kos rendah. Sampai satu tahap tak payah kerja dah.”

Tiap bulan kutip duit sewa rumah je. Semoga kita semua dimurahkan rezeki olehNya.. amin 3x.” Doa Alha untuk semua.

Sumber/Foto : Alha Alfa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI