Al-Ula & Mada’in Saleh Kota Yang Dilaknat Dua Tempat Berbeza, Rakyat Malaysia Tinggal Di Jeddah Perjelas Salah Faham

Share

Al-Ula & Mada’in Saleh kota yang dilaknat dua tempat berbeza, rakyat Malaysia tinggal di Jeddah perjelas salah faham. Baru-baru ini aktor Zul Ariffin dikecam selepas memuat naik gambar dirinya meneroka bandar pelancongan Al-Ula. Masa yang sama, jelas dirinya bergambar di Mada’in Saleh, kota yang dilaknat Allah kerana keegoan kaum Tsamud yang enggan menyembah Allah hingga akhirnya mereka dihancurkan ketika zaman Nabi Saleh A.S.

Kaum Tsamud telah dibinasakan oleh ALLAH kerana kekufuran mereka dan juga kedegilan mereka membunuh unta Nabi Saleh yang ALLAH jadikan sebagai bukti akan kenabiannya.

Berdasarkan satu hadis umat Islam dilarang singgah di kota dilaknat ini.

Abdullah bin Umar RA menceritakan: “(Pada tahun ke-9 hijrah ketika dalam perjalanan ke Tabuk untuk mempertahankan Madinah daripada kemungkinan serangan tentera Rom) kami melalui kawasan al-Hijr (negeri kaum Thamud yang dimusnahkan ALLAH) bersama Rasulullah SAW.

Baginda lantas bersabda: “Jangan kalian masuk ke negeri kaum yang menzalimi diri mereka sendiri (yang akhirnya dimusnahkan ALLAH) melainkan dalam keadaan menangis bimbangkan azab yang pernah menimpa mereka akan turut menimpa kalian.” Kemudian baginda mempercepat langkahnya sehingga meninggalkan tempat itu. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Al-Ula & Mada’in Saleh Kota Yang Dilaknat Dua Tempat Berbeza

Berikutan ramai masih beranggapan bahawa Al-Ula dan Mada’in Saleh berada di tempat yang sama, seorang rakyat Malaysia, Mohd Faizal Zulkifly yang bekerja dan menetap di Jeddah, Arab Saudi berkongsi ilmu pengetahuan mengenai perbezaan Al-Ula dan Mada’in Saleh dan kenapa umat Islam dilarang singgah di Mada’in Saleh.

@mohdfaizalzulkiflyBoleh ke orang Islam berkunjung ke Al Ula?

♬ original sound – Mohd Faizal Zulkifly

 Jelas Mohd Faizal, Al-Ula dan Mada’in Saleh adalah dua tempat berbeza. Mada’in Saleh terletak pada jarak 25 kilometer dari Al-Ula yang telah dijadikan bandar pelancongan oleh kerajaan Arab Saudi.

“Sejujurnya, walau menetap di sini, tetapi saya sendiri tak pernah mengunjungi Al-Ula. Tapi saya dapat maklumat dari kawan dan orang tempatan di sini Al-Ula dan Mada’in Saleh adalah dua tempat berbeza.

“Mada’in Saleh terletak 25 km dari Al-Ula dan terletak di Hegra. Isu sama ada umat Islam boleh berkunjung ke sini, apa yang saya dapat kongsikan, ia tidak digalakkan mengunjungi Mada’in Saleh, Laut Mati, Kota Sodom dan lain lagi. Kalau nak pergi juga, boleh tapi tak digalakkan berlamaan untuk berlamaan. Tujuan kita pergi pun sekadar hanyalah untuk sekadar ibrah atau mengambil iktibar daripada kaum-kaum sebelum kita yang dilaknat.

Rakyat Malaysia Tinggal Di Jeddah Perjelas Salah Faham

Tambah Faizal lagi, sekadar tambahan info, kawasan yang dilaknat Allah seperti Mada’in Saleh ini ada kajian saintis yang mengkaji kenapa Nabi melarang berlama-lamaan di situ adalah kerana lapisan ozonnya sangat nipis.

“Mungkin disebabkan laknat Allah yang di Kawasan dilaknat itu, lapisan ozonnya sangat nipis yang memudahkan kita mendapat penyakit kulit kalau duduk terlalu lama. Sesuai juga dengan Sejarah kaum Tsamud, bala yang pertama mereka dapat ialah dapat sakit kulit sebelum diturunkan bala besar hingga memusnahkan kota mereka.

“Apa pun kita jangan cepat menghukum kalau kita melihat orang singgah di situ kerana Al-Ula dan Mada’in Saleh adalah dua tempat berbeza jaraknya,” katanya dalam perkongsian videonya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Isteri Kerap Tolak Lakukan Hubungan, Ini Pandangan Mufti Buat Suami Yang Rasa Teraniaya

Inilah Khutbah Iblis Di Hari Akhirat Yang Akan Membuat Semua Penghuni Menangis

Berpada-pada Tayang Kebahagiaan, Agar Tak Terkena Pandangan ‘Ain’

5 Hak Suami Dalam Perkahwinan Yang Wajib Ditaati, Satu Ini Isteri Selalu Langgar

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Teruk sangat dah nie. Hari ini saja ada 3 laporan dari ibu bapa berbeza mengenai guru yang menampar dan suka mencubit murid. Ikuti temubual eksklusif MW jam 8.30 malam ini bersama Puan Zanariah Mohd Zabidi, berkaitan isu anak ditampar di muka oleh guru.

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros