Cuti panjang sempena Hari Kemerdekaan negara, ramai pasangan yang merebut peluang mendirikan rumahtangga serta mengambil gambar istimewa sebagai kenangan manis seumur hidup.

Bagi pasangan suami isteri Nurasyidah Mokhtar, 29 dan Mohamad Farid Alias, gambar-gambar perkahwinan mereka pada 30 Ogos, yang dikongsikan baru-baru ini mungkin antara cukup unik dan istimewa. Ia menjadi viral di media sosial apabila gambar comel isteri yang ‘yakin’ memikul suami dengan penuh ceria.

“Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.” 💚❤️Di sebalik…

Posted by Syidah Tat on Monday, 31 August 2020

Idea Bergambar Cadangan Kawan-Kawan

Berkongsi gambar dan momen istimewa ini, Puan Nurasyidah Mokhtar atau lebih mesra dipanggil Syidah Tat menjelaskan idea terhasilnya gambar tersebut daripada cadangan kawan-kawan dan sokongan daripada Jurugambar.

“Pikul load naik gunung-ganang berhari-hari boleh tak kan la nak pikul suami sendiri tak boleh. Alaaaaa dia 53kg jer pun hahaha. Bahagi 3 dengan syitat.”

“Kawan-kawan cadang, jurugambar sokong, kami buat”

“Gambar lain menyusul nanti.. panjang lagi nak cerita ni hahaha doakan kebahagiaan kami ya. Ni bukan appreciation post lagi tau.” ujar Syidah yang suka aktiviti mendaki gunung.

Ads

“Alaaaaa Dia 53kg Je Pun, Bahagi 3 Dengan Syitat” Pengantin Comel Pikul Suami

Jodoh Rahsia Allah

Menjalinkan hubungan dalam tempoh yang panjang dan pernah berpisah, namun andai tertulis jodoh kembali bertaut semula.Sememangnya jodoh adalah rahsia Allah.

“Alhamdulillah.. sah bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang bernama Mohamad Farid Bin Alias. Macam tak percaya pun ada.Kami bercinta 7 tahun dari syitat tingkatan 4 sampai la syitat habis degree. Lepas tu kami break 4 tahun setengah and then getback semula hujung tahun lepas”

“Lepas sebulan, dia ajak syitat nikah. Alhamdulillah hubungan kami mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga. Benar lah jodoh itu rahsia Allah..”

Ads

“Sikap saya mungkin periang, suka buat lawak dan positif sebab tu mungkin suami jatuh cinta,” ujar Syidah.

“Alaaaaa Dia 53kg Je Pun, Bahagi 3 Dengan Syitat” Pengantin Comel Pikul Suami

Beri Inspirasi Buat Wanita Bertubuh Besar

Walaupun bertubuh besar, wanita ini cukup berkeyakinan tinggi, cantik dengan cara tersendiri. Manis berbaju Kurung Pahang dihari bahagianya, Syidah berharap dapat memberi inspirasi buat wanita lain.

Ads

“Saya bersyukur sebab dapat keluarga dan sahabat yang banyak bagi sokongan untuk kami agar tak rasa rendah diri,

“Saya harap dapat memberi inspirasi buat wanita yang bertubuh besar diluar sana agar tetap tampil yakin dalam apa jua keadaan.

“Kita semua memang diciptakan cantik dengan cara tersendiri. Bagi saya semua orang cantik tak kira macam mana pun rupanya” ujar Syidah yang memang suka berfesyen dan bercantik-cantik walaupun berbadan besar.

“Alaaaaa Dia 53kg Je Pun, Bahagi 3 Dengan Syitat” Pengantin Comel Pikul Suami

MW: Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Syidah Tat dan suami. Kami mendoakan kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir hayat. Buat wanita bertubuh besar, tampil yakinlah dengan diri sendiri lebih-lebih lagi pada hari bahagia.

Sumber: Syidah Tat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI