Setiap 8 Zulhijjah anda dah boleh berniat untuk menjalani ibadah puasa sunat tarwiyah. Pada tarikh 9 Zulhijjah niatkan pula untuk berpuasa Arafah.
Puasa sunat Tarwiyah dan Arafah ini sangat dituntut bagi umat Islam seluruh dunia. Agar mereka yang mengamalkannya akan merasai nikmatnya sama seperti para jemaah haji yang berada di tanah suci Makkah.
Namun, bagi jemaah haji, haram hukumnya untuk mereka berpuasa di hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Puasa Arafah adalah (mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah ketika jemaah haji melakukan wukuf di padang Arafah.
Puasa Tarwiyah ini pula (merenung atau berfikir) adalah puasa yang dilaksanakan pada hari Tarwiyah, 8 Zulhijjah iaitu hari sebelum hari wukuf.
Keutamaan Berpuasa Tarwaiyah, Arafah Untuk Mereka Yang Tidak Melaksanakan Haji
Bagi orang yang tidak melaksanakan haji berdasarkan beberapa hadis nabi Muhammad SAW adalah:
Ads
1. Barang siapa yang menjalankan Puasa Tarwiyah akan dihapus dosa satu tahun yang lalu.
2. Sedangkan yang berpuasa di hari Arafah akan dihapus dosa dua tahun (1 tahun yang lalu dan 1 tahun yang akan datang)
3. Dan yang melaksanakan dua puasa ini akan dianugerahi oleh Allah SWT dengan 10 kemuliaan, iaitu:
1. Allah akan memberi keberkatan dalam kehidupannya. 2. Allah akan menambah harta. 3. Allah akan menjamin kehidupan rumah tangganya. 4. Allah akan membersihkan dirinya dari segala dosa dan kesalahan yang telah lalu. 5. Allah akan melipat gandakan amal dan ibadahnya. 6. Allah akan memudahkan kematiannya. 7. Allah akan menerangi kuburnya selama di alam Barzah. 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya di Padang Mahsyar. 9. Allah akan menyelamatkannya dari kejatuhan kedudukan di dunia ini. 10.Allah akan menaikkan martabatnya di sisi Allah SWT.
Ads
Alangkah banyak keberkatan dan kebahagiaan yang Allah berikan bagi orang yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arafah. Namun, setiap amalan ini biarlah disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Menjaga keikhlasan hati itu tidak mudah namun andai anda berusaha keras, tentu Allah akan memberikan ganjarannya.
Semoga kita termasuk di dalamnya.
NIAT
Do’a Niat Puasa Tarwiyah
Ads
Do’a Niat Puasa Arafah
World #QuranHour 9 Zulhijjah Ini
Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, satu dunia akan berkumpul di lokasi masing-masing menyahut kempen satu dunia mengaji Al-Quran. Menyebarkan rasa cinta kasih satu dunia yang berbudi dan penyayang. Niatkan juga agar anda dapat turut serta mengaji bersama #QuranHour walau di mana saja anda berada. Jika mahu merasai getar, gelombang indah itu lanjutkan langkah anda di dua lokasi yang telah ditetapkan ini:
Sudah tertulis rezeki mereka. Mereka jumpa muntah ikan paus bernilai RM6.20 juta, kehidupan 35 nelayan ini terus berubah setelah menjual muntah ikan paus tersebut.
Memang bertuah sesiapa yang menjumpai muntah ikan paus kerana harganya begitu tinggi dan digunakan dalam penghasilan minyak wangi.
Kehidupan 35 Nelayan Terus Berubah
Kehidupan sekumpulan nelayan Yemen yang terdiri daripada 35 orang berubah setelah mereka menemui muntah ikan paus di dalam perut bangkai seekor ikan paus sperma yang terapung di permukaan laut di perairan selatan Aden, Yemen pada Februari lalu.
Menceritakan detik-detik penemuan itu, seorang nelayan itu, Fares Abdulhakeem dan rakan-rakannya kemudian menarik bangkai ikan tersebut ke daratan dan memotong dagingnya sebelum terkejut menemui muntah ikan paus yang turut dikenali sebagai ’emas terapung’ kerana nilainya tinggi di pasaran.
Jumpa Muntah Ikan Paus Bernilai RM6.20 juta
‘Emas terapung’ itu juga dikenali sebagai ambergris iaitu bahan yang terdapat di dalam perut ikan paus sperma dan digunakan untuk pembuatan minyak wangi.
Ia berbentuk pepejal dan mengandungi bahan-bahan lemak.
Muntah ikan paus tersebut yang seberat 127 kilogram itu kemudian dibeli oleh seorang ahli perniagaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan harga lebih AS$1.5 juta (RM6.20 juta).
Sebahagian wang diterima itu kemudian digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan kerana kehidupan di Yemen menjadi sukar disebabkan perang saudara yang meletus sejak tahun 2014 manakala baki wang yang tinggal dibahagi-bahagikan kepada 35 anggota nelayan tersebut.
Nelayan Yemen memang sudah mengenali tentang nilai muntah ikan paus itu yang boleh digunakan untuk menghasilkan minyak wangi.
Kehidupan Berubah
Menurut Fares, kehidupannya berubah selepas menemui muntah ikan paus itu.
“Ada yang menggunakan (wang jualan muntah Ikan paus itu) untuk membeli bot, ada yang membaiki rumah. Saya membina rumah saya,” katanya seperti dilaporkan oleh AFP.
Seorang lagi nelayan yang menemui muntah ikan paus itu, Salim Sharf berkata, penemuan itu membolehkannya untuk menyimpan wang itu untuk masa depannya. – Agensi
Mingguan Wanita : Biarpun mereka mendapat rezeki tergolek, namun mereka tidak melupakan golongan yang memerlukan di Yemen. Sikap ini patut dipuji walaupun hasil jualan muntah ikan paus itu perlu dikongsi dan dibahagikan seramai 35 orang.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Akhir-akhir ini entah kenapa ramai sekali kita dengar berita tentang depresi, tekanan emosi atau bahasa mudahnya ‘jiwa kacau’. Ketika berada dalam ketidak tenangan hati itu, sampaikanlah pada diri agar bacalah dan fahamilah maksud 11 ayat yang terkandung dalam surah Ad Dhuha. Hebatnya 11 ayat yang terkandung dalam surah Ad Dhuha. Ia mampu merawat jiwa yang tertekan.
Hati Yang Sedang Sakit, Bacalah Surah Ad Dhuha
Ini satu surah yang merawat hati. Bacalah surah Ad Dhuha kerana inilah cara paling agung untuk seseorang merasai perasaan bahagia sampai ke dasar hati.
Kenapa? Kerana surah ini adalah satu surah yang paling hebat dalam Al Quran. Ia mendidik hati kita agar menjadi seorang yang positif dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.
Surah Ad Dhuha diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW tidak mendapat sebarang wahyu daripada Allah SWT dekat 6 bulan lamanya. Selama 6 bulan itulah, Nabi Muhammad SAW tidak menerima apa-apa wahyu daripada Allah.
Begitu juga Malaikat Jibril tidak datang bertemu baginda. Hal itu, membuatkan baginda tidak dapat melihat langkah seterusnya.
Ketika itulah Nabi Muhammad SAW merasakan yang Allah SWT telah meninggalkannya. Baginda fikir Allah SWT tak lagi mahu dirinya menjadi nabi. Semua perasaan sedih itu mula menyelubungi pemikiran baginda.
Lalu apa yang Allah bicarakan untuk melegakan hati kekasihnya itu? Firman Allah:
Sebab itu, prekära pertama yang perlu anda beritahu pada seseorang yang alami tekanan emosi atau depresi adalah ‘Bangun! Lihatlah matahari. Hidup ini tak selamanya hancur dan kelam”
Di luar sana ada matahari yang memancarkan cahayanya yang sangat indah.
Ayat 2 : Wal laili iza sajaa – Dan demi malam apabila telah sunyi
Seorang yang alami depresi atau tekanan emosi adalah mereka ini akan berjaga malam.
Mereka tidur di siang hari dan berjaga di malam hari.
Ayat 3 : Ma wad da’aka rabbuka wa ma qalaa’ – Tuhanmu tidak meninggalkanmu (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu
Allah tidak membenci Muhammad, apatah lagi melupakannya.
Samalah halnya dengan kamu, wahai jiwa-jiwa yang tertekan Allah tidak sesekali membencimu.
Dan Allah tidak sesekali melupakanmu.
Ayat 4 : Wa lal aakhiratu khairul laka minal-oola’ – Sesungguhnya kesudahan itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan
Apa yang bakal mendatangi mu adalah jauh lebih baik dengan apa yang sedang kamu alami sekarang.
Ayat 5 : Wa la sawfa y’uteeka rabbuka fatarda’ – Dan sesungguhnya, Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, sehingga engkau redha – berpuas hati
Katakan ini pada mereka yang depresi “Sedikit masa lagi wahai kaum Muslimin, Allah akan memberikan syurgaNya insya-Allah dan memberi bahagia buat kita.’
‘Sabarlah untuk sedikit masa lagi, Allah akan memberi kemenangan untuk semua kesukaran ini dan membuatkan kita merasa bahagia gembira.’
‘Inilah janji Allah dan akan tertunailah sabarlah untuk sedikit masa lagi.’
‘Sabarlah sahabatku, kita semua akan masuk ke syurga Allah, insya-Allah’
Bukankah ini kata-kata yang cukup indah yang perlu kita tuturkan pada seseorang yang tertekan jiwanya. Yang merasa sakit dalam hatinya.
Dan Allah memberi sebab untuk kita percayakan semua janjinya itu. Inilah firman Allah?
Ayat 6 : Alam ya jidka yateema Fa aawaa’ – Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu
Tanyakah dirimu, tidakkah pernah kamu berasa sakit-sakit?
Tidakkah kamu pernah menjadi anak kecil, yang mana Allah melindungi dan menjagamu ketika usia itu?
Ayat 7 : Wa wa jadaka daal lan fahada – Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kebingungan, lalu dia memberikan petunjuk
Bukankah kita juga sentiasa dalam kebingungan sebelum kita menemui jalan keluar?
Saya tahu saya tidak solat
Saya tidak pernah kenal agama
Dan Allah melihat saya dalam kebingungan lalu membantu saya.
Samalah halnya dengan kamu, tidakkah kamu dalam kebingungan dan Allah membantumu.
Ayat 8 : Wa wa jadaka ‘aa-ilan fa aghnaa’ – Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan
Berapa ramai dari kalangan kita dalam peliharaan Tuhannya.
Allah memelihara keluarga kita ketika saat sukar mereka.
Dan dalam ayat seterusnya, Allah berikan kamu dengan lebih banyak lagi sebab. Kepada Rasulullah dan juga kita.
Mengingatkan kita berulang-ulang kali.
Kenapa kita harus meyakini setiap peringatanNya ini.
Janjinya itu benar. Jadi kepada anda yang alami tekanan. inilah cara terbaik untuk menasihati mereka. Beritahulah kisah-kisah terdahulu yang telah berlaku.
Dan berikan sebab untuk mereka meyakini yang janji Allah itu benar, sama seperti yang pernah Allah membenarinya pada masa terdahulu.
Kemudian Allah memberikan kamu penawat untuk merawat tekanan emosi itu. Apakah ubat yang Allah turunkan ini?
Ianya adalah mendidik hati agar mengingati kesukaran orang lain yang jauh lebih susah daripada kita.
Ayat 9 : Fa am map yateema fall taqhar’ – Maka terhadap anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya
Ayat 10 : Wa am mas saa-ila fala tanhar’ – Dan orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya
Yang pertama adalah anak yatim, yang kedua adalah pengemis.
Ingatlah bahawa anak-anak yatim ini mereka tiada siapa yang menjaga.
Sedangkan kamu mempunyai mak ayah untuk menjagamu. Kamu ada keluarga untuk menjagamu. Malah kamu punya satu tempat yang kamu panggil rumah.
Anak yatim tak punya siapa-siapa. Pengemis pula tak punya makanan, sebaliknya dia minta makanan daripada kamu. Mereka tidur dalam kelaparan setiap hari. Lihat kamu, Allah masih memberikan kamu makanan.
Berapa ramai dari kalangan kita yang pernah tidur dalam kelaparan? Subhanallah..
Jadi Allah beritahu kita yang penawar untuk merawat hati yang sakit itu adalah untuk melihat kembali kesusahan orang lain
Seandainya semua itu telah dilakukan tetapi perasaan kamu masih terasa jauh daripada Allah, bacalah firman Allah ini.
Ayat 11 : Wa amma bi ne’mati rabbika fahad dith – Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)
Allah kurnikan kita dengan kenikmatan yang tidak terhingga. Ucapkanlah,
Alhamdulillah untuk mata ini,
Alhamdulillah untuk tangan ini,
Alhamdulillah untuk mulut ini,
Alhamdulillah untuk hati ini,
Perhatikan ini, jika Allah tak sayang kenapa Allah masih menghidupkan kita?
Jika allah tak sayang kita kenapa allah berikan kita rezeki setiap minit dalam kehidupan kita.
Jika allah tak cintakan kita kenapa kita masih ada di sini hari ini. Fikirlah sedalam-dalamnya.
Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci
Haa.. apa lagi mak-mak. Lepas ini rajin-rajinlah masak tom yam untuk suami dan anak-anak ya. Tapi kenalah gunakan bahan-bahan masakan semulajadi.