Alahan waktu pagi, Ernie Zakri hamil empat bulan, seperti mana ibu mengandung lain penyanyi Ernie Zakri juga melalui alahan semasa hamil atau ‘morning sickness’ yang biasanya berlaku di awal kehamilan.
Alahan Waktu Pagi, Ernie Zakri Hamil 4 Bulan
Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada 25 Mac lalu setelah mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020.
Tahniah diucapkan buat Ernie dan juga suami, Syamel yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram masing-masing.
Kini penyanyi lagu Ku Bersuara itu sudah hamil empat bulan.
“Buat masa ni gambar kita berdua dulu, tak lama lagi bertiga pulak,” kongsi Ernie.
Ads
Bukan itu saja malah mereka juga membuat hantaran dan menyatakan rasa bersyukur dengan rezeki yang diberikna oleh Allah SWT.
“Alhamdulillah untuk rezeki-Mu Ya Allah. Engkau permudahkanlah perjalanan kami,” tulis mereka.
Tidak Mengidam Benda Pelik-Pelik
Menerusi temubual bersama BH Online, Syamel memberitahu isterinya kini sudah hamil empat bulan dan mengalami alahan pada waktu pagi.
Ads
“Alhamdulillah, usia kandungan Ernie sudah empat bulan. Setakat ini, Ernie tidak pula mengidam benda pelik-pelik dan sepanjang trimester pertama, kesihatannya memuaskan.
“Cuma, apabila nak masuk trimester kedua, Ernie mula mengalami alahan terutama pada waktu pagi. Doktor maklumkan ini petanda yang bagus kerana bermakna ada tindak balas antara ibu dan bayi dalam kandungan.
Semoga Segalanya Berjalan Lancar
“Saya bersyukur segala-galanya berjalan lancar dan saya harap orang ramai dapat mendoakan isteri dan zuriat kami sihat,” katanya yang tidak kisah tentang jantina anak yang bakal lahir nanti,” luah Syamel.
Sumber Foto : Instagram Ernie Zakri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kebiasaannya kereta ‘supercar’ iaitu kereta ‘sports’ mewah berkelajuan tinggi menjadi minat dan kesukaan bagi golongan lelaki. Namun siapa sangka demi minat yang mendalam dalam memberi ulasan kepuasan memandu supercar ini, membuatkan wanita ini pernah diperlekehkan dan menerima kritikan hanya kerana dirinya bukan seorang lelaki.
Namun demikian perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya. Meskipun seorang wanita, minatnya yang mendalam pada supercar ini akhirnya berjaya membuatkan dirinya cukup popular dan dikenali dalam bidang ini malah turut menjadi pilihan bagi jenama kereta mewah seperti Ferrari dan Bugatti. Memang rezeki sungguh! Dari minat kini mampu jadi sumber pendapatan lumayan.
Minat ‘Review’ Kereta Mewah
Alex Hirschi telah dilahirkan dan dibesarkan di Australia. Wanita ini berkahwin dan berpindah ke Dubai.Selama 3 tahun beliau berpindah dari satu kerja ke satu kerja yang lain, namun semuanya tidak memuaskan.
Minatnya terhadap kereta membuatkan dia menyewa sebuah Bugatti pada satu hujung minggu dan memuatnaik review di internet. Ramai yang sukakan video itu dan ini membuatkan dia terus membuat video demi video.
Dikenali Supercar Blondie
Selama 52 minggu menghasilkan 1 video seminggu, akhirnya Alex Hirschi berhenti kerja sebagai DJ radio untuk meneruskan minatnya.
Hari ini, Alex yang lebih dikenali sebagai Supercar Blondie mempunya 60 juta followers di media sosial!
Hari ini juga, dia merupakan reviewer kereta wanita paling popular di dunia dan telah memandu lebih 500 supercar.Satu prinsip yang dipegang hingga sekarang ialah pedulikan cakap orang dan buat sahaja apa yang kita minat.
Dikritik Kerana Bukan Lelaki
Permulaan perjalannya sebagai reviewer kereta mewah bukan mudah. Terpaksa mengeluarkan wang sendiri, dikritik hanya kerana dia bukan lelaki malah banyak syarikat kereta menolak cadangan kerjasama kerana dia seorang wanita.
Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya hinggalah usahanya menyebabkan syarikat besar seperti Bugatti dan Ferarri menawarkan peluang untuknya.
Hari ini beliau satu-satunya wanita yang dicari oleh pengeluar kereta mewah bagi mempromosikan model baru mereka.
Katanya, “Letakkan diri anda dikeliling mereka yang menyayangi dan menyokong anda. Itu yang paling penting kerana apa yang orang lain katakan tidak penting. Mereka tidak kenal anda.”
Mingguan Wanita: Semoga kisah wanita ini menjadi inspirasi buat kita, pedulikan segala kritikan teruslah melakukan apa yang diminati demi mengejar cita-cita.
Betullah apa yang ditulis pelakon Niena Baharun atau nama sebenarnya Amaniena Binti Kamarul Baharun, 25 tentang watak Husna itu. Marah, meluat, sakit hati penonton drama Jangan Benci Cintaku dekat Husna tak boleh ditahan-tahan.
Jangankan instagram Niena Baharun kena serang, yang lucu sampai ke IG Nek Pah (lakonan Azizah Mahzan) pun kena kecam. Walau ramai yang mengecam, Niena tak terasa hati pun sebab dia tahu itu adalah lakonannya yang berjaya membawakan watak antagonis seperti yang dimahukan pengarah.
Apa pun mak-mak, nak kecam Husna itu tak salah. Jangan terlebih emo sampai marahkan Niena ya. Kesian, lagi-lagi sekarang ini Niena sedang hamil anak sulungnya. Seperti yang dimaklumkan dalam instagramnya, kandungannya itu sudah pun masuk usia 6 bulan. Sebab itulah, Niena mahu fokus pada bayinya saja.
“Kita baca comments yang duk geram, mengutuk, maki hamun dengan si Husna dalam ig, fb, dan di mana mana ada je Husna. Macam macam emosi pulak tu . Takpe, teruskan.. Cuma maafkan kita tak mampu nak balas satu satu. Apa apa pun kita appreciate sangat diatas kata kata yang membina . Thank you for all the comments.
“Okay, sekarang kita nak fokus pada baby. Apa yang penting kena beli dulu untuk persediaan nanti?” Luah Niena positif.
Tiada Alahan Sepanjang Mengandung
Pelakon yang juga seorang model ini pernah membintangi drama berjudul Sayangku Kapten Mukhriz. Namanya terus menjadi trending selepas melakonkan watak Husna, orang ketiga yang mahu merampas Shah dari tangan isteri pertamanya, Rafeeqa (netizen juga senang memanggilnya Fikachu).
Tulis Niena lagi sepanjang kehamilannya, dia tak mengalami sebarang alahan. Dia juga berselera makan apa saja.
“Alhamdulillah, sepanjang pregnant ni takde alahan, makan semua okay tolak batu dan kayu je yang sememangnya tak boleh makan! Jumpa durian, melantak sampai 10 ulas lebih, cerita dekat doc tak pasal pasal kena bebel dan dia suruh limitkan makan durian. Nasib baik semua okay.”
“Cuma yang terpendam daripada awal pregnant sampai sekarang nak tengok air laut yang kebiruan je. Adakah ini dipanggil mengidam?
“Puas husband pujuk, nak ajak bawak pergi tempat lain tapi bukan pulau sebab dia risau nak naik bot, tak kira la bot tu besar ke kecik. Hmm ada ke yang pernah mengalami situasi ni?” Tulisnya lanjut. Memang kalau ibu mengandung ini dia punya mengidam lain macam kan. Bertabahlah encik suami.
Mingguan Wanita mendoakan Niena Baharun menjalani kehamilan yang menyenangkan dan diharapkan kelak dapat bersalin dengan aman.
Sayu hati Tasha Mashahar apabila mendapat tahu kedua ibu bapanya dijangkiti virus Covid-19.
Bertambah pilu apabila orang lain bergembira menyambut Syawal Tasha menerusi akaun Instagram Stories miliknya memberitahu ibunya, Herina Wong Abdullah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital dan terpaksa dikomakan.
Manakala bapanya Mohd Manshahar Abdul Jalil dilaporkan beransur pulih dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Tasha Tak Sangka Situasi Ibu Tercinta Pada Tahap Sedemikian
Tasha yang juga isteri kepada Raqib juga akui tidak menyangka situasi ibu tercinta sampai pada tahap sedemikian.
“Terima kasih semua atas doa-doa kalian. Walahi tak tahu nak balas macamana tapi saya doa Allah beri ganjaran pahala yang besar atas kesudian kalian mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kedua ibu bapa saya.
“Ayah nampaknya semakin baik, Alhamdullilah. Paru-paru mummy ada jangkitan dan paras oksigen dalam badan pun tak okey.
Doktor Kena ‘Tidurkan’ Mama
“Jadi doktor kena ‘tidurkan’ dan masukkan tiub untuk bantuan pernafasan sehingga keadaannya kembali stabil,” tulis Tasha.
Mengharapkan Orang Ramai Doakan Ibu
Tasha yang juga ibu kepada seorang cahaya mata ini, mengharapkan orang ramai mendoakan agar ibunya yang terpaksa dikomakan segera sembuh daripada jangkitan Covid-19.
“Sebenarnya, tak jangka langsung jadi tahap macam ini. Dia nampak baik pada awal dimasukkan ke dalam wad.
“Apa-apa pun kami sekeluarga yakin yang menyembuhkan itu Allah. Sebab itu saya meminta doa daripada semua. Doakan senjata orang mukmin.
“Mummy pun kuat semangat. Tapi, itulah dalam keadaan mencuba untuk kuat kadang-kadang lemah juga perlukan motivasi. InsyaAllah I believe she’s doing great ,” tulisnya lagi.
Tasha berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan ibu dan ayahnya.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Tasha Manshahar dan Twitter Aizat Manshahar
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.