Ramai wanita ingin menurunkan berat badan dan sanggup lakukan apa sahaja agar nampak kurus, cantik dan langsing. Bahkan ada yang terlampau obses nak kurus, melakukan diet ketat sehingga sanggup membahayakan nyawa!
Kisah wanita terkurus di dunia, Valeria Levitin, 40 dari Rusia ini wajar di jadikan pengajaran. Akibat diet yang terlampau ketat dan terlalu mahu kurus, Valeria menderita sepanjang hidupnya mengalami Anoreksia yang ekstrem.Tubuhnya begitu kurus, hanya tinggal tulang yang berbalut kulit.
Dengan tinggi mencapai 172 cm, berat badan Valeria Levitin hanya 26 kg. Berat badannya kurang dari setengah berat badan sihat yang ideal untuk wanita. Dan akibat diet ketat tersebut selama bertahun-tahun, tubuhnya tak mampu lagi mencapai berat badan ideal yang sihat.
Beri Kesedaran Menentang Anoreksia
Menurut Valeria, dia banyak menerima email daripada gadis-gadis putus asa yang ingin memiliki tubuh kurus sepertinya.Perkara ini cukup membimbangkan.
“Saya banyak menerima email dari gadis-gadis muda yang mahu saya ajar mereka bagaimana menjadi seperti saya. Semua surat itu daripada wanita, terutama usia dua puluhan, yang melihat saya sebagai sumber ‘inspirasi’. Ini menjadi sebab mengapa saya ingin memberi kesedaran bagi menentang Anoreksia” jelas Valeria.
Ads
Melihat tubuhnya yang amat kurus dijadikan inspirasi, Valeria mengambil langkah berani untuk berkongsi pengalaman tentang keadaannya melawan anoreksia. Valeria kini merupakan pemimpin bagi Kempen Menentang Gangguan Pemakanan Antarabangsa seperti Anoreksia dan Bulimia.
Gangguan Pemakanan Sejak Remaja
Valeria menceritakan dia mengalami gangguan pemakanan sejak usia remaja. Dia mengatakan penyakit ini telah menghancurkan hidupnya. Oleh karena itu, ia tidak ingin wanita lain mengalami nasib yang sama seperti dirinya.
Valeria memberitahu punca masalah yang dialami tersebut adalah daripada ibunya. Ibunya selalu menyuruh dia kurus sejak dari kecil dan sangat menjaga pola pemakanan Valeria secara konsisten bagi memastikan berat badannya tidak meningkat.Ibunya juga selalu meminta Valeria menimbang berat badan untuk memastikan tubuhnya tidak semakin gemuk.
Ads
Anggap Perlu Kurus Untuk Diterima Kawan-Kawan
Ketika berusia 16 tahun dengan berat badan mencapai 63 kg, Valeria pindah ke Chicago dengan kedua ibu dan ayahnya. Ketika berada di US, Valeria bimbang untuk menyesuaikan diri di sekolah baru. Dia beranggapan harus menurunkan berat badan agar boleh diterima dan disukai oleh teman-teman barunya.
“Saya mahu menjadi seperti orang lain. Dn saya anggap jika berat badan berkurang saya boleh diterima. Saya mula melakukan diet yang lebih ketat dengan tidak makan gula atau karbohidrat. Akibat begitu lama tak makan makanan tertentu, tubuh saya sudah tak mampu menerima dan memproses makanan tertentu meskipun terlalu menginginkannya,” ujar Valleria.
Ads
Pada usia 23 tahun, ukuran bajunya telah bertambah kecil dari ukuran sihat 12 menjadi 6. Valleria merupakan seorang model ketika itu, walaupun beratnya semakin ringan, namun dirinya diberitahu ia masih terlalu gemuk. Ia membuatkan situasi dirinya menjadi lebih buruk.
Turun Berat Badan Berterusan, Hingga Dilarang Menari
Berat badannya semakin terus menurun. Pada usia 24 tahun, tubuhnya hanya tinggal 38 kg. Valleria dilarang menari kerana dapat melukai tubuhnya sendiri. Makin tahun semakin membimbangkan. 10 tahun kemudian, ia harus mendapatkan rawatan dan berjumpa dengan 30 doktor pakar kerana berat badannya hanya 23 kg.
Penyakitnya juga telah membuat hidupnya sangat kesepian. Dia tidak mempunyai pasangan selama 10 tahun. Hubungan cintanya selalu menjadi sukar kerana ia tidak mampu melakukan hal-hal normal yang pasangan lakukan, seperti makan malam di restoran.
“Anoreksia telah membuat saya rasa sunyi, tidak menarik dan menjijikkan bagi orang-orang di sekitar saya,” ujarnya.
MW: Pesanan buat para wanita, jangan terlalu ekstrem dan obses untuk menurunkan berat badan dengan diet yang ketat. Berpada-padalah dan paling penting amalkan diet yang sihat, pemakanan yang seimbang untuk kesihatan.
“Pergi bazar macam nak beli semua, maklumlah perut kosong.” Boleh membeli cuma berhati-hati ketika beli dan hendak makan makanan dari bazar Ramadan.
Kadang-kadang bila ke bazar, semuanya nampak sedap dan menyelerakan apatah lagi bagi gerai yang beratur panjang. Mak ayah pun tak nak lepaskan peluang.
Ingat, makanan yang viral tak semestinya sedap, bersih dan selamat dimakan. Untuk elakkan daripada keracunan makanan sempena bulan Ramadan ini, Dr Erna Nadia kongsikan beberapa tip penting:
Tip untuk elakkan keracunan makanan:
1. Jika makanan tersebut berbau pelik, elakkan dari membeli atau makan atau minum. Makanan yang sudah tercemar atau sudah basi atau tamat tempoh, boleh bertukar bau.
2. Jika warna makanan atau minuman tersebut juga pelik atau lain dari warna sepatutnya, elakkan juga.
3. Jika kuah sudah berbuih atau berkeladak, elakkan dari makan.
4. Jika makanan bergoreng contohnya makanan ringan seperti nugget, sosej, ayam, bebola terasa keras atau kering atau warna kelihatan sedikit gelap dari sepatutnya, elakkan dari makan. Khuatir kalau makanan itu sudah lama dan digoreng semula.
5. Elakkan dari menyimpan makan lebih dari 2 hari di dalam peti sejuk bahagian bawah.
6. Pastikan tiada ‘tahi lalat’ atau lalat menghurung makanan tersebut.
7. Lihat juga tekstur makanan dan minuman sebelum anda makan atau minum.
Maklumlah Perut Kosong
Musim bazar ni, memang kalau boleh, macam nak beli semua. Yang ini sedap, kemudian yang tu surr… Sana memikat selera, situ bau buat rusuk eh perut bergetar. Macam-macam.
Biasalah kan ni.
Perut dah kosong dari pagi, nampak air kosong pun terliur.
Ok saja nak membeli cuma berhati hati.
Terutama jika beri makan pada anak kecil atau orang tua.
Pernah ada kes tahun lepas melibatkan berpuluh kematian akibat termakan puding diraja yang dibeli online dan beratus kematian akibat ayam sudah busuk digunakan masa kenduri anak.
Pastikan kita periksa makanan dan minuman tu elok-elok sebelum kita makan dan minum.
Masa nak beli pun boleh tengok rupa makanan dan minuman tu macam mana. Jika pelik atau berubah dari kebiasaan, elakkan.
Pastikan tiada ‘tahi lalat’ atau lalat menghurung makanan tersebut.
Untuk peniaga, berlaku jujurlah dalam berniaga. Kasihan pembeli, mereka sudahlah lapar, nanti jatuh sakit pula.
Keracunan makanan boleh membawa maut jika teruk. Sebab tu, be careful na
Dr. Erna Nadia
Pastikan juga anda memanaskan makanan dengan betul sebelum makan dan eloklah makan makanan yang fresh
Mingguan Wanita : Mak ayah setiap kali membeli juadah di bazar Ramadan, perati dan belek makanan betul-betul sebelum membeli.
Sehingga hari ini kisah pertemuan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan isteri, Rihana Oksana Petra masih menjadi tanda tanya pada mata masyarakat umum.
Bak kata Oksana dalam instagramnya baru-baru ini, “Bagi ramai orang kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri.”
“Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia.“
“Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon. Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya … untuk diteruskan.”
Anak Comel Ini Anugerah Kepada Kami – Oksana
Dalam entrinya yang lain, Oksana turut berkongsi kegembiraan dengan kehadiran permata hati yang diberi nama, Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra. Yang dilahirkan pada 21 Mei 2019.
“Kepada semua pengikut pengikut saya yang dihormati, jutaan Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda. Saya amat senang hati apabila membaca ucapan ikhlas dari anda semua.”
“Kehidupan kami telah berubah sejak anak comel ini dianugerahkan kepada kami suami-isteri dan membawa bersamanya kasih sayang dan cinta.”
“Alhamdulillah, sekarang kami adalah keluarga yang bahagia dan sifat kekeluargaan adalah penting dalam kehidupan kita semua. Oleh itu, diharap kita sama-sama menjaga keluarga kita dan juga satu sama lain. Dan semoga kita dan ahli keluarga kita terus sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT.”
Digelar ratu hijau. Setiap orang pasti akan suka atau obses pada warna-warna tertentu. Tak hairanlah, dalam kebanyaka koleksi pasti ada satu warna yang paling banyak disimpan.
Warna merah jambu, biru, hitam, putih, mungkin antara warna yang menjadi kesukaan termasuklah warna hijau. Jangan terkejut kalau digelar ratu warna sebab terlalu obses dengan warnanya.
Begitu jugalah dengan wanita ini yang digelar ratu hijau kerana suka dengan warna hijau. Walaupun dia menyangkal dirinya obses pada warna itu, tapi secara keseluruhannya, baik pakaian, aksesori, peralatan dapur dan segalanya adalah warna hijau.
Digelar Ratu Hijau, Guna Warna Sama Sejak 20 Tahun
Elizabeth Sweetheart, 75 tahun telah mendapat gelaran dari jirannya di bandar Brooklyn, Amerika Syarikat sebagai Ratu Hijau.
.
Nama panggilan ini diperolehnya disebabkan gaya pakaian yang unik. Mana tidaknya, sejak 20 tahun lalu, Elizabeth Sweetheart telah memakai pakaian dengan warna yang sama selama lebih 20 tahun berturut-turut.
Bukan sahaja pakaian, Elizabeth Sweetheart turut mewarnakan rambutnya dengan warna hijau. Malah, dia sentiasa berpakaian dengan pelbagai aksesori untuk cermin mata, gelang dan pengilat kuku berwarna hijau terang.
“Saya suka pakai warna hijau, saya tak boleh pakai yang lain selain warna hijau ,” kata Elizabeth Sweetheart seperti dipetik dari laman NY Times.
Kegemarannya untuk hijau juga diterapkan pada reka bentuk rumahnya. Dapur mempunyai permaidani hijau, tong sampah hijau, kutleri hijau, hingga periuk dan peralatan memasak.
.
Nenek Sweetheart juga mempunyai cawan kopi tersuai, semangkuk oatmeal dan span di dalam sinki hijau terang. Malah, dia mengakui tidak boleh tidur jika tidak menggunakan bantal hijau kegemarannya.
.
.
Malah peralatan dapur Elizabeth Sweetheart berwarna hijau terang.
.
.
.
“Saya tidak pernah merancang ini,” kata Elizabeth Sweetheart.
.
.
“Ia bukan obsesi. Ia hanya perkara semula jadi. Saya sentiasa mengumpul warna tertentu dan memakainya,” katanya.
.
.
.
Mingguan Wanita : Kalau dah minat, sanggup buat apa saja. Tak apalah, yang penting tak menyusahkan orang..hihhii.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...